Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ni.fés.ta.si] | مانيفيستاسي

Definisi : (maniféstasi) perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; memanifestasikan melahirkan, memperli­hatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: has-rat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; watak yg secara lebih giat ~ rasa kekecewaan; dlm solatnya dia sentiasa ~ dan selalu pula mem-baharui ikrarnya kpd al-Khaliq; termanifestasi terpancar: hal ini ~ dlm amalan umat Islam tentang konsep sekolah agama; pemanifestasian perihal (perbuatan, tin­dakan dsb) memanifestasikan: karya sastera merupakan salah satu sumber kekayaan budaya dan wadah ~ pemikiran dan produk perilaku masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ni.fés.ta.si] | مانيفيستاسي

Definisi : /maniféstasi/ perbuatan melahirkan, menjelaskan, atau menyatakan sesuatu. memanifestasikan melahirkan, menjelaskan atau menyatakan sesuatu: Watak yg ~ rasa kecewa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata manifestasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
BILA DAN BAGAIMANA PERKATAAN MANIFESTASI BOLEH DIGUNAKANMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, manifestasi bermaksud perbuatan (ucapan dll) yg memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu; memanifestasikan melahirkan, memperli­hatkan, menunjukkan, menjadikan nyata: Contoh ayat, hasrat ini dimanifestasikan oleh seorang penulis yg tidak dikenali pd tahun 1814; Watak yg manifestasi rasa kecewa. Penggunaannya bergantung kepada konteks ayat.Lain-lain30.04.2010
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama

1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok.  2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.  3. Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut.   4.  Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa5. Manifestasi -  perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;  watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan   6.Wadah -  alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat   7. sirna - hilang, lenyap, musnah   8. Mencanai membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin   9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah   10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut.

Makna02.08.2009
bincangkan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat melayu.Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkenaan konsep kesantunan berbahasa dalam masyarakat Melayu, sila rujuk bahan berikut : 1. Kesantunan Bahasa dalam Pengurusan Pentadbiran dan Media oleh Asmah Haji Omar. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2007; 2. Panduan Utamakanlah Kesantunan Berbahasa oleh Amat Juhari Moain Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1992 ; 3.Budi Bahasa dan Kesantunan Berbahasa oleh Azizah Ahmad Dewan Bahasa 01/07/2005 ; 4. Manifestasi Kesantunan Berbahasa oleh Khoo Thong Eng Pelita Bahasa 01/11/1994; 5. Prinsip Kesantunan Bahasa oleh Ma'aroff Abdul Rahman Dewan Bahasa 01/07/2005;  6.Kesantunan Berbahasa oleh Jumaat Mohd Noor Pelita Bahasa 01/10/1989; 7. Kesantunan Berbahasa oleh Indirawati Zahid Dewan Bahasa 01/03/2005; 8. Budaya Bahasa Melayu dan Kesantunan Berbahasa oleh Ami Masra Utusan Zaman 27/11/1994; 9. Kesantunan Bahasa Diabaioleh  Dr Nik Safiah Karim - Berita Harian 17/08/2006; 10. Penggunaan Kata Panggilan: Kesantunan Berbahasa oleh Abdullah Hassan Watan 29/08/1996.Lain-lain15.06.2008

Kembali ke atas