Assalamualaikum. Adakah apa-apa rumus yang boleh kita gunakan untuk menerangkan perbezaan satu 'k' atau dua 'k' bagi penggunaan akhiran -kan dalam bahasa Melayu. Contohnya, kenaikan, menaikkan, memperbanyakkan, kebanyakan dan lain-lain kata dasar yang akhirannya dengan huruf 'k'. Terima kasih. | Dalam bahasa Melayu terdapat apitan kata kerja meN-...-kan dan akhiran ...-an untuk kata kerja. Sebagai contoh, kata dasar 'masak' apabila menerima apitan kata kerja 'me + masak + kan' maka dieja memasakkan (dieja dengan memasukkan dua huruf k). Namun, untuk kata nama, menerima akhiran ...-an hanya perlu masukkan akhiran ...-an. Sila perhatikan contoh di bawah: (i) masak + ...-an = masakan (dieja dengan satu huruf k sahaja) – kata nama (ii) masak +...-kan =masakkan (dieja dengan dua huruf k) – kata kerja | Tatabahasa | 19.10.2014 |
bagaimanakah cara termudah untuk menerangkan kepada pelajar sekolah rendah tentang cara mengeja perkataan yang berimbuhan yang mengandungi dua huruf k dan satu huruf k | Saudari Sarinah, Dalam bahasa Melayu terdapat apitan kata kerja meN-...-kan dan akhiran ...-an untuk kata nama. Sebagai contoh, kata dasar 'masak' apabila menerima apitan kata kerja 'me + masak + kan' maka dieja memasakkan (dieja dengan memasukkan dua huruf k). Namun, apabila menerima akhiran ...-an hanya perlu masukkan akhiran ...-an. Misalnnya; masak + ...-an = masakan (dieja dengan satu huruf k sahaja) Terima kasih kerana menggunakn perkhidmatan kami. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. | Tatabahasa | 05.09.2012 |
masalah penggunaan 'kan". keadaan bagaimana verb boleh tambah 'kan'. keadaan bagaimana 'kan' dihujung kata perbuatan tak patut letak 'kan' . saya perlu jawapan segera, kerana banyak 'kan' saya kena potong oleh supervisor semak thesis phd | Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Mohon tuan dapat berikan contoh penggunaan -kan dalam tesis yang diterima dan dipotong. | Tatabahasa | 03.07.2014 |
saya kurang arif mengenai penambahan 'kan'. | Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Akhiran - kan boleh juga hadir dalam ayat dengan beberapa imbuhan lain, iaitu meN-...-kan, beR-...-kan, mempeR-...-kan, di-...-kan, dan dipeR-...-kan. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Empat, halaman 183,184,185 | Tatabahasa | 03.07.2014 |
Saya masih samar-samar tentang cara penggunaan akhiran "kan" pada kata kerja . Apakah peraturan-peraturannya? Sekian. Terima kasih | Semua golongan kata utama, iaitu kata nama, kata kerja, kata adjektif dan beberapa jenis kata tugas boleh bergabung dengan akhiran -kan untuk membentuk kata kerja. Contonya: i. kata nama - bukukan, pasarkan, dirikan; ii. kata kerja transitif - bacakan, belikan, masakkan; iii. kata kerja tak transitif - lahirkan, tidurkan, terbangkan; iv. kata adjektif - panjangkan, besarkan; v. kata tugas - sudahkan, sertakan. Untuk penjelasan lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Empat, halaman 183,184,185. | Lain-lain | 29.07.2010 |
Apakah fungsi imbuhan akhiran -an, -kan? Bagaimana pula dengan akhiran -i? Terima kasih. | Akhiran –kan dan akhiran –i merupakan akhiran kata kerja, manakala akhiran –an merupakan akhiran kata nama. Akhiran –kan merupakan salah satu daripada imbuhan yang membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus yang dikaitkan dengan penggunaan akhiran –kan, iaitu: (I) memberi pengertian kausitif atau menyebabkan jadi, contohnya: buku-bukukan (menyebabkan jadi buku) waris-wariskan, panjang-panjangkan. (II)memberikan pengertian benefaktif atau melakukan sesuatu untuk manfaat orang lain, contohnya: beli-belikan(membelikan untuk orang lain), masak-masakkan. Akhiran –i juga membentuk kata kerja transitif. Terdapat dua pengertian khusus penggunaan akhiran-i,iaitu: (I) memberikan pengertian kausitif atau menyebab kan sesuatu jadi: baik-baiki(menyebabkan sesuatu jadi baik), sudah-sudahi. (II)memberi pengertian lokatif, iaitu menyatakan unsur tempat: naiki bas-naik ke bas. Sila rujuk Tatabahasa Dewan halaman 117-121 dan 183- 190. | Tatabahasa | 14.05.2014 |
Assalamualaikum & selamat pagi, Apa beza kata tunggal dan kata dasar? Sefaham saya, kata tunggal ialah kata yang tidak menerima sebarang imbuhan. Contohnya seperti: pergi, bendera, hinggap, singgah. Manakala kata dasar pula sefaham saya ialah kata yang dasar bagi perkataan yang menerima imbuhan. Namun, dalam buku teks SJK BM Tahun 2, ditulis contoh bagi kata dasar ialah masak, agama. Contoh bagi kata tunggal pula ialah cat, krim, ambil, suara dan suka. Boleh pihak tuan/puan jelaskan? Terima kasih. | 1. Membezakan kata tunggal dengan kata dasar satu langkah yang menyulitkan kefahaman sebab kata tunggal ada juga bentuk dasarnya. 2. Terdapat empat jenis/bentuk kata: kata tunggal, kata terbitan, kata majmuk dan kata ganda. Keempat-empat jenis/bentuk kata ini ada kata atau bentuk dasarnya. 3. Kata tunggal ialah bentuk kata yang mempunyai hanya satu bentuk dasar, iaitu tidak menerima apa-apa imbuhan, misalnya *yu, cat, buku*. 4. Kata dasar ialah kata yang berpotensi menerima sebarang imbuhan. Kata tunggal *buku* boleh menerima imbuhan akhiran *-kan* lalu terbentuk *bukukan*. 5. Jelas, kata tunggal boleh berdiri sendiri tanpa imbuhan. Bentuknya sama ada satu suku kata (misalnya bab) atau lebih. 6. Konsep kata dasar timbul apabila pengguna bahasa mahu menganalisis makna kata terbitan, misalnya *nyanyikan* dapat dicerakinkan kepada kata dasar *nyanyi* dengan imbuhan akhiran kata kerja *-kan*. Secara analoginya: Membandingkan kata tunggal dengan kata dasar seperti membandingkan kereta dengan stereng. Sepatutnya kita membandingkan kereta A dengan kereta B dan sebagainya. | Tatabahasa | 16.01.2018 |