Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
manfaat (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan faedah, kebaikan, fadilat, kemaslahatan, keistimewaan, guna, kegunaan, laba, untung, keuntungan, khasiat, hikmat, rahmat;,
Kata Terbitan : bermanfaat, memanfaatkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama.Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu.Tatabahasa16.05.2017
Tuan, frasa manakah di bawah adalah gramatis? 1. ...banyak memberikan manfaat kepada kita ATAU 2. ... memberikan banyak manfaat kepada kita. Terima kasih.Nombor 2 lebih tepat iaitu .... memberikan banyak manfaat kepada kita.Tatabahasa07.03.2019
Bilakah kita menggunakan perkataan "pakai' dan 'guna'? dan perkataan 'sampai' dan 'hingga'? Apakah maksud dengan "...dia minggir diri tiga kali" Terima kasih

guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya; guna 1. manfaat, faedah: kelapa sawit banyak ~nya; 2. peranan, fungsi: guru menerangkan ~ akar pd pokok; 3. untuk, bagi: dia datang ke bandar ~ mencari keselamatan hidup; 4. budi baik, kebaikan: tidak tahu membalas ~;
~ tenaga (Eko) penggunaan tenaga manusia; ~ tenaga penuh (Eko) penggunaan seluruh tenaga manusia yg sanggup bekerja; ~ tenaga tak penuh (Eko) penggunaan tenaga manusia yg tidak sepenuhnya;

pakai 1. = memakai: semua ~ baju tangan panjang; boleh ~ kasut; makan ~; 2. dgn cara, dgn jalan: tiap-tiap kali ibunya membeli tidak ~ bayar, tetapi ~ tulis sahaja; ~ paksa sahaja;

sampai I 1. tiba (di): tidak berapa lamanya belayar itu, ~lah ia ke Riau; 2. mencapai tujuan (maksud, niat, dll): maka terlalulah susah hati sahaya sebab surat itu tiada ~ ke dalam; apa lagi yg kaufikirkan? Maksudmu telah ~; 3. sehingga menjadi: mengapa mak ~ begini melarat; 4. mencapai had, cukup: gajinya tidak ~ seratus ringgit tetapi berlagak macam orang kaya; 5. hingga ke, sehingga: ~ hari ini, kami tidak pernah mempedulikan dia lagi;

hingga 1. garis yg terakhir, batas: tiap-tiap sesuatu ada ~ batasnya; 2. sampai ke (had tempat, waktu, dll): percakapan terhenti ~ itu, masing-masing berdiri mencari tempat sujud; ~ kini sampai pd ketika ini; ~ kini ke atas pd masa sekarang dan selanjutnya; 3. = sehingga, hinggakan, sehinggakan sampai pd keadaan (masa dll), sampai menjadi: ~ matahari telah condong benar ke barat barulah si Tanggang berkayuh balik; 4. sl setelah (sudah);

Makna05.12.2007
Dipohon atau dimohon? Manafaat atau manfaat? Selenggara atau senggara? Penyenggaraan atau penyelenggaraan?1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mohon ialah minta atau minta izin, manakala kata pohon bermaksud meminta dengan halus. Walau bagaimanapun bagi penggunaan dalam ayat kata yang lebih sesuai ialah dimohon. 2. Ejaan yang betul bagi kata tersebut ialah 'manfaat' bukan 'manafaat'. 3. Penyenggaraan dan penyelenggaraan, kedua-duanya boleh digunakan yang bermaksud mengurus, memelihara, melaksana, mengelola dll.Makna25.07.2012
Selamat sejahtera tuan / puan, Tolong bimbing saya untuk mengenal pasti sama ada ayat-ayat berikut benar atau salah: 1. Membaca buku dia di bawah pokok yang rendang. 2. Aidil teringat oleh kekasihnya. 3. Sumbangan itu akan kerajaan serahkan kepada mangsa banjir. 4. Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu mendatangkan banyak manfaat. 5. Dia menyedari yang nasibnya terancam. 6. Ayah membelikannya sebuah basikal. 7. Abang memberikan ayah wang. Adakah kata ganti diri ketiga "ia" boleh digunakan untuk merujuk benda? Sekian, terima kasih.Selamat sejahtera,

1. Membaca buku dia di bawah pokok yang rendang. = Dia membaca buku di bawah pohon yang rendang
2. Aidil teringat oleh kekasihnya. = Aidil teringat akan kekasihnya.
3. Sumbangan itu akan kerajaan serahkan kepada mangsa banjir. = Kerajaan akan menyerahkan sumbangan itu kepada mangsa banjir.
4. Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu mendatangkan banyak manfaat. = Penduduk kampung berpendapat bahawa projek itu akan mendatangkan banyak manfaat.
5. Dia menyedari yang nasibnya terancam. =  Ayat ini betul.
6. Ayah membelikannya sebuah basikal. = Ayat ini betul.
7. Abang memberikan ayah wang. = Abang memberikan wang kepada ayah.
Adakah kata ganti diri ketiga "ia" boleh digunakan untuk merujuk benda? = Ia boleh digunakan untuk merujuk benda.
Tatabahasa24.09.2015
kesan negatif dan langkah mengatasi masalah hutang penggunaan kad kreditSila rujuk bahan ini atau anda boleh mendaftar sebagai ahli Rakan Dewan untuk mendapat kemudahan rujukan di Pusat Dokumentasi Melayu, DBP. 1. Kad kredit - manfaat atau mudarat? Lynette Chiew Soon Jin Dewan Masyarakat 01/12/1996. 2. Kad kredit,cara moden untuk berhutang ? Ong Hiong Loi Dewan Masyarakat 01/04/1997 3. Kunci berbentuk kad kredit Dewan Siswa 01/03/1986. 4. Muflis angkara kad kredit Jeniri Amir Dewan Masyarakat 01/12/2005. 5. Penggunaan kad kredit Lee Mei Hwa Dewan Masyarakat 01/02/1998 1Lain-lain19.09.2007
Assalamualaikum.. Soalan; 1.Adakah betul perkataan 'menge-mel' 2.Kata ganti nama untuk ibu. dia atau beliau. 3.Bagaimanakah untuk membezakan penggunaan imbuhan 'meng...' dengan 'meng....kan' dalam ayat.1. Ejaan yang betul ialah meng-e-melkan.
2. Kata ganti nama untuk ibu ialah beliau.
3. Dalam hal ini, puan mesti merujuk buku Tatabahasa Dewan. Secara umumnya, kata kerja dengan awalan meN- ialah kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu sama ada kata kerja itu kata kerja transitif atau kata kerja tak transitif. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu, menyebabkan dan manfaat. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157 dan 197
Tatabahasa30.07.2012
Salam, 1. Saya ingin memohon istilah terjemahan yang betul bagi perkataan berikut bagi tujuan penyediaan abstrak tesis PhD saya. i) learning gains ii) bite-sized lessons iii) class average normalized gain iv) flipped classroom 2) Adakah pihak DBP menyediakan perkhidmatan menyemak manuskrip yang telah diterjemah dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu? Sekian, terima kasih. TUntuk makluman tuan, tidak ada padanan bagi perkataan yang disenaraikan dalam pangkalan data kami, kecuali perkataan flipped classroom yang pernah dibincangkan dan diputuskan padanannya, iaitu pembelajaran flip. Perkataan learning gains boleh diterjemahkan kepada manfaat pembelajaran jika bersesuaian dengan konsepnya. Walau bagaimanapun tiada maklumat untuk istilah kedua dan ketiga.

Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen dengan kadar dan tempoh yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.
Penyemakan dan penterjemahan02.10.2017
1)Apakah perbezaan perkataan dengan imbuhan mem...kan dan imbuhan mem sahaja? Contohnya, memberi dan memberikan. 2)bagaimanakah kita hendak membezakan sama ada perkataan itu dieja dengan '-' atau tidak. Contohnya sampah sarap @ sampah-sarap, rempah ratus @ rempah-ratus 3)yang mana satu betul ? Menghentikan @ memberhentikan? Jikalau kedua-duanya betul, apakah perbezaannya?Awalan mem- ialah salah satu daripada alomorf meN-, iaitu kata kerja yang mendukung maksud melakukan sesuatu. Penggunaan kata kerja dengan awalan meN- boleh menerbitkan dua makna, iaitu sama ada melakukan perbuatan seperti mengarang dan mengaum; serta menyatakan keadaan seperti seperti membujang dan memanjang. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 151 - 161. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan menghasilkan kata kerja transitif dengan maksud membuat sesuatu yang terkandung dalam kata kerja dasar seperti ... merundingkan Projek Ikhtiar; maksud kausatif atau menyebabkan seperti ... membesarkan rumah; dan maksud benefaktif atau manfaat seperti ... membelikan adik buku. Lihat buku Tatabahasa Dewan, halaman 191 - 197.Tatabahasa28.10.2014
1. berat badan lebih (betul atau salah) 2.penggunaan perkataan "ianya" 3....ialah antara...(betul atau salah) 4....peningkatan usaha...(betul atau salah) 5....mengunjung gimnasium...(betul atau salah) 6....muka pengadilan...(betul atau salah) 7....adalah agar peserta dapat...(betul atau salah) 8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul atau salah) 9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul atau salah) 10....tenaga yang boleh diperbaharui...(betul atau salah) 11....berpunca kerana...(betul atau salah) 12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang di peringkat agah...(betul atau salah) 13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

1.   berat badan lebih (betul)

2. penggunaan perkataan "ianya"

Perkataan "ianya" tidak boleh digunakan kerana kata "ia" dan 'nya" merupakan kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh disekalikan/digabungkan penggunaannya.

 

3....ialah antara...(betul)

4....peningkatan usaha...(betul)

5....mengunjungi gimnasium...

6....muka pengadilan...(betul)

7....adalah agar peserta dapat...(betul)

8....mempertingkatkan ilmu pengetahuan...(betul)

9....Mengusahakan kantin ialah tanggungjawab...(betul)

10....tenaga yang boleh diperbaharu...

 
11....berpunca kerana...(betul)

12....kanak-kanak menghasikan bunyi secara rambang pada peringkat agah...

 

13. Perbezaan antara penggunaan perkataan "membeli"dengan"membelikan"

 

Frasa "membelikan Ahmad" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud benefaktif atau manfaat. Dalam hal ini ayat yang terbentuk memerlukan dua objek dan objek pertama ialah objek yang bernyawa. Manakala frasa "membeli kasut" ialah frasa kata kerja transitif yang membawa maksud melakukan sesuatu.

Tatabahasa20.11.2013
12

Kembali ke atas