Rangkai kata masa hadapan boleh tak digandakan menjadi masa- masa depan. Cth semoga semangat ini dpt diteruskan pada masa hadapan atau masa-masa hadapan? | Frasa "masa hadapan" boleh digandakan menjadi "masa-masa hadapan", namun penggunaan "masa hadapan" telah memadai. | Tatabahasa | 26.05.2014 |
Tuan, apakah perbezaan masa depan dan masa hadapan? yang manakah lebih tepat penggunaannya untuk terbitan advertorial atau pengiklanan? | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 23.07.2012 |
manakah ayat yang betul.. 1. saya menyarankan agar dibina kompleks pelajar 2. saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina soalan 2 1. di masa hadapan 2. pada masa hadapan | 1. Saya menyarankan agar kompleks pelajar dibina. 2. pada masa hadapan. | Tatabahasa | 22.07.2013 |
Slm, Soalan: masa hadapan/masa depan? | Kedua-duanya betul dan boleh digunakan. | Lain-lain | 28.10.2010 |
Salam Tuan, Apakah perbezaan penggunaan "depan" dengan "hadapan". Contohny, penggunaan yang mana satu betul, "masa depan" atau "masa hadapan"? Sekian, terima kasih. | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 09.05.2013 |
masa depan dan masa hadapan mana satu yang tepat? | Jawapan: Kedua-dua perkataan "masa depan" dan "masa hadapan" adalah betul berdasarkan penggunaaan ayat. | Istilah | 27.08.2014 |
Assalamualaikum, penggunaan perkataan hadapan dan depan. Masa hadapan atau masa depan? | Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, depan dan hadapan mempunyai maksud yang sama. Oleh itu, kedua-dua bentuk, iaitu masa depan dan masa hadapan adalah betul dan boleh digunakan. | Makna | 20.05.2012 |
Biteknologi telah diiktiraf sebagai satu daripada proses pemacu utama bangunan Negara pada masa kini dan pada masa hadapan.(TOLONG BETULKAN AYAT INI.TERIMA KASIH.) | Biteknologi diiktiraf sebagai salah satu daripada pemacu utama negara pada masa kini dan pada masa hadapan. | Tatabahasa | 02.02.2013 |
Tuan, 1. Penggunaan frasa manakah adalah betul? Budak yang malas belajar itu akan berhadapan dengan kesukaran pada _________________. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) 2. Dia belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menjamin __________________nya. a) masa hadapan b) masa depan c) masa kelak (boleh melebihi 1 jawapan) Terima kasih. | Frasa masa depan dan masa hadapan membawa maksud yang sama. Walau bagaimanapun frasa masa hadapan lebih sesuai digunakan dalam konteks rasmi. | Tatabahasa | 29.01.2018 |
workshop komputer genius it masa hadapan | Sila kemukakan pertanyaan puan dengan yang jelas. | Lain-lain | 14.07.2014 |