Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.suh] | منسوخ

Definisi : tidak berlaku lagi, batal, ditiadakan, terhapus; memansuhkan menjadikan tidak berlaku (sah dll) lagi, membatalkan, menghapuskan, meniadakan: perjanjian ini boleh diman-suhkan pd bila-bila masa pun; pemansuhan perbuatan (tindakan dsb) me­mansuhkan, pembatalan, penghapusan: ~ pe-periksaan masuk ke sekolah menengah pd tahun 1964. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.suh] | منسوخ

Definisi : tidak berlaku lagi; batal. memansuhkan menjadikan tidak berlaku lagi; membatalkan: Peraturan itu telah dimansuhkan pd tahun lepas. pemansuhan perihal (perbuatan) memansuhkan: ~ jawatan itu tidak disetujui oleh ahli-ahli. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mansuh
Kata Terbitan : memansuhkan, pemansuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Apakah terjemahan yang tepat untuk "cancellation" dan "revocation" bagi ayat berikut: "The card has to be returned upon cancellation, revocation or suspension by the Bank."? Terima kasih.

Kami mencadangkan perkataan “cancel” diterjemahkan sebagai “batal”, manakala “revoke” diterjemahkan sebagai “mansuh”. Terjemahan yang sesuai bagi contoh ayat yang diberikan ialah “Kad perlu dikembalikan sekiranya pihak bank telah membatalkan, memansuhkan atau menangguhkan penggunaannya”.

Istilah12.05.2020

Kembali ke atas