Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata masai I;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum dan Selamat Pagi, Saya Nor Hisyam ingin bertanya mengenai nama Papan Tanda Besar yang sesuai untuk diletakkan di Pusat Beli-Belah KIPMART Masai. Penerangannya ialah KIP REIT dipegang oleh pemegang saham dan pemegang amanah ialah Pacific Trustee Berhad,manakala diuruskan oleh KIP REIT Management Sdn. Bhd. serta hartanah diuruskan oleh Azmi&CO. Soalan saya ialah apakah nama yang sesuai untuk diletakkan di papan tanda besar KIPMART Masai untuk dalam kurungan seperti 1: KIPMART Masai (Pemilikan oleh KIP REIT) 2: KIPMART Masai (Dimiliki oleh KIP REIT) 3:KIPMART Masai (Dimiliki oleh PACIFIC Trustee Berhad) Terima Kasih dan saya memerlukan jawapan secepat mungkin. 1:

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

Sila kemukakan permohonan dengan visual iklan dan pihak kami akan membantu membetulkan jika terdapat kesalahan.

 

Terima kasih.

Lain-lain30.05.2017
Adakah kata majmuk ex: kaki bangku / urus setia dan Kata ganda ex: lauk pauk / kusut masai/ gunung-ganang itu dikira satu perkataan?TQVMKata majmuk dikira sebagai dua patah perkataan seperti rumah kedai dan urus setia, manakala kata ganda dikira sebagai satu patah perkataan seperti pokok-pokok dan gunung-ganang.Tatabahasa24.05.2011
Assalamualaikum & Selamat sejahtera. Saya Salmi dari Primechem Malaysia Sdn. Bhd. Syarikat kami ingin menukar papan tanda untuk tujuan pengambilan pekerja asing. Soalan saya: 1. Apakah prosedur dan syarat - syaratnya? 2. Berapakah bayaran untuk proses penukaran? 3. Perlukah kami merangka lakaran visual untuk diberikan kepada pihak DBP? Diharap pihak Tuan/Puan dapat membantu dengan kadar segera. Sekian terima kasih, (Ms) Salmi Suhana Binti Mohd Shuhaimi Assistant, HR Address: PTD113388, Jalan Penaga 18, Taman Perindustrian Kota Putri, 81750 Masai, Johor, Malaysia. Tel: +607 388 5566 I Fax: +607 388 5599 Email: salmi.shuhaimi@primechem.com I Skype: pcmjb.hr3 I Website: www.primechem.com _______________________________________1. Pihak tuan hanya perlu membawa lakaran visual iklan untuk kami semak penggunaan bahasa dalam iklan tersebut. Iklan yang disahkan ialah iklan yang mengandungi bahasa kebangsaan atau bahasa kebangsaan bersama-sama bahasa lain. Semua perkataan perlu diterjemahkan dalam bahasa kebangsaan kecuali bagi nama syarikat dan slogan yang telah didaftarkan. Penyemakan boleh dilakukan melalui kunjungan ke ARAS 25, BAHAGIAN PENGUATKUASAAN, MENARA DBP atau melalui laman http://sbmb.dbp.gov.my/iklan/pelanggan/login.aspx untuk pengesahan iklan.
2. Kami hanya menyemak penggunaan bahasa dan tiada bayaran dikenakan setakat hari ini. 
Lain-lain07.11.2016
Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (KD4) (begitu juga Dewan Eja Pro), lambat-laun dieja dengan sempang. Menurut tatacara ejaan, kata majmuk (gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri) tidak boleh dieja dengan tanda sempang, contohnya pandu lalu, ubah suai, reka bentuk dan sebagainya, tidak seperti kata ganda (rama-rama, isu-isu, berhari-hari) dan kata ganda berirama (gunung-ganang, kusut-masai, saki-baki). Laun merupakan lema berasingan dan takrifnya diperikan dalam KD4, dengan maksud yang (hampir) sama dengan lambat yang turut berupa lema dan bertakrif. Persoalan di sini, adakah berlaku kesilapan dalam KD4 (maka, ejaan betul ialah lambat laun) atau sememangnya sengaja dieja begitu. Jika sengaja, mohon justifikasi yang membatalkan konsep "kata majmuk" pada kata lambat laun diberikan. Sekian, terima kasih. Institut Terjemahan & Buku Malaysia BerhadPeraturan ejaan yang  menyatakan kata majmuk, iaitu gabungan kata yang masing-masing dapat berdiri sendiri dan mempunyai makna tersendiri tidak perlu diletakkan tanda sempang adalah betul. Oleh itu, ejaan yang betul ialah lambat laun.Ejaan13.01.2014

Kembali ke atas