Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maria


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
maria terpersona melihat air laut yang_________ (membiru,kebiruan) di sepanjang perjalanan ke langkawi...mohon pencerahan jawapan...Perkataan yang tepat ialah kebiruan. Perkataan kebiruan bermaksud keadaan biru manakala membiru bermaksud menjadi biru.

Maria terpesona melihat air laut yang kebiruan sepanjang perjalanan ke Langkawi.
Tatabahasa19.09.2013
Soalan1: Kim Seng merangkul tempat _________manakala _______orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. a) kedua....kedua-dua b) pertama...dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan a salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah b. Soalan 2: Puan Maria membeli _________pasang kasut itu. a) dua b) kedua-dua Saya ingin tanya tuan/puan , adakah jawapan b salah penggunaannya? sebab jawapan yang betul diberi cikgu ialah a. Terima kasih.Kim Seng merangkul tempat pertama manakala kedua-dua orang kawannya gagal dalam pertandingan itu. Merangkul bermaksud mencapai kemenangan, iaitu menjadi johan atau mendapat tempat pertama. Tatabahasa11.07.2020
ASSALAMUALAIKUM.SAYA INGIN BERTANYA TENTANG NOVEL ANTARA DENDAM DENGAN PERJUANGAN KARYA ALI JUSOH,2007.MEMANG BENAR CERITA TERSEBUT BENAR TETAPI ADAKAH ADIK MAT ,IAITU MAT KILAU ADIK KEPADA ADIK YAK,IAITU TOK GAJAH?BUKANKAH MAT KILAU ANAK TOK GAJAH ,DAN TOK GAJAH BERSAMA DATO BAHAMAN SERTA MAT KILAU TELAH BERJUANG UNTUK PAHANG.BENARKAH WATAK ZAKI HAMIDON,MARIA,ABON,SERI BANUM,PRABASNA,ABANG MUSA,DERAMAN,TAMBI SAN,AH WEE,AMAT DAN LAIN-LAIN.DAN BAGAIMANA SAYA BOLEH MENULIS BUKU ATAU SYARAT -SYARATNYA.SAYA HARAP PIHAK ANDA DAPAT MEMBALAS PERTANYAAN SAYA INI.TERIMA KASIH.

Waalaikumusalam wbk. Bagi menjawab soalan sdr tentang watak-watak dan perwatakan dalam novel Dendam dan Perjuangan karya Ali Jusoh, sdr bolehlah menghubungi penulisnya sendiri di talian 09-6663312 (rumah) atau 019-9490727 (t/bimbit). Alamat rumah beliau ialah No. 4, Taman Teratai, To Jembal, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman. Mudah-mudahan beliau dapat menjelaskan sendiri tentang segala kemusykilan sdr.

Berhubung dengan minat dan syarat-syarat menulis buku, sdr. boleh mendapatkan atau membeli buku-buku yang dijual di pasaran yang diterbitkan oleh pelbagai penerbit.  Antara buku terbitan DBP ialah Panduan Menulis Puisi karya Rahman Shaari, Panduan Menulis Cerpen karya Othman Puteh dan Panduan Menulis Novel karya Shahnon Ahmad. 

Sekian, selamat berjaya dan wassalam.  

      

 

Lain-lain02.12.2009
Apakah perbezaan istilah 'sifat' dan 'sikap'?Sikap bererti perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana sikap mereka terhadap Ketua Pengarah ini? Sifat pula semula jadi : Sifat kewanitaan Jamilah menawan hati saya. Adakalanya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam konteks yang sama: Sikap/sifat suka ambil tahu Maria disenangi oleh kawan-kawannya.Tatabahasa03.03.2015
apakah perbezaan antara sikap dengan sifat? boleh ke kedua2nya digunakan dalam konteks yang sama? Sikap bererti perbuatan atau pandangan yg berdasarkan sesuatu pendapat (keyakinan dll): Bagaimana sikap mereka terhadap Ketua Pengarah ini? Sifat pula semula jadi : Sifat kewanitaan Jamilah menawan hati saya. Adakalanya kedua-dua perkataan ini boleh digunakan dalam konteks yang sama: Sikap/sifat suka ambil tahu Maria disenangi oleh kawan-kawannya.Istilah25.04.2011

Kembali ke atas