PEJABAT URUSAN KONTRAKTOR MARIN, SIVIL DAN ELEKTRIK. DIMILIKI OLEH BENCHMARK MARINE SDN. BHD. (805493-A) | Sila kemukakan permohonan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. Klik menu 'e-Perkhidmatan' dan kemudian klik 'Khidmat Pengesahan Bahasa DBP'. Skrin 'Daftar Masuk' akan dipaparkan. Sila daftar terlebih dahulu dan semak e-mel untuk mendapatkan 'Kod Pengaktifan'. Klik menu 'Permohonan' untuk menghantar permohonan. | Lain-lain | 14.09.2011 |
Selamat Tengahari, Saya Sarah dari Tropical Marine Science Institute, Singapura. Saya perlukan sebuah buku cetakan Dr. Lokman Shamsudin pada tahun 1990. Tajuk buku ialah 'Diatom Marin di Perairan Malaysia'. Saya tidak dapat cari buku ini di online bookstore. Jadi, saya ingin tahu kalau DBP masih mencetak buku ini, dan berapa harga buku ini. Terima kasih. Sarah | Salam sejahtera Puan Sarah, Buku Diatom Marin di Perairan Malaysia sudah dihapus kira dan tidak dicetak ulang. Buku tersebut boleh dipertimbangkan untuk dicetak ulang sekiranya terdapat banyak permintaan daripada pembaca. Walau bagaimanapun, buku tersebut ada dalam simpanan Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, untuk pinjaman. | Lain-lain | 10.02.2010 |
Salam, apakah imbuhan yang tepat digunakan? 'meronda' atau 'rondaan' - Aktiviti ________________ oleh polis marin tetap dilakukan walaupun laut bergelora. Terima kasih. | Meronda dan rondaan, kedua-duanya boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. | Tatabahasa | 12.08.2014 |
apakah bidang perkerjaan yang boleh dimohon sekiranya mempunyai kelulusan: - diploma sains -Ijazah Sarjana Muda Sains (Biologi Molekular) (Kepujian) -Sarjana Muda Sains dengan Kepujian (Teknologi Marin) adakah terdapat permohonan untuk masuk dalam bidang perguruan sekiranya menggunakan kelayakkan diloma sains? | Dengan kelulusan tersebut, anda boleh memohon jawatan Pegawai Perancang Bahasa atau Penolong Pegawai Perancang Bahasa di DBP.Untuk kursus perguruan, anda boleh merujuk iklan yang berkenaan. | Lain-lain | 19.08.2007 |
Minta Tanya, adakah kesalahan tatabahasa? 1) Reka cipta adalah satu proses yang boleh...... 2) ... dikawal ketat oleh polis marine. 3) Pelbagai iktibar dilakukan untuk meningkatkan tahap pencapaian akademik pelajar-pelajar. 4) Cara mengguna pisau adalah dengan memegang... Terima kasih! | 1. Reka cipta ialah satu proses yang boleh... 2. ...dikawal ketat oleh polis marin. 3. Penggunaan perkataan "iktibar" tidak sesuai; boleh diganti dengan perkataan yang lain seperti "langkah", "cara" dan lain-lain. 4. Cara menggunakan pisau adalah dengan memegang.. | Tatabahasa | 18.03.2013 |
Tuan/Puan yang dihormati, Syarikat kami telah memiliki sebuah kapal FPSO yg terbesar di rantau Asia yang bernama "ARMADA PERKASA". Pihak syarikat kami bercadang membina sebuah lagi kapal FPSO atas permintaan yang baik di rantau Asia untuk perkhidmatan itu. Pihak syarikat ingin menamakan kapal yang memiliki ciri-ciri berikut: 1) Di dahulukan dengan “Armada” 2) Nama dalam Bahasa Melayu 3) Sejajar dengan nama “Perkasa”, bermula dengan huruf “P” 4) “Perkasa” bermaksud gagah berani dan nama baru hendaklah bercirikan sepertimana nama tersebut supaya senang diingat, dikenali dan bakal mencipta nama di arena/persada marin baik di rantau Asia mahupun bakal gah di dunia. Jasa baik tuan/puan teramat kami hargai. Sekian. Terima kasih | Cadangan : 'Armada Buana'. Buana bermaksud dunia, jagat, bumi. Atau 'Armada Betara Kala'. Nama pahlawan agung mitos Sannskrit. | Lain-lain | 26.02.2008 |
"Obor-obor" (ejaan perkataan yang digunakan merata-rata) tiada dalam Kamus Bahasa Melayu - kerana rupa-rupanya, ejaan sebenarnya ialah "ubur-ubur". Tapi di bahagian Istilah MABBIM, perkataan "obor-obor" pula digunakan. Boleh beri pencerahan tentang ejaan ini? Terima kasih. | Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1554 dan 2454): obor-obor ► ubur-ubur ubur-ubur1 kata nama haiwan laut tidak bertulang belakang, berbadan lembut dan kebanyakannya lut sinar, bentuk badannya seperti payung yang terbuka, bersesungut terjurai ke bawah, dan sesetengah spesies mempunyai sengat yang beracun untuk menangkap mangsa dan mempertahankan diri; sinonim: ampai-ampai; lambur; Nama saintifik: Rhopilema esculenta Kata padanan bagi jelly fish yang telah disepakati MABBIM juga pengesahan pakar bidang Perikanan, Sains Marin dan Geografi ialah ubur-ubur atau ampai-ampai. Kami mengambil maklum tentang hal ejaan kata ini. | Ejaan | 24.05.2023 |