Perkataan bagi Political Marketing di dalam bahasa Indonesia adalah Marketing Politik, tetapi saya tidak jumpa bagi bahasa Malaysia. Saya tidak pasti sama ada persoalan saya ini akan dijawab di sini, tetapi tidak salah saya mencuba. Mohon perkataan bahasa Malaysia bagi political marketing. Terima kasih. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "political marketing" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "marketing" yang padanan bahasa Melayunya ialah pemasaran dan "political" yang padanan bahasa Melayunya ialah politik. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan ialah pemasaran politik. | Istilah | 22.02.2013 |
1. Adakah istilah "pemboleh daya" wujud dan apakah maksudnya dan cara penggunaanya? 2. Apakah padanan paling sesuai untuk istilah "claims" dalam konteks penggunaan "marketing claims"? Contoh ayat "companies have resorted to making marketing claims that border on the ridiculous." Perkataan "dakwaan" di dalam pangkalan data DBP lebih tertumpu kepada penggunaan konteks undang-undang, adakah ianya paling tepat sekiranya digunakan dalam konteks yang berlainan seperti diatas? Terima kasih. | 1. Untuk makluman tuan/puan istilah pemboleh daya tidak wujud dalam pangkalan data kami. 2. Padanan “claims” dalam konteks penggunaan “marketing claims” ialah tuntutan pemasaran/pasaran. | Istilah | 20.05.2018 |
KEDAI MINUM AYASSS MARKETING | Untuk pengesahan iklan, sila kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" | Lain-lain | 29.08.2016 |
Salam. Apakah terjemahan yang tepat bagi Multi-level Marketing? (MLM) | Terjemahan yang paling hampir ialah Pemasaran Berbilang Aras | Makna | 25.10.2015 |
untuk mendapatkan nasihat menterjemahkan ayat berikut dalam Bahasa Melayu. Specialize in Marketing and Servicing all kind of water filter products inii adalah untuk tujuan papan iklan. sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan ayat tersebut diterjemahkan sebagai "Pakar bidang pemasaran dan penyelenggaraan semua produk penapis air" | Penyemakan dan penterjemahan | 03.08.2020 |
Jika "analysis" adalah "analisis", apakah "analytics" dalam Bahasa Malaysia? Contoh penggunaan: "We need marketing strategy solutions derived from big data analytics." | Dalam Bahasa Melayu ada perkataan analisis dan analitik, malah analytic itu sendiri kadangkala diterjemahkan kepada analisis atau analitik. Oleh itu kami mencadangkan tuan melihat kepada fungsi perkataan tersebut dalam ayat. Jika adjektif perkataan yang sesuai ialah analitik, manakala jika kata nama atau kata kerja perkataan yang sesuai ialah analisis atau menganalisis. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.11.2017 |
Salam tuan minta tolong diterjemahkan perkataaan di bawah ini " High-Impact promotions and Marketing Tools" ke dalam Bahasa melayu dengan kaedah yang betul. Terima kasih Wassalam Hasbi | Terjemahan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah promosi dampak tinggi dan alat pemasaran. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.04.2014 |
Adakah benar bahawa iklan yang dikemukakan dalam bahasa Inggeris mesti diterjemah ke bahasa Malaysia? Saya dari bahagian Marketing Department dari syarikat Intel dan telah diberitahu oleh pelanggan saya bahawa teks yang ditaip dalam bahasa Inggeris mesti ditukar seperti yang berikut: Up to IntelĀ® CoreTM i7 processor --> Naik Taraf Pemproses IntelĀ® CoreTM i7 Adakah Tuan/Puan mempunyai sebarang dokumen atau arahan yang membuktikan langkah ini adalah wajar dan mesti diikuti oleh pelanggan saya? Hal ini sebab syarikat saya mesti ada bukti yang kukuh kalau pihak audit hendak tanya/periksa tentang hal ini pada masa akan datang. Harap boleh dapat jawapan daripada pihak tuan secepat mungkin. Sekian, terima kasih. | Setiap iklan yang dipaparkan tertakluk pada Undang-undang Kecil Iklan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Undang-undang kecil iklan ini menetapkan perkara yang hampir sama, iaitu semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan, sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Selain itu, Garis Panduan Perancangan Papan Iklan Luar dikeluarkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah menetapkan setiap papan iklan hendaklah menggunakan bahasa kebangsaan sama ada bahasa kebangsaan sahaja atau bahasa kebangsaan dengan bahasa lain. Perkataan bahasa Melayu hendaklah diutamakan dari segi saiz, warna dan kedudukan perkataan berbanding bahasa lain. Malah penggunaan bahasa Melayu hendaklah dipastikan betul dan tepat dari segi penggunaan perkataan, susunan ayat, ejaan, tatabahasa dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang betul hendaklah dirujuk dan mendapat pengesahan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Bagi papan iklan premis perniagaan pula, Jabatan Kerajaan Tempatan mengeluarkan pekeliling tentang “Garis Panduan Papan Iklan Premis Perniagaan”. Garis panduan ini jelas turut menetapkan keterangan perniagaan sama ada produk atau perkhidmatan yang mesti mengutamakan bahasa kebangsaan dari segi saiz, warna dan kedudukan. Baik Undang-undang Kecil Iklan PBT atau garis panduan, secara teorinya, semua iklan hendaklah dalam bahasa kebangsaan semata-mata atau jika terdapat dwibahasa, bahasa kebangsaan mesti diutamakan. | Lain-lain | 20.02.2020 |
Di sini kami lampirkan papan iklan (billboard) Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak Tuan/Puan, Untuk makluman Tuan/Puan, kotak visual (office in a Box, Wifi@outlet, BizApp Store & Marketing tools) di bawah Headline adalah nama produk-produk daripada Telekom Malaysia khusus untuk IKS (Industri Kecil & Sederhana) Di harapkan pihak tuan dapat membalas email ini dengan segera , serta faks kan kelulusan ke 03 2096 2313 Yang Benar Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313 | Iklan tuan telah difaks kepada nombor yang diberikan. Untuk pengesahan iklan, layari www.prpm.dbp.gov.my, klik "e-perkhidmatan" dan klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP". | Lain-lain | 10.08.2012 |
Di sini kami lampirkan papan iklan (billboard) Telekom Malaysia Berhad dalam bahasa Malaysia untuk kelulusan pihak Tuan/Puan, Untuk makluman Tuan/Puan, kotak visual (office in a Box, Wifi@outlet, BizApp Store & Marketing tools) di bawah Headline adalah nama produk-produk daripada Telekom Malaysia khusus untuk IKS (Industri Kecil & Sederhana) Di harapkan pihak tuan dapat membalas email ini dengan segera , serta faks kan kelulusan ke 03 2096 2313 Yang Benar Hairruddin Hamdan (Dean /Din) Account Manager Dentsu Utama Sdn Bhd M : O12 492 1901 Faxs: 03 2096 2313 | Untuk pengesahan iklan, sila klik "Khidmat Pengesahan Bahasa" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa). Untuk kali pertama, tuan perlu mendaftar dahulu dan dapatkan kata laluan (password) yang dihantar kepada e-mel yang telah didaftarkan dan ikutilah tatacara yang seterusnya. Untuk makluman, iklan telah difaks kepada tuan pada 11 Jun 2012. | Lain-lain | 08.06.2012 |