Semua markah peperiksaan adik tinggi. Adakah penggunaan kata adjektif "tinggi" sesuai dalam ayat ini? jika tidak, apakah yang sepatutnya? | Kata adjektif yang digunakan betul. | Tatabahasa | 20.11.2012 |
Selamat pagi : 1.Bagi murid tahun 1 dan 2 , jika mereka menulis ayat a.Ali sedang bersenam.( 3 markah ) Pada pendapat tuan , berapakah markah dapat diberi untuk ayat itu??? 2.Betulkah semua kata kerja berimbuhan MeN- mesti diikuti dengan objek?????.Jika murid menulis kata kerja tak transitif CTHnya:Kassim membaca di dalam dewan.Ayat ini betul????Dapat markah ??? | 1. Ayat tersebut betul dan lengkap. 3 markah adalah memadai bergantung pada jumlah dan bentuk soalan yang lain. 2.Tidak semua kata kerja diikuti dengan objek, misalnya memberontak atau menangis. Ayat "Kassim membaca di dalam dewan" itu betul. | Tatabahasa | 14.08.2007 |
Adakah dibolehkan memulakan ayat dengan perkataan UNTUK seperti ayat ini: Untuk markah terperinci sila rujuk borang rubrik. Adakah lebih tepat sekiranya "Sila rujuk borang rubrik untuk markah terperinci" Mohon penjelasan, terima kasih. | Ayat yang betul ialah "Sila rujuk borang rubrik untuk melihat markah terperinci" | Tatabahasa | 15.07.2019 |
Tuan, betulkah ayat penyata ini? guru mengira markah khemah kumpulan manakah paling cantik. Betulkah penggunaan kata manakah sebagai kata soal yang digunakan dalam ayat penyata. minta penjelasan | Ayat yang gramatis ialah guru mengira markah khemah kumpulan yang paling cantik. Seperti yang tuan maklum, kata tanya tidak digunakan dalam ayat penyata. | Tatabahasa | 08.11.2012 |
Selamat pagi: 1.Sebagai guru, adakah ayat berikut boleh diberi markah: a.Saya sedang menyiram. b.Bapa saya sedang memasak. 2.Apakah yang dimaksudkan dengan ayat inti? 3.Pada pendapat tuan , untuk murid-murid tahun 1 dan 2 jika mereka menulis ayat seperti (a) dan (b ) , wajarkah markah diberikan kepada mereka? terima kasih atas bantuan daripada tuan. | Ayat inti atau ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua ayat lain dalam sesuatu bahasa. Ayat yang lebih gramatis adalah : saya sedang menyiram bunga; Bapa saya sedang memasak nasi. Oleh sebab ayat yang diberikan tidak lengkap maka mereka tidak boleh diberi markah penuh. | Tatabahasa | 07.08.2007 |
1.Apakah kata ganda untuk ibu bapa? Ibi-ibu bapa? Ibu bapa-ibu bapa? 2.Ratna endapat (mata/markah) yang tinggi dalam ujuan BMnya. Terima kasih. | 1. ibu bapa-ibu bapa 2. markah | Tatabahasa | 07.08.2014 |
saya nak tnya, penggunaan tanda koma sebelum perkataan "yang", adakah ia kesalahan tatabahasa? cth: 1. Berikan markah ini kepada pelajar, yang mendaftar 2. tandakan sebagai belum dimain, yang termasuk saluran lama | Ayat yang betul ialah berikan markah ini kepada pelajar manakala ayat kedua tidak gramatis dan pancangan "yang" tidak sesuai digunakan. | Lain-lain | 11.04.2018 |
Kalsom Lajim Saya berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu permainan SAHIBBA dalam aspek pengiraan markah dan peraturan permainan..bolehkah pihak tuan emailkan kepafa saya maklumat tersebut.Terima kasih. Saya berminat untuk mempelajari dan mendalami ilmu permainan SAHIBBA dalam aspek pengiraan markah dan peraturan permainan..bolehkah pihak tuan emailkan kepafa saya maklumat tersebut.Terima kasih. | Terima kasih bersahabat dengan DBP. Puan boleh mencarinya melalui ww.google.com. Sungguhpun begitu, pihak kami sedaya-upaya membantu puan. Puan boleh menghubungi pegawai kami yang mengendalikan Pertandingan Sahibba Puan Zety Akhtar Jaffar di talian telefon 03-21479208 atau e-mel zeti@dbp.gov.my | Lain-lain | 17.04.2014 |
Salam perpaduan. Adakah penggunaan kata demi betul dalam ayat berikut ? Ahmad mengulangkaji pelajaran demi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan. Terima kasih. | Penggunaan kata "demi" dalam ayat tersebut betul. "Ahmad mengulang kaji pelajaran demi mendapat markah yang baik dalam peperiksaan."(betulkan ejaan mengulang kaji) | Tatabahasa | 07.04.2020 |
Berdasarkan jawapan tuan berkaitan dengan soalan 107. Rasanya saya semakin faham akan penjelasan tuan. Jadi saya ingin memperkukuh pemahaman saya dengan soalan di bawah. Tuan memberikan contoh ayat " Azmi mendapat markah penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu". Kalau saya gugurkan 'mata pelajaran' dalam ayat tersebut, adakah maksud ayat tersebut masih sama dengan contoh ayat tuan? Adakah 'Bahasa Melayu' masih diberikan huruf besar selepas mata pelajaran digugurkan? Terima kasih tuan. | Azmi mendapat markah penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, dan Azmi mendapat markah penuh dalam Bahasa Melayu. Kedua-duanya betul dan ayat kedua juga merujuk makna yang sama seperti ayat pertama kerana markah penuh dalam ayat tersebut merujuk mata pelajaran Bahasa Melayu. | Tatabahasa | 24.05.2010 |