Mariah.........gagang telefon sambil..........dengan seorang kawan baiknya A.memaut/bercakap B.meletak/berborak C.menyentuh/bertanya D.mengangkat/berbual | Perkataan yang betul dari segi tatabahasa dan sesuai untuk mengisi tempat kosong tersebut ialah D: mengangkat/berbual, iaitu Mariah mengangkat gagang telefon sambil berbual dengan seorang kawan baiknya. | Tatabahasa | 08.08.2009 |
Salam Sejahtera, pihak DPB. Setelah memahami konsep frasa nama, saya kembali keliru lagi apabila diminta mencari frasa nama dalam petikan cerpen. Saya ingin meminta kepastian daripada pihak DBP untuk mengenal pasti 4 frasa nama dalam petikan contoh dibawah supaya saya boleh membandingkannya dengan jawapan yang saya telah dapatkan: Terpegun sejenak Mariah apabila sampai di hadapan rumah ayahnya. Dia menoleh sejenak ke arah kereta suaminya yang sudah pun bergerak keluar untuk menjemput dua orang anak perempuannya di pusat tuisyen. Kereta ayahnya tidak ada. Tentu ayahnya keluar. Namun, hatinya mengatakan kereta itu mungkin dibawa oleh abangnya, Borhan. Mana mungkin! Abangnya sudah mempunyai kereta, tetapi mungkin kereta Abang Borhan rosak. Dengan anggapan itu, Mariah terus masuk ke dalam rumah ayahnya tanpa mengetuk pintu. | Frasa nama yang terdapat dalam petikan tersebut seperti yang berikut: 1) rumah ayahnya 2) kereta suaminya 3) Kereta ayahnya 4) kereta Abang Borhan | Tatabahasa | 06.10.2017 |
A. Saya ingin tahu sama ada ayat di bawah ini betul atau silap. Jika silap; apakah kesilapannya. Kerjasama pihak DBP saya dahulukan dengan ucapan terima kasih. 1. Dedaun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. 2. Pisang goreng itu mereka beli di gerai Wak Semah. B. Penggunaan perkataan "dari" dalam ayat di bawah, betul atau silap. 1. David memberitahu Mariah melaui e-melnya bahawa dia sempat membeli kraf tangan Kelantan dari Pasar Seni semasa dia berkunjung ke Malaysia. C. Bagaimana kita nak menentukan sama ada "ditampal dengan" atau "ditampalkan dengan" yang sesuai untuk ayat di bawah? 1. Dinding restoran itu _______________ pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah. | Saudara, Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Daun-daun pokok getah keguguran apabila musim kemarau. Perkataan dedaun bermaksud pelbagai jenis daun. 2. Pisang goreng itu dibeli oleh mereka di gerai Wak Semah. Dibeli oleh mereka ialah bentuk pasif bagi diri ketiga. 3. Dalam ayat ini penggunaan kata sendi nama 'dari' betul kerana frasa 'dari Pasar Seni' ialah frasa sendi nama yang merujuk tempat. 4. Dinding restoran itu ditampal pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah atau Pelbagai poster tentang bahaya penyalahgunaan dadah ditampalkan pada dinding restoran itu. Ditampal (menampal) dan ditampalkan (menampalkan). Kedua-dua ayat ini boleh digunakan bergantung pada konteks dan maksud yang hendak disampaikan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan tentang kata kerja dengan imbuhan meN. | Tatabahasa | 10.11.2009 |