Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mariam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah jawapan yang paling tepat bagi ayat berikut menjual atau menjaja 1. Mariam selalu membantu ibunya................. kuih-muih di warung mereka sebelum ke sekolah (soalan saya bertarikh 20 Feb.) Berdasarkan soalan di atas kedua-dua jawapan boleh diterima tetapi yang menjadi kekeliruan saya, di dalam kamus dewan edisi keempat perkataan menjaja tidak terdapat dalam kamus. Adakah jawapan itu masih boleh diterima? Jika dirujuk di dalam kamus juga menjaja itu bermaksud dari satu tempat ke satu tempat tetapi soalan saya terdapat perkataan "warung". terima kasihMerujuk Kamus Dewan jawapan yang betul bagi ayat tersebut ialah menjual. Betul seperti yang saudara maklumi menjajakan bermaksud menjual barang dagangan dengan membawanya berkeliling. Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa27.02.2013
Apakah jawapan yang paling tepat bagi ayat berikut menjual atau menjaja 1. Mariam selalu membantu ibunya................. kuih-muih di warung mereka sebelum ke sekolah.Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa20.02.2013
Salam Sejahtera..saya ingin DBP paparkan buku-buku untuk pengajian bahasa melayu untuk pelajar IPTATerima kasih Puan Wan Mariam kerana menjadikan FB DBP sebagai teman di hujung jari. Buat pengetahuan puan DBP ada menyedia senarai buku-buku terkini terbitan DBP secara berfasa di FB DBP dan juga http://prpm.dbp.gov.my/ pada capaian e-Niaga. Puan bolehlah memanfaatkan kemudahan yang disediakan itu. Sekian. Terima kasihLain-lain07.03.2014
Mohon penjelasan manakah yang betul: -sarapan -sarapan pagi Terima kasih.

Saudari Mariam,

Kedua-dua perkataan adalah betul jika digunakan dalam ayat. Namun, memadai sekiranya hanya menggunakan perkataan 'sarapan' untuk menyampaikan maksud ayat kerana sarapan merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat membawa maksud makanan yang dimakan pada waktu pagi untuk mengalas perut dan makan pagi.

Oleh itu, memadai hanya menggunakan perkataan 'sarapan' yang merujuk kepada makan pagi. Namun sudah menjadi kelaziman penggunaan 'sarapan pagi' kerana sarapan yang merujuk pengambilan makanan pada waktu pagi.

Istilah10.09.2012
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
Tatabahasa20.01.2015
SAYA SEDANG MENCARI BUKU SKRIP DRAMA ISLAM KANAK-KANAK UNTUK KERJA KURSUS ISTERI SAYA YANG SEDANG MENUNTUT DI USM

 

Saudara boleh merujuk bahan ini. : 

 

1. Ke Pintu Kaliq / Mahizan Hussain :DBP : 2004

2. Mariam Annisa / Mahizan Hussein : DBP: 2004

Lain-lain08.08.2008

Kembali ke atas