Adakah ayat ini betul? Buah manggis boleh diproses untuk digunakan jem manggis. | Buah manggis dapat diproses untuk dijadikan jem. | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Ejaan mana yang betul? Motif Bunga Tampuk Manggis atau motif bunga tampuk manggis | Kedua-dua ejaan "Motif Bunga Tampuk Manggis" atau "motif bunga tampuk manggis" adalah betul bergantung pada ayat yang hendak disampaikan. | Tatabahasa | 07.08.2014 |
Assalamualaikum, Dalam Kamus Dewan, tampuk ditakrifkan sebagai 1. bahagian hujung tangkai tempat buah melekat: ~ manggis;. Selalunya dalam percakapan harian, tampuk manggis bukan merujuk kepada tangkai buah tersebut tetapi pada bahagian dasar buah mangga yang berupa kelopak bunga (dikira kelopak untuk kenal pasti jumlaj ulas di dalam buah). Soalan saya, jika tampuk manggis ditakrifkan sebagai tangkai manggis, apakah nama bagi struktur bak kelopak bunga di bawah buah manggis dipanggil dalam bahasa melayu baku? | Tiada maklumat nama untuk struktur seperti kelopak bunga di bawah manggis dalam pangkalan data DBP. Daripada carian kami dalam bidang pertanian terdapat dua istilah yang sering digunakan untuk merujuk bahagian tersebut. Istilah yang dimaksudkan ialah kelopak stigma dan kelopak putik. Contoh penggunaan dalam ayat ialah, jumlah kelopak stigma menunjukkan jumlah bahagian buah. | Istilah | 21.12.2017 |
Salam sejahtera. Ayat yang manakah tepat tanda bacaannya. A) Siti suka makan buah-buahan contohnya betik, epal dan manggis. B) Siti suka makan buah-buahan. Contohnya, betik, epal dan manggis. C) Siti suka makan buah-buahan contohnya, betik, epal dan manggis. | Ayat yang lebih tepat ialah "Siti suka makan buah-buahan seperti betik, epal dan manggis." | Tatabahasa | 14.02.2014 |
Yang mana satu betu? Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis. Saya perlukan penjelasan dari sistem bahasanya. Terima kasih. | Soalan: Pak Ali memuatkan / memuati raga itu dengan buah manggis. Jawapan: Pak Ali memuati raga itu dengan buah manggis. Huraian: "Memuati" = memenuhkan sesuatu dengan barang-barang dan sebagainya. "Memuatkan" = memasukkan sesuatu seperti barang-barang ke dalam sesuatu... | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Adakah ayat ini betul? Buah manggis ada banyak bahan khasiat. | Ayat ini salah. Ayat yang betul ialah "Buah manggis ada banyak khasiat". | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Adakah ini ayat ini betul? Buah manggis boleh makan dengan segar. | Ayat ini salah. Ayat yang betul ialah "Buah manggis boleh dimakan segar". | Tatabahasa | 10.11.2014 |
Salam sejahtera; Tuan, Ayat-ayat yang berikut yang mana satu lebih tepat? 1. Pak Samad mengait buah manggis dan buah mangga. 2. Pak Samad mengait buah manngis dan mangga. Minta pihak Tuan berikan penjelasan tentang jawaban tersebut. Sekian, terima kasih. | Ayat yang betul ialah Pak Samad mengait buah manggis dan buah mangga. Dalam ayat tersebut, berlaku pengguguran kata kerja yang sama, iaitu mengait. | Tatabahasa | 02.09.2013 |
Salam sejahtera . Penggunaan perkataan "umpamanya" dalam ayat ini betul? Ayat: Siti suka makan buah-buahan umpamanya betik, manggis dan epal . | Perkataan yang lebih sesuai ialah seperti. | Tatabahasa | 15.02.2014 |
1.saya ingin mengetahui penggunaan Koma (,) yang betul. Adakah benar penggunaannya seperti ini Di dusun itu terdapat buah-buahan seperti manggis, cempedak, dan durian. Adakah penggunaan koma perlu diletakkan sebelum kata hubung dan. Bagaimana dengan perkataan serta. Bagaimana harus saya mengeja perkataan ceti haram Ah long atau along. Nama khas atau nama am. 3. Bagaimana harus saya mengenal pasti dengan tepat sama ada sesuatu perkataan itu kata majmuk, kata ganda atau perkataan itu perlu diletakkan tanda -. Terima kasih. | 1. Penggunaan koma dalam contoh ayat yang diberikan tidak perlu kerana semuanya dalam kategori yang sama, iaitu buah-buahan. Bagi penggunaan serta, ia bermaksud turut, bersama atau dan juga. 2. Ceti haram bermaksud along, oleh itu boleh digunakan sama ada ceti haram atau along, kedua-duanya merupakan kata nama am. 3. Kata majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan beberapa kata dasar; bentuk yang terhasil membawa makna tertentu, dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, contohnya: kapal terbang, gambar rajah, dan terima kasih. Manakala kata ganda ialah perkataan yang mengalami proses pengulangan pada kata dasarnya, sama ada pengulangan penuh (rumah-rumah, baik-baik) atau sebahagian (lelaki, berlari-lari). Rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. | Tatabahasa | 23.03.2009 |