Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : = ~ api gores api, korek api, geretan; memancisi menyalakan dgn mancis (rokok dll); memanciskan menggoreskan anak mancis supaya menyala. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = ~ api kayu kecil yg hujungnya berselaput dgn bahan yg mudah berapi apabila digeselkan pd sesuatu; gores api: kotak ~ kotak khas tempat mengisi mancis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mancis (kata nama)
Bersinonim dengan mancis api, gores api, korek api, kerik api, pencolek api, penggesek api, geretan.,

Puisi
 

Kalau ke titi dari seberang,
     Batang mancis membakar badan;
Alak hati siapa kian melarang,
     Siapatah kian dapat menahan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. "Kepala" seluar itu telah koyak. Penggunaan "kepala" dalam ayat ini betul ? Atau ialah Bahagian atas seluar? 2. Hei , jangan bermain dengan mancis! Penggunaan kata seru " Hei " dalam ayat ini betul ? Terima kasih.

1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, penggunaan perkataan kepala pada pakaian selalunya merujuk kain (sarung), Oleh itu, dicadangkan penggunaan untuk seluar ialah bahagian atas seluar.

2. Hei bukan kata seru. Ayat ini merupakan ayat larangan yang menggunakan kata larangan jangan sebelum kata kerja dengan tujuan menegah seseorang melakukan sesuatu . 

Tatabahasa28.06.2010

Kembali ke atas