Pada marcapada ini betul ke? Marcapada ini? atau Marcapada sekarang? yang mana satu betul? | Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini. Melihat kepada aspek makna kata marcapada boleh didahului dengan kata sendi nama pada tetapi tidak dapat diikuti oleh kata ini dan sekarang. | Tatabahasa | 06.09.2011 |
apakah maksud marcapada dan mayapada | Marcapada bermakna dunia sekarang ini. Contoh ayat : Orang Mukmin yang tidak terpengaruh dengan marcapada yang penuh dengan tipu daya. Mayapada bermaksud dunia dan sama makna dengan marcapada. | Makna | 29.11.2007 |
Ayat yang manakah betul? A) Marcapada ini, B) Marcapada, | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, marcapada bermaksud dunia sekarang ini. Oleh itu, perkataan yang betul ialah marcapada dan tidak perlu ikuti dengan perkataan ini. | Makna | 24.01.2011 |
apakah maksud marcapada? | Marcapada merupakan perkataan sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini. | Makna | 15.11.2007 |
Selamat pagi, Saya hendak tahu bahawa perkataan "marcapada" yang bermaksud "dunia sekarang ini", bolehkah ditulis sebagai "marcapada ini"? Saya mendapati bahawa "marcapada ini" banyak digunakan sebagai penanda wacana, adakah frasa " marcapada ini" betul? Sekian, terima kasih. | Makna 'marcapada' ialah dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. | Tatabahasa | 26.11.2010 |
Pada marcapada ini, minat membaca dalam kalangan remaja semakin merosot. penggunaan "pada marcapada ini" sesuai dlm ayat ini? | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, marcapada bermaksud dunia sekarang ini. Oleh itu, perkataan yang betul ialah pada marcapada dan tidak perlu ikuti dengan perkataan ini. | Tatabahasa | 25.07.2013 |
maksud perkataan laif dan marcapada? adakah ayat ini betul?'marcapada ini,manusia laif dengan kebendaan??? terima kasih | Saudara Thrishnaa, Maksud perkataan 'laif' dan 'marcapada' ialah daif dan dunia sekarang ini. Ayat seperti ini mungkin boleh digunakan dalam penulisan esei, novel atau cerpen. | Makna | 31.03.2010 |
pada zaman mutakhir ini betul ke? atau muktahir ini? atau muktahir ? Penggunaan 'marcapada ini' betul ke? atau cuma letak 'Marcapada' je? | Encik Yu, Maksud mutakhir ialah terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. Oleh itu frasa yang betul ialah 'pada zaman mutakhir ini' atau ' mutakhir ini'. Makna 'marcapada' ialah dunia sekarang ini: orang Muk-min yg tidak terpengaruh dgn ~ yg penuh dgn tipu daya. Oleh itu, perkataan 'marcapada' sudah memadai. | Tatabahasa | 18.05.2010 |
maksud perkataan intihanya, marcapada, uhwah, | Perkataan intihanya tiada dalam rujukan kami, yang ada ialah intiha (bahasa Arab) yang bermaksud akhir, penghabisan, penutup, dan perhentian. Marcapada ialah bahasa klasik atau sastera lama yang bermaksud dunia sekarang ini, manakala ukhuwah bermaksud persaudaraan. | Makna | 01.11.2010 |
Adakah " Pada marcapada yang canggih dengan sains dan teknologi ini, ... " salah atau betul? | Ayat tersebut betul dari segi maksudnya. Bagaimanapun ia bergantung kepada konteks penggunaan. Marcapada ialah perkataan sastera lama yang bermaksud pada dunia sekarang ini. | Tatabahasa | 28.08.2008 |