Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[man.tan] | منتن

Definisi : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia adalah ~ guru besar sekolah itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[man.tan] | منتن

Definisi : pernah menjawat jawatan tertentu (bkn seseorang); bekas: ~ Ketua Bahagian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mantan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam tuan/puan/cik. Saya sedikit keliru: Adakah perkataan menteri besar nama khas? Perlu ditulis setiap masa menggunakan perkataan Menteri Besar atau bolehkah ditulis menteri besar bila dibuat ayat? Ini kerana rata-rata dalam khidmat nasihat DBP menggunakan perkataan Menteri Besar, huruf besar didepan Yang mana betul apabila dibuat ayat: 1. Sesi bergambar bersama mantan-mantan menteri besar 2. Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri BesarPerkataan "Menteri Besar" dieja dengan huruf besar kerana merujuk kepada nama jawatan. Ayat yang betul: Sesi bergambar bersama mantan-mantan Menteri Besar. Lain-lain10.04.2019
apakah perbezaan antara perkataan 'mantan' dan 'bekas' dan dalam konteks apakah perkataan-perkataan ini digunakan? bolehkah 'mantan' digunakan dalam frasa 'mantan pegawai kanan' ?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna mantan ialah dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia adalah ~ guru besar sekolah itu. Jadi, kedua-duanya boleh digunakan.Makna29.07.2010
apakah makna perkataan MANTANMantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi atau bekas.Makna20.01.2007
MantanMaknanya ialah dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas.Makna21.08.2009
Askm.. mohon penjelasan berkenaan maksud : 1. Mantan - dikatakan memberi maksud bekas penjawat yang tiada hala tuju. Penggunaan perkataan mana lebih baik utk: A) Bekas guru besar B) Mantan guru besar. Terima kasihMenurut Kamus Dewan terbitan DBP, mantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi atau bekas. Sebagai contoh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia. Kedua-dua jawapan A dan B adalah betul.Makna14.01.2018
Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasihMenurut  definisi Kamus Dewanmantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu.

 

Makna25.06.2009
Assalamualaikum, Saya inginkan kepastian tentang ayat susunan songsang. Sekiranya ayat begini: Tun Abdullah Ahmad Badawi merupakan mantan Perdana Malaysia. Apabila disongsangkan begini adakah ayat itu betul: Mantan Perdana Menteri merupakan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Sekian terima kasihDalam susunan songsang keseluruhan predikat dikedepankan menjadi merupakan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. Untujk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 478.Tatabahasa08.08.2012
Tuan/Puan, Saya agak keliru bila dikatakan perkataan "Bekas" lebih sesuai digunakan kepada pegawai tinggi yang telah bersara berbanding perkataan "Mantan". Ini kerana bila disemak di Kamus DBP, perkataan "Mantan" digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. Oleh itu saya berpendapat perkataan "Mantan" yang lebih sesuai digunakan. Adakah pemahaman saya telah tersilap atau kedua-duanya boleh digunakan? Terima kasih.Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan.Tatabahasa14.02.2017
Nak tahu Perkataan pendek mantan perdana menteriTidak jelas dengan maksud sdr, mantan bermakna bekas.Makna09.08.2007
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan"Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh.Ejaan18.01.2008
123

Kembali ke atas