Yang manakan betul? 1. Ahmad dan keluarganya berteduh di bawah ( sebatang, sepohon ) pokok yang rendang. | Penjodoh bilangan yang betul ialah "sebatang pokok". | Ejaan | 29.03.2016 |
Yang manakan ejaan yang betul bagi contoh perkataan di bawah 1. Al Rahman 2. Ar Rahman | Ejaan yang betul ialah al-Rahman. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. | Ejaan | 17.11.2008 |
Di manakan saya boleh mendapatkan perisian elektronik kamus dewan dan pustaka? | Di Kedai Buku Dewan Bahasa dan Pustaka atau semua cawangan/ wilayah DBP serta semua wakil pengedar yang dilantik. | Lain-lain | 20.09.2008 |
Manakah yang berikut ialah betul? a.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya b.)Kalau tidak dipecahkan ruyung,masakan dapat sagunya Adakah ini jenis kesalahan ejaan? | Berdasarkan sumber kami, peribahasa yang terakam ialah "Jika tidak dipecah ruyung, di mana boleh mencapat sagu". Tidak ada kesalahan ejaan dalam kedua-dua bentuk peribahasa yang saudara nyatakan, masakan dan manakan kedua-dua kata tersebut betul. | Lain-lain | 11.11.2010 |
apakah maksu 'kalu tidak dipecahkan ruyungnya,manakan dapat sagunya'? | Makna peribahasa "Kalau tidak dipecahkan ruyung, di mana boleh mencapat sagu ialah tak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan bersusah payah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Asyik memangku tangan, mati dalam angan-angan, b. Kurang sisik, tinggal lidi di buku; kurang selidik, tinggal kaji di guru, c. Pengayuh sayang dibasahkan, sampan takkan sampai ke seberang). Harap maklum | Makna | 06.08.2007 |
Salam tuan/puan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan -kan di dalam ayat dibawah. Manakan antara ayat berikut yang menggunakan -kan dengan betul? 1) Lukis dan labelkan 2) Lukiskan dan labelkan 3) Lukis dan label | Salam sejahtera, Puan, Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Jadi, frasa yang betul ialah (2) Lukiskan dan labelkan Sila rujuk Tatabahasa Dewan untuk maklumat lanjut. Sekian, terima kasih. | Tatabahasa | 03.02.2019 |
Ali melawat ke Zoo Negara ( bersama / bersama-sama / bersama dengan / bersama-sama dengan ) keluarganya. Manakan yang betul? | merujuk kepada soalan di atas jawapan yang betul ialah: Ali melawat ke Zoo Negara (bersama-sama/ bersama dengan) keluarganya. Ini kerana 'bersama' membawa pelbagai maksud, antaranya termasuklah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. | Tatabahasa | 21.02.2011 |
Apakah makna perkataan ini adan bagaimana penggunaannya. Mencatat, Mencatatkan, catatan, catatkan? Bagi petikan dibawah, perkataan yang manakan daripada senarai diatas yang sesuai untuk digunakan? Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. | Nilai jualan bagi sektor Perdagangan Edaran pada suku pertama 2014 merekodkan RM231.2 bilion dengan catatan pertumbuhan sebanyak 8.1% berbanding tempoh yang sama tahun lepas. Untuk melihat makna kata dan contoh penggunaannya sila manfaatkan laman web kami, contohnya http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=catatan, puan dapat melihat makna kata dan contoh penggunaannya dalam ayat. | Tatabahasa | 16.06.2014 |
Salam.Terima kasih kerana menjawab soalan saya sebelum ini.Soalan saya kali ini , antara setimbun ikan dengan selonggok ikan yang manakan lebih tepat.Mengapa. | Timbun dan longgok sama maknanya, iaitu himpunan sesuatu yang bertindih-tindih. Oleh itu, setimbun ikan atau selonggok ikan kedua-duanya adalah betul. | Tatabahasa | 29.07.2011 |
Kekeliruan tentang penggunaan 'kau' (Kata Nama Diri Kedua) dan Kata Kerja dalam ayat misalnya (a) kau balas surat ini. (b) kaubalas surat ini. Antara dua ayat (a) dan (b) manakan yang betul? jika sekiranya 'kau' dan kata kerja bercantum bagaimana dengan contoh 'kauubah' atau 'kau ubah'?...minta penjelasan dengan memberikan contoh yang sesuai. | Kata ganti nama ku dan kau ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya; ku, mu, dan nya ditulis serangkai dengan kata yang mendahuluinya. Cara penulisan yang betul bagi pertanyaan puan ialah kaubalas dan kauubah. Sila rujuk Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 04.11.2014 |