Ingin tahu ejaan yang betul mantera atau mentera? Bagaimana sebutannya? man-te(pepet @taling?)-ra atau men-te(pepet@taling?)-ra. | Ejaan yang betul ialah mantera. Sebutan yang betul ialah e pepet, man.te.ra. | Tatabahasa | 13.10.2013 |
Apakah maksud perkataan: Persona- Pesona - | Pesona ialah guna-guna, mantera atau sihir. | Makna | 12.05.2008 |
perbezaan antara maksud perkataan 'persona' dan 'pesona' | Pesona ialah kata Melayu yang bermaksud: guna-guna, mantera, sihir, fitnah. mempesona: memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: Persona ialah kata Inggeris (daripada bahasa Sepanyol) dan tidak terdapat dalam bahasa Melayu. | Makna | 03.07.2009 |
Mutakhir ini, liberalisasi semacam menjadi penyelesaian mudah dan mantra terbaru buat pemimpin. Apa makna perkataan mantra. | Dalam istilah puisi mantra sama dengan mantera iaitu kata atau ayat yang apabila diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib. | Makna | 25.10.2009 |
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ? | Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat. Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu; | Makna | 11.08.2009 |
Apakah bentuk dan aliran dalam penulisan sastera tradisional | Sdr., dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua iaitu prosa dan puisi atau disebut juga sebagai genre prosa dan genre puisi. Genre prosa merangkumi cerita-cerita yang dikategorikan pula kepada, a. Sastera Hikayat ( cerita-cerita daripada sumber Hindu, Islam dan tempatan) b. Sastera Epik( epik tempatan dan berunsur Islam) c. Sastera Panji dan Perwayangan ( sumber daripada Jawa dan Hindu) d. Sastera Sejarah ( cerita yang berhubung dengan sejarah atau salasilah sebuah kerajaan Melayu silam) e.Cerita Para Nabi dan Tokoh-Tokoh Islam ( sumber daripada sejarah Islam) f. Sastera Kitab( berhubung dengan kitab fikah, tasawuf dan sebagainya) g. Sastera Undang-undang dan ketatanegaraan ( undang-undang, peraturan dan adat istiadat sesebuah kerajaan Melayu) h. Kepustakaan Ilmu Tradisional ( berhubung dengan ilmu penujuman, ilmu mendukun dan sebagainya) Genre puisi pula termasuk pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, mantera, teromba dan sebagainya. Mohon sdr. merujuk buku Kesusasteraan Melayu Tradisional( DBP,2000) yang ditulis oleh Dr. Harun Mat Piah dll. untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut tentang persoalan yang di atas. | Lain-lain | 22.10.2010 |