Yang mana satu betul? 1. anti-lelaki/ anti lelaki/ antilelaki 2. kadangkala/kadang kala 3. rumah tangga/ rummahtangga 4. aruah/arwah 5. saudaramara/saudara mara/ saudara-mara 6. ramah tamah/ ramah-tamah/ramahtamah 7. seringkali/sering kali 8. tanahair/tanah air 9. pasaraya/ pasar raya 10. tengah hari/ tengahari 11. perkapita/ per kapita 12. hubungkait/hubung kait | 1. antilelaki 2. kadangkala 3. rumah tangga 4. arwah 5. saudara-mara 6. ramah-tamah 7. sering kali 8. tanah air 9. pasar raya 10. tengah hari 1. per kapita 12. hubung kait | Ejaan | 07.08.2014 |
Adakah salah dari segi tata bahasa sekiranya saya menggunakan perkataan 'mara' dengan perkataan 'membangun'? | Dalam konteks makna, ayat yang lebih tepat ialah mara untuk membangun kerana mara dalam Kamus Dewan Edisi Ke-4, bermaksud bergerak ke muka, tampil ke hadapan. | Makna | 21.08.2006 |
1. Apakah perbezaan antara perkataan 'hadapan' dan 'depan'. 2. Ayat yang betul sama ada a. Sentiasa mara ke hadapan atau b. Sentiasa mara ke depan Terima kasih. | Kata "depan" dan "hadapan" mempunyai maksud yang sama. Kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan dalam ayat tersebut. | Tatabahasa | 29.10.2014 |
Saya membuat langganan majalah dewan pelajar selama setahun hingga Julai 2020. Alamat penghantaran majalah didik saya adalah di Tingkat 6, Bahagian Teknologi Maklumat, Ibu Pejabat MARA, 21 Jalan MARA, 50609 KL. Memandangkan perintah kawalan oleh kerajaan yang bermula dari 18/3 hingga 28/4/2020, saya ingin membuat permohonan pada pihak tuan supaya penghantaran majalah tersebut boleh di buat di alamat saya yang telah didaftarkan dalam rekod pendaftaran pengguna sistem dbp. Harapan saya semoga tindakan ini dapat dilakukan segera memandangkan anak saya amat memerlukan majalah tersebut sebagai bahan ulangkaji untuk UPSR pada tahun ini. Terima kasih. | Salam sejahtera, PENANGGUHAN SEMENTARA OPERASI PEMBELIAN BUKU DBP SEPANJANG TEMPOH PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (PKP) Dimaklumkan bahawa sepanjang tempoh PKP ini urusan pembelian buku/majalah dalam talian dan di kedai buku DBP ditangguhkan operasi buat sementara waktu. Segala kesulitan berhubung perkara di atas amat dikesali dan pihak kami memohon maaf. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.04.2020 |
assalamualaikum, tuan, Kolej kemahiran Mara Tinggi Kuantan bakal mengadakan hari perasmiaan pd pertengahan bulan ini. setelah menggunakan khidmat pengesahan bahasa dewan dan pustaka pihak kolej mendapati beberapa nama Am seperti 'Festival IOEEE 2016' dan 'pelancaran mobile technical service (MTS)' telah dipersetujui oleh pihak MARA. Pihak kolej tidak dapat membuat pembetulan pada bahagian nama-nama tersebut. persoalannya, apakah yang perlu dilakukan oleh pihak kami bagi mendapatkan kelulusan pengesahan dewan bahasa dan pustaka tanpa mengubah kedua-dua nama tersebut? kerjasama dari pihak tuan amat dihargai. sekian, terima kasih | Sila kemas kini permohonan tuan dalam portal Khidmat Pengesahan Bahasa DBP dan nyatakan bahawa perkataan tersebut ialah nama khas untuk makluman penyemak permohonan. | Lain-lain | 06.10.2016 |
Di dalam bahasa Raja/Kesultanan apa kah makna KERABAT dan WARIS?Khas bagi negeri Perak Darul Ridzuan. | Menurut kamus Dewan, perkataan kerabat bermaksud kaum, kaum keluarga atau saudara mara, manakala berkerabat bermaksud ada hubungan keluarga; bersaudara-mara; atau berkeluarga. Waris pula bermaksud orang yang berhak menerima pusaka orang yang telah meninggal, penjaga atau wali (kanak-kanak). Saudara hendaklah merujuk kerajaan negeri Perak untuk mengetahui makna waris dan kerabat bagi kerajaan negeri Perak. | Makna | 01.06.2010 |
thrust | mara | Lain-lain | 15.04.2008 |
assalamulaikum sy pelajar kolej mara seremban saya ad buat kajian tentang novel Alias Ali iaitu Krisis terbitan Federal Berhad....saya nk mendapatkan biografi pengarang Alias Ali dan Sinopsis novel ni..... terima kasih... | Waalaikumusalam wbk. Bagi mendapatkan biografi pengarang Alias Ali, sdr bolehlah mendapatkan/merujuk kepada buku Biografi Penulis WAJAH (Edisi Ketiga), terbitan DBP, 2005. Buku tersebut boleh dibeli di mana-mana kedai utama atau dirujuk di mana-mana perpustakaan utama di tempat sdr atau di Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50926 Kuala Lumpur. Tentang sinopsis novel Krisis karya penulis tersebut, sdr bolehlah merengkaskan ceritanya selepas karya tersebut dibaca. Sekian dimaklumkan dan wassalam. | Lain-lain | 04.08.2010 |
ASSALAMULAIKUM SY PLAJAR KOLEJ MARA DAN SAYA PERLU MENGKAJI NOVEL SASTERA....SY MEMILIH NOVEL HUJAN DEBU OLEH ROSMINI SHAARI...DISINI,SY NAK TAHU LEBIH DETAIL ABOUT ROSMINI SHAARI...HARAP PIHAK DBP DAPAT MENYEDIAKAN MAKLUMAT TENTANG ROSMINI SHAARI....TERIMA KASIH | Sila berkunjung ke Pusat Dokumentasi Melayu (PDM) DBP, Kuala Lumpur untuk mendapat fail tentang pengarang tersebut. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 10.02.2010 |
salam..saya pelajar dari Kolej Mara Banting..saya perlu menyiapkan tugasan World Literature..saya telah memilih novel Lagak Wasangka dan Okonkwo bagi tugasan tersebut..tajuk yang saya ketengahkan ialah tindakan watak utama lelaki dalam menimbulkan unsur dramatik terhadap pembaca..sebagai pendahuluan..saya memerlukan definisi unsur dramatik yang digunakan dalam novel dan juga definisi tindakan berdasarkan pandangan para sarjana..saya harap pihak tuan dapat memberi bantuan kepada saya..sekian terima kasih.. | Dramatik adalah suatu unsur dalam PLOT. Dalam Kamus Dewan edisi ke-4, dramatik bermaksud 1. mempunyai lagak (gaya dsb) yg sesuai utk drama (bkn percakapan dsb): percakapannya penuh ~; 2. boleh menimbulkan kesan pd jiwa (sama ada suka, sedih, marah dsb). Berdasarkan definisi tersebut, maksud kedua adalah berkaitan untuk menghuraikan tentang unsur dramtik yang terdapat dalam dua buah novel yang ingin saudari kaji. Saudari bolehlah melihat perkara-kara yang mengugah jiwa atau dengan kata lain tindakan-tindakan watak utama sama ada dalam dialognya atau pun tindakannya kepada watak lain. Berkaitan dengan definisi tindakan watak oleh para sarjana sastera pula, tidak terdapat suatu pun pandangan konkrit tentang tindakan watak dalam sesebuah karya. Jika ada pun pandangan para sarjana adalah apabila mereka menyentuh sesebuah karya berdasarkan pendekatan Psikoanalisis. Dalam pendekatan tersebut, Sigmund Freud telah menghuraikan tingkah laku manusia (tindakan) berdasarkan id, ego dan superego. Berkaitan dengan pendekatan Psikoanalisi ini mungkin saudari boleh merujuk maklumat-maklumat yang terdapat di laman internet di bawah entri Sigmund Freud. | Lain-lain | 14.06.2010 |