Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.dat] | مندت

Definisi : 1. amanah yg diberikan oleh orang ramai atau sesuatu kumpulan kpd wakil mereka (dlm mesyuarat dll utk mengemukakan pendapat, memajukan permintaan, dll): Perdana Menteri itu akan meminta ~ baru drpd rakyat; 2. kuasa yg diberikan oleh pihak yg lebih tinggi: Presiden telah memberikan ~ kpd Perdana Menteri utk membentuk kabinet baharu; 3. Id surat kuasa, surat perintah (membayar dll): ia masih menunggu ~ utk membayar gaji pekerja-pekerja; 4. kuasa yg diberikan oleh Liga Bangsa-Bangsa (sekarang Bangsa-Bangsa Bersatu) kpd sesebuah negara utk mentadbir sesuatu wilayah dsb; 5. kuasa mentadbir sesebuah negara asing dll yg di­amanahkan kpd sesuatu pihak berkuasa: ran-cangan itu menyeru supaya wilayah-wilayah Gaza dan Tebing Barat diletakkan di bawah ~ Bangsa-Bangsa Bersatu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.dat] | مندت

Definisi : 1 amanah yg diberikan oleh orang ramai kpd wakil mereka utk melakukan sesuatu. 2 kuasa atau tugas yg diberikan oleh pihak-pihak yg lebih tinggi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mandat (kata nama)
Bersinonim dengan kuasa, amanah, kewibawaan, tanggungjawab, dekri, tauliah, perintah.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud mandat?Salam sejahtera..Mandat merujuk Kamus Dewan Pelajar bermaksud amanah yg diberikan oleh orang ramai kepada wakil mereka untuk melakukan sesuatu. 2 kuasa atau tugas yang diberikan oleh pihak-pihak yang lebih tinggi.Makna04.12.2012
Saya mendapati rata-rata akhbar harian tidak menggunakan imbuhan pada tajuk atau subtajuk. Hal ini secara tak langsung menggalakkan orang ramai tidak perlu menggunakan imbuhan dalam penggunaan bahasa mereka. Bukankah DBP diberi mandat untuk memantau dan menegur pengguna bahasa yang tidak gramatis? Akhbar yang mempunyai pelbagai fungsi haruslah menjadi contoh yang baik dalam aspek menegakkan bahasa kebangsaan dan bukannya mencemarkan bahasa semata-mata untuk menjimatkan ruang.Terima kasih atas pandangan saudara. Dewan Bahasa dan Pustaka sentiasa memantau penggunaan bahasa oleh masyarakat khususnya penggunaan bahasa dalam media cetak dan media elektronik dan seterusnya memberikan khidmat nasihat bahasa tentang penggunaan yang betul melalui pelbagai saluran seperti khidmat bahasa dalam talian, melalui telefon, faksimile dan juga kunjungan.   Lain-lain29.05.2008

Kembali ke atas