minta penjelasan tentang masalah-masalah berikut: Contoh: 1. kenapa di akhir ayat di dalam surat rasmi tidak boleh menggunakan perkataan 'di atas' contoh: "Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas" 2. "Mesyuarat pada 23 Julai 2012 telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Jabatan atau Ketua-ketua Jabatan?" Kedua-dua 'K' huruf besar atau cuma permulaan huruf sahaja? mohon penjelasan tuan. Terima kasih. | 1. Perkataan di atas boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut. 2. Ejaan Ketua-ketua Jabatan betul kerana kata ganda dikira sebagai satu perkataan, hanya huruf pertama sahaja ditulis dengan huruf besar. | Tatabahasa | 09.08.2012 |
apakah kesalahan dalam ayat ini?1)saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk.2)FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG.3)TUJUAN KAJAIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. | 1) Saya tidak boleh lari laju kerana badan saya gemuk. - betul. 2) FAKTA YANG DIKEMUKAKAN ADALAH BERDASARKAN UNDANG-UNDANG. - kata pemeri yang betul ialah. 3) TUJUAN KAJIAN INI DIBUAT ADALAH UNTUK MENGENALPASTI MASALAH-MASALAH YANG DI HADAPI SEMASA PENULISAN KARANGAN. - betulkan ejaan mengenal pasti dan dihadapi. Untuk membina ayat dengan betul, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan. | Tatabahasa | 23.04.2012 |
Tiada masalah di pihak saya. Saya boleh view PDF dari laman2 lain tanpa masalah. Mungkin masalah di pihak tuan. Dan masalah ini barangkali belum diselesaikan sejak 05.05.2011, atau boleh jadi masalah yang berulang-ulang. Pertanyaan ini pun ada di laman PRPM... http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=transliterasi+&d=10 Salam sejahtera. Saya menghadapi masalah untuk muat-turun Panduan Transliterasi Huruf Arab ke Huruf Rumi yang terdapat di laman web DBP. Mohon bantuan tuan untuk menghantarnya melalui email saya. Terima kasih | Terima kasih En. Nizam Nuraishah. Pihak kami akan panjangkan hal ini untuk kemaslahatan semasa. Terima kasih. | Lain-lain | 06.01.2014 |
SAYA NAK TANYA TENTANG PERKATAAN 'PROBLEM POSING' DALAM BAHASA MELAYU. PERKATAAN INI BIASANYA DIGUNAKAN DALAM KAJIAN...... ADA YANG GUNA : MENJANA MASALAH MEMBINA MASALAH MENGUTARAKAN MASALAH 'PROBLEM POSING IN MATHEMATICS' JIKA DI ALIHBAHASAKAN KEPADA BAHASA MELAYU............ MOHON PENCERAHAN DARIPADA PIHAK DBP TERIMA KASIH BANYK2 | Berdasarkan carian di internet, kami berpendapat frasa "problem posing" boleh diterjemahkan kepada mendedahkan permasalahan/mengetengahkan permasalahan/mengutarakan permasalahan bergantung pada konteks ayat dan bidang penggunaannya. | Penyemakan dan penterjemahan | 15.05.2014 |
contoh ayat "masalah obesiti akan menyebabkan masalah di dalam badan" betulkah penggunaan 'di dalam' dalam ayat ini. | Ayat yang betul ialah "Masalah obesiti akan menyebabkan masalah kesihatan dalam badan." | Tatabahasa | 27.11.2013 |
Mana satukah ayat yang betul ? a. banyak menimbulkan masalah b. menimbulkan masalah yang banyak c. menimbulkan banyak masalah | banyak menimbulkan masalah. | Tatabahasa | 08.11.2007 |
Sakinah Zolkifly Sep 8th, 6:56pm bagaimana nak mngeja. senaskah atau senaskhah? | Terima kasih bersahabat dengan DBP. Buat pengetahuan puan pihak DBP menyediakan perkhidmatan Pusat Rujukan Persuratan Melayu untuk menyelesaikan masalah-masalah seperti persoalan yang diajukan. Puan boleh klik pada http://prpm.dbp.gov.my dan untuk menjawab persoalan puan itu jawapannya ialah senaskhah --> http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=senaskhah&d=10 | Ejaan | 08.09.2014 |
BOLEHKAH SAYA KAITKAN MASALAH REMAJA DENGAN MASALAH SOSIAL SEMASA MENULIS KARANGAN. KATA MANAKAH YANG SESUAI? (A) MERASA DIRI (B) MERASAKAN DIRI | Masalah remaja adalah sebahagian daripada masalah sosial. Untuk maklumat lanjut sila bincangkan tajuk ini dengan guru mata pelajaran Bahasa Malaysia. Ungkapan yang betul ialah 'merasakan diri'. | Tatabahasa | 04.04.2011 |
Adakah frasa dibawah adalah betul? Sekirannya salah,tolong jelaskan. (a)-terhadap masalah itu. -tentang masalah itu. terima kasih | Aayat ' terhadap masalah itu' juga sama maksudnya dengan 'tentang masalah itu'. Oleh itu, kedua-duanya boleh digunakan. | Tatabahasa | 20.08.2010 |
persoalan bahasa melayu tidak pernah selesi, daripada masalah kesilapan ejaan hinggalah masalah nilai ekonomi bahasa melayu dan masalah memperjuangkan bahasa melayu. menyentuh persoalan niali ekonomi bahasa melayu, pejuang-pejuang bahasa sentiasa berusaha meningkatkan niali ekonomi, namun ada pendapat usaha itu gagal dan mengatakan bahawa nilai itu semakin jatuh. malah ada juga pihak mengatakan DBP "mandul" disebabkan peminjamnan yang terlalu banyak (dalam Kamus Dewan) sehinggakan jati diri bahasa melayu "hilang'. tetapi saya percaya.. maslah ini tidak seharusnya menyalahkan DBP sahaja,..pihak lain juga sepatutnya dipersalhkan. jadi.. saya hendak bertanya: mengapa 'rang undang-undang' agar pesalah bahasa dikenakan tindakan tidak dikuatkuasakan.. bagaimana pihak tuan melihat nilai ekonomi bahasa melayu sejaka berada tahun yang ke lapan di alaf yang ketiga ini? | Pindaan Akta Dewan Bahasa dan Pustaka sedang diusahakan buat masa ini dan apabila pindaan ini diluluskan akan memberikan kuasa Nilai ekonomi bahasa Melayu masih berada di tahap yang memuaskan memandangkan bahasa Melayu masih terus digunakan dalam pelbagai urusan di dalam negara. | Lain-lain | 22.07.2008 |