Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.dul] | مندول

Definisi : 1. tidak boleh beranak, majir: isterinya ~; 2. ki tidak produktif: benarkah sastera Malaysia ~?; bagai emak ~ baru beranak prb sangat gembira kerana mendapat sesuatu yg sangat diidam-idamkan; memandulkan menjadikan benda hidup mandul: kebanyakan orang lelaki tidak ber-setuju kalau mereka dimandulkan; kemandulan perihal mandul (tidak boleh beranak); pemandulan perihal (proses, perbuatan) me­mandulkan benda hidup (manusia, binatang): ~ merupakan salah satu cara utk mengatasi masalah ledakan penduduk. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.dul] | مندول

Definisi : tidak dpt beranak. memandulkan menjadikan mandul. kemandulan perihal (sifat) mandul. pemandulan proses atau perbuatan memandulkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mandul (adjektif)
Bersinonim dengan tidak subur, kasi, bulus, gersang, kersang, tandus, gabuk, majir;,

Peribahasa

Berketak ayam mandul;
     orang berketak ia berketak,
orang bertelur ia tidak.

Bermaksud :

Orang yang bernasib malang, walau bagaimanapun meniru orang lain, tetapi nasibnya tetap tidak berubah.

 

Lihat selanjutnya...(6)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
persoalan bahasa melayu tidak pernah selesi, daripada masalah kesilapan ejaan hinggalah masalah nilai ekonomi bahasa melayu dan masalah memperjuangkan bahasa melayu. menyentuh persoalan niali ekonomi bahasa melayu, pejuang-pejuang bahasa sentiasa berusaha meningkatkan niali ekonomi, namun ada pendapat usaha itu gagal dan mengatakan bahawa nilai itu semakin jatuh. malah ada juga pihak mengatakan DBP "mandul" disebabkan peminjamnan yang terlalu banyak (dalam Kamus Dewan) sehinggakan jati diri bahasa melayu "hilang'. tetapi saya percaya.. maslah ini tidak seharusnya menyalahkan DBP sahaja,..pihak lain juga sepatutnya dipersalhkan. jadi.. saya hendak bertanya: mengapa 'rang undang-undang' agar pesalah bahasa dikenakan tindakan tidak dikuatkuasakan.. bagaimana pihak tuan melihat nilai ekonomi bahasa melayu sejaka berada tahun yang ke lapan di alaf yang ketiga ini?Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka sedang diusahakan buat masa ini dan apabila pindaan ini diluluskan akan memberikan kuasa Nilai ekonomi bahasa Melayu masih berada di tahap yang memuaskan memandangkan bahasa Melayu masih terus digunakan dalam pelbagai urusan di dalam negara.   Lain-lain22.07.2008
Adakah perkataan "membiak" boleh digunakan pada manusia? Contoh ayat: "Lelaki itu tak dapat membiak lagi kerana testikelnya telah dibuang." Adakah penggunaan perkataan "membiak" dalam ayat ini betul? Mohon cadangkan perkataan yang sesuai dan membawa maksud yang sama jika ia tak betul. Terima kasih.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat definisi membiak ialah menjadi semakin banyak (binatang, tumbuh-tumbuhan, dan sebagainya). Istilah membiak ini lebih sesuai digunakan untuk bintanag atau tumbuh-tumbuhan. Ayat yang lebih sesuai bagi contoh yang diberi ialah Lelaki itu telah mandul kerana testikelnya telah dibuang.Makna11.10.2017

Kembali ke atas