Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. temporary market, pasar: an antique ~, pasar barang-barang antik; 2. centre of trade, pusat jual beli: Malacca in its heyday was an international ~ for spices, gold and other commodities, pd zaman gemi (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mart


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah istilah yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan 'data mart' dalam bahasa melayu? Data mart yang dimaksudkan adalah istilah data mart dalam bidang teknologi maklumat atau khususnya dalam topik gudang data (data warehouse). Terima kasih.

Kami mencadangkan padanan yang sesuai untuk istilah data mart ialah pusat data atau gudang data, bergantung pada konsep dan konteks penggunaannya.

Istilah06.02.2020
Mohon maklumbalas terjemahan yang sesuai untuk perkataan : 1. Accessibility 2. Tourism Roadshow 3. Travel Mart Terima kasih.Dalam data kami, padanan bahasa Melayu bagi perkataan Accessibility ialah kebolehcapaian, ketercapaian.

Manakala, perkataan berikut tiada padanan khusus, dan cadangan kami adalah seperti  yang berikut jika bersesuaian:
 i. Tourism Roadshow = Jerayawara Pelancongan
ii.  Travel Mart = Kedai Barangan Kembara
Penyemakan dan penterjemahan13.04.2015
One Stop Mini MartSila kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain13.07.2015
saya ingin mendapatkan pengesahan berkenaan tulisan di papad tanda perniagaan saya seperti berikut: D'PERSANDA MART Kedai 1& 2, Persiaran Persanda, Jalan Bowling Padang 13/64, Seksyen 13, Shah Alam, SelangorUntuk pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portak "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan sertakan visual papan premis tersebut.Lain-lain16.12.2015
Salam sejahtera. Bolehkah perkataan "berkhalwat" digunakan dalam ayat seperti berikut: Muhammad ( merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W ) sedang bersendirian berkhalwat di dalam Gua Hira? Pertanyaan ini diajukan kerana terdapat sebuah buku yang dijual oleh Wholesale-Mart Business Point Sdn. Bhd di Kota Kinabalu, Sabah. Buku tersebut ditulis oleh Nanwawi Dusuki, Dicetak oleh Triple Print WMBP Sdn Bhd, Se;angor Tahun 1996 dan cetakan ke limanya pada tahun 2009. Sekian terima kasih.Khalwat ialah perkataan Arab yang bermaksud perihal (perbuatan) mengasingkan atau memencilkan diri (kerana menenangkan fikiran, bertafakur, dan lain-lain. Dalam buku sirah Rasulullah sering ditemukan perkataan berkhalwat apabila merujuk peristiwa Rasulullah di Gua Hira. Tidak menjadi suatu kesalahan dalam penggunaan kata khalwat tersebut kerana bersesuaian dengan konteks ayat dan latar budaya/ceritanya. Hal ini berbeza dengan penggunaan perkataan khalwat dalam konteks umum yang membawa maksud negatif dalam kalangan masyarakat kita.Tatabahasa07.04.2013

Kembali ke atas