Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Almarhum. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : = almarhum yg diberi rahmat (digunakan ketika menyebut nama orang Islam yg telah meninggal): ~ Sultan Sulaiman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata marhum


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya ingin bertanya tentang beberapa perkara: 1. Penggunaan 'almarhum' yang tepat Contoh: Almarhum Tuanku Jaafar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman atau al-marhum Tuanku Jaafar ibni al-marhum Tuanku Abdul Rahman 2. Penggunaan koma atau "spacing" untuk nombor Contoh: 2 000 atau 2,000 dan adakah ia sama sama ada untuk penggunaan harga atau jumlah orang? 3. penggunaan huruf besar untuk kata hubung Contoh: Senarai Negeri Yang Pernah menjadi Tuan Rumah Untuk Sukan Malaysia atau Senarai Negeri yang Pernah menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia? Adakah penggunaan yang perta(huruf besar untuk awalan kata hubung dibenarkan di dalam penulisan?) Sekian sahaja soalan saya untuk kali ini. Terima kasih.

1. Ejaan yang betul ialah "Almarhum"

2. Kedua-duanya dibenarkan.

3. Awalan kata sendi nama hendaklah ditulis dengan huruf kecil, contohnya Senarai Negeri yang Pernah Menjadi Tuan Rumah untuk Sukan Malaysia.

 

Tatabahasa15.11.2011

Kembali ke atas