Adakah penggunaan mewarna boleh digunakan sebagai tajuk. Contoh 1. mari sertai peraduan mewarna gambar Contoh 2. Mari mewarna huruf | Peraduan Mewarna sebagai kata nama boleh digunakan, tetapi jika selepas kata warna yang fungsinya kata kerja, warna kena diimbuhkan dengan apitan me-...-kan (mewarnakan) atau me-...-i (mewarnai) dan mesti ada objek penyambut, contohnya: i. Mari sertai peraduan mewarnai/mewarnakan gambar; ii. Mari mewarnai/mewarnakan huruf. Harap maklum. | Tatabahasa | 15.09.2006 |
Mohon Semak Ayat dan Ejaan. Terima Kasih. --- Saya ada baju biru. Baju biru lawa. Mana baju biru? Ini baju biru. Saya suka baju biru. Saya suka baju lawa. ------ Mari baca buku. Mana buku? Itu buku. Mana buku biru? Buku biru yang baharu. Ini buku biru. Mari kita baca. --------- Bola Baharu Mana bola baharu? Ini bola. Ini bola baharu. Saya suka hati. Ada tiga bola baharu. Saya suka hati. ----- Mari Kira Mari kira bola. Satu bola, dua bola, tiga bola. Mari kita kira. Satu bola, dua bola, tiga bola, empat bola dan lima bola. Saya suka hati. -------- Hari Rabu Saya suka hari Rabu. Hari Rabu ada cerita lucu. Saya geli hati. Saya lari-lari. Saya menari-nari. Saya suka hati. --------- | Soalan anda tidak jelas. Sila kemukakn soalan yang lebih jelas. | Lain-lain | 30.06.2010 |
1. "Mari kita pergi berkelah," kata Ayah. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Ayah'? 2. "Saya akan tolong Nenek," kata Aziz kepada neneknya. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Nenek'? 3. Salmah, Salleh dan Ibu menaiki bas ke bandar. Huruf besar atau huruf kecil untuk 'Ibu'? | Ketiga-tiga perkataan tersebut iaitu ayah, nenek dan ibu ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
Sekarang, mari kita lihat sumber-sumber menghasilkan barang-barang yang kita gunakan. Adakah ayat di atas betul dari segi pemajmukan kata nama? Terima kasih. | Sekarang, mari kita lihat sumber untuk menghasilkan barangan yang kita gunakan. | Tatabahasa | 23.05.2013 |
1. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Mari Berinovasi & Berkolaborasi ! 2. Cipta Nilai-Nilai Pelanggan Bersama Berinovasi & Berkolaborasi ! Terima Kasih. | Tiada soalan yang saudara kemukakan. Jika diminta pandangan kami tentang slogan tersebut, bagaimana kita mahu mencipta nilai untuk pelanggan kerana lazimnya pengeluar produk memberi jaminan tentang produk dan servis kepada pelanggan. | Tatabahasa | 25.04.2013 |
Mana jawapan yang betul.... 1. 'Mari kita ikut ........ke bilik komputer,'kata Ani kepada Izah. dia atau mereka 2. ..............,bila agaknya tarikh pengumunan keputusan keputusan peperiksaan UPSR pada tahun ini! 3. i.Kakak DIAM membatu apabila dileteri ibu. ii. Kami sekeluarga telah lama DIAM di taman perumahan ini. iii. Secara DIAM pasukan perisik mencari bukti untuk menumpaskannya. iv. Sejak semalam Raihah DIAM sahaja kerana memikirkan masalah keluarga 4.1. Cara pembiakan tumbuhan ini bagaimana? ii. Yang paling pandai di kelas ini siapakah? iii. Mengapa kita harus berkumpul di makmal komputer? iv. Awakkah yang menghantar bungkusan ini kepada Cikgu Ani? | Saudari/Saudara, Jawapan yang betul ialah: 1. Boleh digunakan perkataan 'dia' atau 'mereka' dalam konteks ayat tersebut. 2. Sila hubungi Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut. 3. Keempat-empat penggunaan perkataan 'DIAM' dalam konteks ayat tersebut adalah betul. Hal ini kerana, diam, merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud, tidak bercakap, senyap, dengan senyap-senyap, tinggal (duduk, berumah, bertempat). 4. i. Bagaimana cara pembiakan tumbuhan ini? II. Siapakah yang paling pandai dalam kelas ini? III. Ayat ketiga penggunaan ayat adalah betul. IV. Ayat keempat penggunaan ayat adalah betul. | Tatabahasa | 14.08.2012 |
tuan, menurut Hikayat seri kelantan (...Tuk Ca itu apa maksud ia mari serta langgar negeri kita ini kerana ia orang kebenaran, tentulah ia beroyat dengan betul) tuan, saya tak dapat cari maksud beroyat, apakah maksud ini? TQ | Royat ialah dialek Kelantan, Terengganu dan Pahang yang bermaksud menceritakan atau memberitahukan. Lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=royat untuk maklumat lanjut. | Makna | 18.01.2012 |
apakah maksud tersusup - sasap? | Makna susup-sasap ialah menyorok (masuk) ke sana ke mari.Kamus Dewan Edisi Keempat, halaman 1555. | Makna | 02.06.2008 |
saya ingin mengetahui maksud susup-sasap dengan lebih jelas | Susup-sasap bermaksud menyorok (masuk) ke sana ke mari. | Makna | 20.09.2011 |
DAPATKAH TUAN MENGHANTAR PANTUN SELOKA SEMASA MAJLIS PERKAHWINAN | Antara contoh pantun: Pasang lampu pasang pelita, Pasang mari laut jambatan; Kekalnya jodoh jangan dipinta, Memang jodoh jadi suratan. Budak-budak duduk di pintu, Apa dibuat mencari kutu; Habislah wang beribu-ribu, Sukalah hati mendapat menantu. Saudara digalakkan merujuk buku Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, terbitan DBP untuk mendapatkan pantun-pantun lain yang lebih menarik. | Lain-lain | 19.02.2010 |