Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marahkan

Puisi
 

Kelap-kelip kunang-kunang di rimba,
     Tempat di pohon gedung;
Silap sedikit marahkan hamba,
     Di manalah tempat diri berlindung.


Lihat selanjutnya...(3)
Peribahasa

Marahkan tikus rengkiang dibakar.

Bermaksud :

Takutkan bahaya yang kecil, maka keuntungan yang banyak dibuang, akhirnya meranalah badan. (Peribahasa lain yang sama makna: Marahkan pijat kelambu dibakar, tidur terdedah).

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBT. Mohon jelaskan , manakah ayat yang tepat dan gramatis? 1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa. 2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa. 3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa.1. Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa.
2. Janganlah engkau marahkan daku disebabkan aku lupa.
3. Janganlah engkau marahiku disebabkan aku lupa.
Ketiga-tiga ayat ini ayat gramatis.
Tatabahasa20.06.2016
SAlam, where can I find the English translation of `tak dapat tanduk telinga dipial' and its meaning and `marahkan Nyamok kelambu dibakar, meaning too. JKK, syukran, wassalamAnda boleh merujuk kedua-dua makna peribahasa ini dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu.Lain-lain29.08.2014
Peribahasa melayu membawa banyak makna tersirat sebagai medium komunikasi. Adakah peribahasa seperti "seperti kacang lupakan kulit". "gunting dalam selimut", marahkan nyamuk kelambu dibakar" boleh dikatakan membawa suatu konotasi negatif kepada masyarakat melayu? kerana peribahasa terhasil daripada ketajaman pemerhatian orang dahulu kala.
Peribahasa Melayu ialah salah satu medium komunikasi yang tercipta hasil daripada tuturan mulut ke mulut dan kemudian diwarisi kepada satu generasi kepada satu generasi sebagai satu etos bangsa. Etos ialah sistem nilai yang terdapat dalam sesebuah masyarakat. Sifat sesebuah masyarakat diandaikan terbit daripada sistem nilai yang menjadi panduan kepada kehidupan mereka sebagai sebuah masyarakat yang terbentuk atas persetujuan para anggotanya untuk patuh kepada sesuatu pegangan hidup secara bersama. Pegangan hidup itu ialah nilai hidup yang menjadi ukuran kepada apa-apa yang baik dan tidak baik.

Oleh itu, ketiga-tiga peribahasa di atas tidak membawa konotasi negatif, tetapi sebaliknya sebagai satu ingatan atau pesanan kepada pendengarnya agar tidak bersifat sedemikian. Secara tidak langsung, peribahasa-peribahasa tersebut ingin mengingatkan kita bahawa bangsa Melayu sangat berpegang kepada nilai-nilai atau etos yang baik demi kerukunan hidup bersama.
Sastera19.08.2024

Kembali ke atas