Saya adalah aktivis puisi tepi jalan. Sudah beberapa kali mencetak buku sendiri. Pernah berkongsi pentas sama manusia-manusia sehebat Pak Samad, Rahmat Haron, Pyan Habib dan Meor. Saya ingin mengetahui apakah cara untuk saya mendapat peluang menerbitkan buku lewat saluran formal. Harap dibantu. | Karya saudara boleh dihantar kepada Ketua, Bahagian Majalah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 10803, 50926 Kuala Lumpur, untuk terbitan majalah, tetapi jika saudara ingin menerbitkan dalam bentuk buku, sila hantar kepada Ketua, Bahagian Penerbitan Sastera di alamat yang sama. | Lain-lain | 06.05.2009 |
Kata bilangan untuk manusia, 'banyak' atau 'ramai'? Mengapa? | Banyak boleh digunakan untuk manusia atau bukan manusia, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja. Berdasarkan keputusan kabinet istilah bahasa Melayu telah ditukarkan kpd bahasa Malaysia. | Tatabahasa | 07.05.2010 |
1. air sangat berguna kepada manusia. atau untuk manusia. 2. mereka sedang menepuk tangan sambil menyanyi atau bertepuk tangan sambil menanyi. 3. gantinama "nya" boleh digunakan untuk bukan manusia contoh anjing itu sedang makan daging itu. daging yang dimakannya itu sangat besar. dia membeli banyak barang antaranya ialah ...... . Terima kasih | 1. Yang paling tepat ialah "air sangat berguna kepada manusia". 2. Yang paling tepat ialah "mereka bertepuk tangan sambil menyanyi". 3. Nya ialah kata ganti nama diri orang ketiga, oleh itu tidak boleh digunakan untuk bukan manusia. Walau bagaimanapun nya juga bermaksud oleh, iaitu yang tersebut terlebih dahulu. | Tatabahasa | 10.10.2009 |
Bolehkah kita kata "nyamuk menyengat manusia"? ataupun "nyamuk menggigit manusia"? Terima kasih. | Jawapan yang betul ialah "nyamuk menggigit manusia". Menyengat digunakan untuk serangga atau binatang kecil yang mempunyai sengat seperti lebah, lipan dan kala jengking. | Tatabahasa | 28.04.2012 |
Mohon terjemahkan perkara-perkara berikut bagi tujuan membuat Business Card pegawai-pegawai ke Bahasa Inggeris: 1. Timbalan Setiausaha Bahagian Cawangan Dasar dan Perancangan Sumber Manusia Bahagian Pengurusan Sumber Manusia 2. Ketua Penolong Setiausaha Unit Dasar dan Perancangan Strategik Sumber Manusia 3. Unit Perancangan Sumber Manusia Guru 4. Unit Perancangan Sumber Manusia Bukan Guru 5. Unit Pemantauan dan Penilaian Sekian, terima kasih. | Untuk makluman puan, DBP tidak menyediakan perkhidmatan terjemahan. Untuk menterjemah dokumen, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia melalui talian 03-92262506 atau e-emel terjemah1@gmail.com. | Istilah | 25.01.2018 |
Tuan, yang manakah betul antara "jelas pada kita" dengan "jelas kepada kita"? Bukankah untuk manusia, sendi nama "kepada" digunakan? Contoh ayat: (1) Dengan memecahkan persoalan-persoalan tersebut, barulah akan jelas pada kita pentingnya bahasa dalam kehidupan manusia. "Kita" manusia, jadi patutlah dikatakan "jelas kepada kita", tetapi saya tidak berasaskan pernyataan "kita" manusia sahaja kerana ada kaedah pembedaan guna lain antara sendi nama "pada" dengan "kepada". "Pada" menunjukkan tempat sandaran, "kepada" menunjukkan tempat tujuan, jadi untuk sendi nama "kepada", gerak sesuatu barang kepada sesuatu penerima pasti wujud, seperti dalam ayat: (2) Ayah menghadiahkan seutas rantai kepada ibu - "rantai" bergerak daripada "ayah" menuju "ibu", maka "ibulah" tempat tujuan dan patut didahului sendi nama "kepada". (3) Kertas itu tertampal pada papan pernyataan - "papan pernyataan" tempat bersandar "kertas itu". Berdasarkan ayat (1), "kejelasan" kepentingan bahasa dalam kehidupan itu timbul pada kita, bersandar pada kita, maka sendi nama yang tepat "pada", kan? Jadi, rangkai kata yang betul "jelas pada kita" bukan "jelas kepada kita". Betulkah pandangan saya? | Selamat petang: Terima kasih atas huraian yang diberikan. Sila rujuk maklumat lanjut dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. Sekian. | Tokoh | 10.12.2016 |
Perbezaan pengunaan perkataan banyak dan ramai | Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Makna | 23.11.2016 |
Apakah perbezaan antara banyak dan ramai? | Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat, manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 20.08.2015 |
1 ramai orang atau banyak orang ? | Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Makna | 05.09.2010 |
Penggunaan antara Penjodoh bilangan Ramai dan Banyak. Difahamkan terdapat perubahan penggunaanya.Dulu, Ramai dipadankan kepada Manusia,manakala Banyak dipadankan objek atau Barangan.Harap dapat jawapan. | Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja. Ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan. | Tatabahasa | 08.09.2009 |