Apakah beza diantara perkataan "garis panduan" dan "panduan". Bagaimanakah cara yang sesuai untuk menggunakanya?. Sekiranya saya ingin mengeluarkan suatu manual mengenai cara cara melakukan sesuatu kerja, adakah manual itu dirujuk sebagai panduan atau garispanduan?. Contoh: Manual bagaimana cara cara menjalankan kajian pencemaran sungai dimana diterangkan cara cara mengambil sampel dan sebagainya. Sekian, terima kasih | Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan garis panduan ialah panduan atau petunjuk-petunjuk yg perlu diikut, dasar (ciri-ciri utama dsb) yg boleh dijadikan panduan atau pegangan, manakala panduan mempunyai 3 takrifan, iaitu: 1. orang yg menunjukkan jalan, pengiring; 2. pedoman, petunjuk, pimpinan: Quran ialah kitab Islam yg mengandungi segala ~ bagi umat Islam; 3. sesuatu yg dipakai utk rujukan (utk mengetahui nama, alamat, butir-butir, dll); ~ telefon buku yg mengandungi nombor telefon dan alamat pemunyanya. Berdasarkan huraian tersebut, garis panduan dan panduan membawa maksud yang sama. | Istilah | 11.02.2010 |
apakah maksud bahasa inggeris 'manual' dalam bahasa melayu? Terima kasih | Makna manual ialah buku yang mengandungi panduan dan maklumat untuk melaksanakan sesuatu. Rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 997. | Makna | 05.06.2008 |
Assalammualaikum, saya merupakan pegawai di dalam Angkatan Tentera Malaysia, saya bertugas di dalam pembuatan manual baru untuk Tentera Darat Malaysia. Justeru, saya amat memerlukan kamus ejaan Bahasa Malaysia yang betul untuk menyiapkan setiap manual baru yang diterbitkan. Masalah saya adalah untuk memastikan penggunaan ayat yang digunakan betul mengikut ejaan Bahasa Malaysia standard yang digunakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. Saya mohon pihak tuan dapat memberi panduan untuk saya memperolehi melalui cari internet atau melalui dewan bahasa dan pustaka. Terima kasih atas perhatian pihak tuan. | Sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layarihttp://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selain itu, DBP juga ada menerbitkan Kamus Dewan Eja pro (cakera padat) yang diterbitkan secara kerjasama dengan Syarikat TNT. Di dalamnya terkandung penyemak ejaan yang didasarkan pada Kamus Dewan Edisi ke-4, sejumlah istilah dan kamus istilah dalam pelbagai bidang ilmu, dan Kamus Inggeris-Melayu Dewan. Bahan digital ini boleh dipasangkan pada PC dan juga pada PDA. Sdr. boleh membeli Dewan Eja pro ini di kedai Koperasi Dewan, Menara DBP atau menghubungi Syarikat Tnt melalui info@tntsb.com atau www.tntsb.com atau tel:03-8319 3388 | Lain-lain | 07.11.2010 |
1) Halakan flash terus kepada/pada objek. 2) masuk kepada/pada mode manual pada flash dan anikkan kekuatan flash mengikut keperluan. | Jawapannya seperti yang berikut: 1. Halakan flash terus kepada objek. 2....masuk kepada mod manual pada flash dan alihkan kekuatan flash mengikut keperluan. | Tatabahasa | 17.11.2011 |
I wish to translate a manual from English to Bahasa, how do I go about it. Thanks | Sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia di talian 03-21424381 atau Insitut Terjemahan Negara Malaysia 03-41497210. | Lain-lain | 24.08.2009 |
Salam satu Malaysia, Apakah terjemahan bagi "drive train"? Perkataan ini digunakan pada manual basikal. Maksud perkataan: en.wikipedia.org/wiki/Drive-train Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "drive train" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah bahasa Melayu untuk "drive" iaitu pemacu dan istilah untuk "train" ialah rangkaian. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "drive train" ialah rangkaian pemacu. | Istilah | 16.08.2013 |
Apakah asas yang terbaik untuk menjadi seorang Penyunting? Di Brunei Darussalam, rasanya belum ada manual penyuntingan yang kukuh. Cuma yang ada hanyalah rujukan ke Kamus Dewan Edisi III & IV, Kamus Bahasa Nusantara, Gaya Dewan. Di DBP BD misalnya,ada tiga buah cawangan di bawah Unit Penyuntingan. 1. Buku Cerita Bergambar - untuk Kanak-kanak 2. Buku Ilmiah dan Umum 3. Buku Sastera Senior saya ada mengatakan untuk menjadi Penyunting kena kreatif dan MESTI berpandukan pada asas seperti di atas. Saya, berpandukan Gaya Dewan,Sintaksis, Morfologi dan Tatabahasa Dewan. Apakah ada kekurangan dari gaya penyuntingan saya. Mohon bantuan | Secara umum, perkara asas untuk menjadi seorang penyunting ialah penguasaan dan pengetahuan dalam bahasa, bidang dan peringkat bahan yang hendak disunting. Penyunting yang bagus dan kreatif terbina melalui pengalaman dan sifat semula jadi, yang antaranya termasuklah minat terhadap kerja penyuntingan, suka membaca, bersifat ingin tahu, analitis dan kritis, serta berdisiplin. Bahan rujukan ialah alat untuk membantu dalam penyuntingan untuk menghasilkan suntingan yang baik. Gaya penyuntingan pula bergantung pada gaya yang telah ditetapkan oleh penerbit; contohnya di DBP, gaya penyuntingan berpandukan buku 'Gaya Dewan'. | Lain-lain | 17.07.2007 |
1. DEFINISI PERBANKAN ELEKTRONIK 2. DEFINISI MISI, VISI DAN OBJEKTIF 3. ARTIKEL2 MENGENAI PERBANKAN ELEKTRONIK | Perbankan elektronik bermaksud sistem perbankan yang sepenuhnya menggunakan komputer atau peralatan elektronik lain (bukan lagi secara manual), misi bermaksud tugas khusus yg dipertanggungjawabkan, visi bermaksud wawasan, objektif bermaksud tujuan atau matlamat | Makna | 31.10.2007 |
1. Standard penulisan tarikh dalam BM/surat menyurat : Cth : 23 Jun atau 23hb Jun?? 2. Untuk menulis sesuatu tajuk, ejaan perkataan spt cth : dalam, dan, serta, bagi, untuk, atau - perlu atau tidak awalan huruf besar cth : Mesyuarat Pembangunan Modul Projek Sarjana dan Pemurniaan Manual Kerja Projek Sarjana serta Penilaian Proposal Projek sarjana bagi Semester 1 09/10 3. Ejaan Maklum balas/Maklumbalas 4. ayat betul : makan di atas meja atau makan di meja? Terima kasih. | Cara penulisan tarikh ialah 23 Jun 2009, tetapi penulisan yang baku ialah 23hb. Jun 2009. Cara yang kedua ini lebih kepada dokumen undang-undang. Ejaan kata bantu dalam frasa ditulis huruf kecil seperti dan, dalam,dan sebangainya. Ejaan yang betul ialah maklum balas. Ayat yang gramatis ialah makan di meja. | Lain-lain | 15.06.2009 |