Saya memerlukan biodata Keris Mas dan T. Alias Taib. | Sila rujuk bahan ini : 1.Sasterawan negara: Keris Mas Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2001 2. The Memoirs of Keris Mas Shah Rezad Ibrahim Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2004 3. Keris Mas dalam Kenangan Tuk Aji Dewan Siswa 01/04/1992 . 5. Keris Mas Dewan Sastera 01/06/2005 | Lain-lain | 23.09.2007 |
Sila rujuk ayat berikut: 1. Aswadi tinggal di Bandar Pasir Mas. 2. Aswadi tinggal di bandar Pasir Mas. Soalan: Yang mana satu yang betul dari segi penggunaan huruf besar / kecil pada kosakata "bandar"? | Ayat 2 yang betul, sebab bandar Pasir Mas bukan nama tempat tetapi Pasir Mas sahaja nama tempat. Oleh itu huruf 'b' bagi 'bandar' tidak perlu menggunakan huruf besar. | Lain-lain | 28.09.2006 |
1.Mana satukah yang betul untuk digunakan di papan tanda "Taman Perindutrian Halal Pasir Mas" atau "Taman Industri Halal Pasir Mas"? 2. Apa perbezaan di antara keduanya dan dalam konteks apakah ia digunakan? | Untuk makluman, istilah bahasa Melayu untuk "Industrial Park" ialah Taman Industri. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang betul ialah Taman Indusrtri Halal Pasir Mas. Berdasarkan Kamus Dewan, industri bermaksud i. perusahaan secara besar-besaran ii. perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. Perindustrian bermaksud perihal industri, yang berkaitan dengan industri. Oleh itu, cara penggunaan bergantung pada konteks dan maksud yang ingin disampaikan. | Istilah | 11.02.2014 |
1. Yang mana satukah betul untuk digunakan di papan tanda a) Taman Perindustrian Makanan Halal Pasir Mas atau Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b) Taman Industri Gambang atau Taman Perindustrian Gambang? c) Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan atau Taman Industri Malaysia- China Kuantan. Terima Kasih. | Jawapan yang betul: a. Taman Industri Makanan Halal Pasir Mas b. Taman Industri Gambang c. Taman Industri Malaysia-China Kuantan | Istilah | 11.02.2014 |
senarai nama sasterawan negara keseluruhan | Senarai nama Sasterawan Negara ialah: 1. 1981 - Keris Mas (Kamaludin Muhamad) 2. 1982 - Dato' Shahnon Ahmad 3. 1983 - Dato' (Dr.) Usman Awang 4. 1985 - Datuk (Dr.) A. Samad Said 5. 1987 - Arena Wati (Muhamad Abdul Biang) 6. 1991 - Prof. Dr. Muhammad Haji Salleh 7. 1993 - Dato' Noordin Hassan 8. 1996 - Dato' Abdullah Hussain 9. 2003 - S. Othman Kelantan (Syed Othman Syed Omar) | Lain-lain | 11.11.2007 |
1. Apakah beza makna perkataan ' mapan' dan ' mampan ', betulkah ayat : keselesaan mapan / mampan ?. 2. Perkataan ' kedapatan ' adakah sama penggunaannya dengan terdapat : Kedapatan juga mereka yang....... 3. Tanda seru : MAS ! lambang kehebatan negara Malaysia. Bolehkah menggunakan tanda tersebut spt contoh di atas ? T kasih. | 1. Mapan bermaksud mantap, tidak berubah-ubah, sudah kukuh, stabil dan teguh, manakala mampan bermaksud mampu meneruskan kewujudan atau mampu menghadapi dugaan. Yang betul ialah keselesaan mapan, walau bagaimanapun ia bergantung pada konteks. 2. Kedapatan bermaksud dijumpai, didapati, atau diketahui. Contoh ayat yang diberikan lebih sesuai digunakan "Terdapat juga mereka yang ..." 3. Tanda seru digunakan dalam ayat seruan untuk memanggil atau menyeru sesuatu. Dalam konteks ayat yang diberikan ialah ayat penyata, oleh itu tidak perlu dibubuh tanda seru. Yang betul ialah MAS melambangkan kehebatan Negara Malaysia. | Makna | 09.07.2009 |
Ayat yang mana betul? 1. Petani (menabur/menaburkan) benih di sawah. 2. Petani (menabur / menaburkan) baja di sawah. 2. Ibu (menabur /menaburkan) beras hancur di atas tanah. | Tuan, Berdasarkan soalan, maksud menabur: 1. menghamburkan supaya ber-selerak, menyebar (benih dll): ~ benih padi; 2. (kelihatan) dgn banyaknya, bertaburan: di pinggang perak berlapis, di dada bintang ~; 3. Pr mulai terbit buahnya (padi): padi teman sudah ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Maksud menaburkan: 1. menjadikan bertabur (berselerak), menghamburkan merata-rata, menyebarkan (benih dll): Najela ~ beberapa kuntum bunga melur; Datuk Ujang ~ benih lagi; 2. sl membuang (menggugurkan, menyebarkan) banyak-banyak: segala ulama dan hukama ~ mas dan perak dan permata dan ratna mutu manikam kpd kaki Raja Iskandar; 3. ki menyebarkan (pendapat dll), memberikan: kesedihan tidak dapat diatasi dgn nasihat yg sudah berkali-kali ditaburkan; mereka ~ fitnah dgn tujuan utk memecahbelahkan pemimpin dan umat Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat). Oleh itu, kedua-dua perkataan tersebut boleh digunakan. Untuk maklumat lanjut, tuan boleh layari http://prpm.dbp.gov.my/. Sekian, terima kasih. | Makna | 06.07.2017 |
Beza antara perkataan 'melihat' dan 'memandang'. | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, melihat bermaksud 1. nampak apabila memandang, tidak buta, celik: ia tidak dapat ~ lagi kerana matanya sudah kabur; 2. memandang (menengok, menonton, dll) dgn menggunakan mata: mereka pergi ke tepi pantai ~ kapal yg terdampar itu; 3. menilik, meramal (nasib dll): ~ nasib; 4. membuat kesimpulan dgn menggunakan pancaindera, memaklumi (mengetahui dsb) dgn atau setelah melihat (mendengar dsb), meninjau: setelah ~ raja murka itu segalanya orang besar-besar semuanya takut gementar tulangnya; dlm hal ini kita cuba ~ beberapa sebab tersebut; dilihat dr sudut bahasa, beliau tidak menyambung pencapaian bahasa dlm cerpen-cerpen Keris Mas; 5. melawat (orang sakit dll), menziarahi: ~ orang sakit; ~ bulan datang haid. Memandang pula ditakrifkan sebagai 1. menggunakan mata utk mengetahui, melihat seraya mengendahkan, memperhatikan, mengamati: dipandangnya bangunan yg tiga tingkat itu; segala perempuan yg ~ itu semuanya tertawa gelak-gelak; 2. menganggap: Wan Derus dipandang sbg seorang ketua; 3. memikirkan, mempedulikan, memerhatikan: keadilan tidak ~ pangkat atau harta; 4. menghormati, menghargai: ia dipandang orang di kampung itu; ~ berat menganggap sesuatu bukan sbg perkara kecil atau tidak penting, memberikan perhatian dgn penuh kesungguhan; ~ enteng (gampang, mudah, ringan, sepi) menganggap enteng (gampang dll), menganggap tidak penting; ~ hina (rendah) a) menganggap hina (rendah); b) menghinakan (merendahkan); ~ jauh (ke hadapan) memberikan perhatian kpd atau memperhitungkan perkembangan (kepentingan dsb) jangka panjang; ~ kpd mengambil kira akan, memperhitungkan, memikirkan; ~ serong menganggap tidak jujur, tidak mempercayai. | Istilah | 03.12.2009 |