..mempunyai manfaat kepada pengguna /..memberikan manfaat kepada pengguna. Soalan : Adakah kedua-dua ayat tersebut gramatis? | Ayat yang gramatis ialah "... memberikan manfaat kepada pengguna". | Tatabahasa | 29.05.2011 |
Soaln: Keliru dengan manfaat dan kemanfaatan? Boleh terangkan bezanya? Aktiviti kokurikulum membawa banyak (kemanfaatan atau manfaat) ? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, 'manfaat' bermaksud guna, faedah, untung dan laba. Manakala 'kemanfaatan" juga membawa maksud yang sama. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Lain-lain | 23.01.2011 |
Tuan, frasa manakah di bawah adalah gramatis? 1. ...banyak memberikan manfaat kepada kita ATAU 2. ... memberikan banyak manfaat kepada kita. Terima kasih. | Nombor 2 lebih tepat iaitu .... memberikan banyak manfaat kepada kita. | Tatabahasa | 07.03.2019 |
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. | Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu. | Tatabahasa | 16.05.2017 |
Adakah perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, keburukan membawa maksud jamak? Perlukah perkataan-perkataan ini digandakan untuk memberi maksud jamak? | Walaupun perkataan-perkataan kelebihan, manfaat, kebaikan, dan keburukan tidak digandakan, perkataan-perkataan ini sudah membawa maksud jamak. | Tatabahasa | 12.05.2011 |
adakah betul penggunaan kata sendi dari yang berikut selain dari negara pertubuhan, mendapat manfaat daripada aktiviti mesyuarat intensif | Penggunaan yang betul ialah 'Selain negara pertubuhan mendapat manfaat daripada aktiviti mesyuarat intensif'. | Tatabahasa | 18.08.2009 |
Saya TAN, praktikal INTAN Wilayah Tengah. Saya ingin tahu dalam bahasa malayu adakah perkataan "manafaat" yang bermaksud manfaat. Dalam kamus dewan, tiada perkataan ini. Tetapi, perkataan ini telah digunakan secara luas di kalangan rakyat kami. | Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. Mungkin penggunaan kata 'manafaat' begitu meluas secara lisan tetapi ia tetap merujuk kepada kata 'manfaat'.
| Makna | 04.06.2009 |
memanfaatkan atau memberikan manfaat? | Memanfaatkan bermaksud menjadikan bermanfaat, untuk melihat perbezaan penggunaan perkataan yang tersebut sila lihat contoh ayat ini: ... tidaklah sukar untuk memanfaatkan alat-alat ini untuk kajian saintifik dan hubungan antara dua organisma yang memberikan manfaat kepada satu organisma. | Tatabahasa | 24.06.2011 |
Dipohon atau dimohon? Manafaat atau manfaat? Selenggara atau senggara? Penyenggaraan atau penyelenggaraan? | 1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. 2. Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. 3. Penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya boleh digunakan yang bermaksud mengurus, memelihara, melaksana, mengelola dll. | Makna | 25.07.2012 |
Apakah perbezaan di antara faedah, hasil, hak, kepentingan dan manfaat dalam isu harta? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud faedah ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Manakala hasil pula bermaksud sesuatu yang diperoleh daripada seĀsuatu usaha, tanah, tanam-tanaman dan lain-lain. Maksud hak ialah yang benar, manakala kepentingan pula ialah sesuatu yang penting atau yang sangat dihargai dan akhir sekali maksud manfaat ialah sesuatu yang mendatangkan kebaikan. Maka perbezaan di antara faedah, hasil, hak, kepentingan dan manfaat dalam isu harta mempunyai maksud yang tersendiri mengikut konteks ayat. | Makna | 13.05.2016 |