| "...akhirnya sampai masanya di mana ketokohan beliau..." berkenaan penggunaan perkataan 'di mana' di atas, perkataan 'di' dan 'mana' harus dijarakkan atau dirapatkan? | Ejaan yang betul ialah di mana dan digunakan dalam ayat tanya seperti Di manakah kamu tinggal? Perlu diingat perkataan "di mana" tidak ada dalam ayat penyata. Dalam ayat di atas, "di mana" boleh digugurkan yang tidak akan mengganggu maksud ayat tersebut. | Tatabahasa | 03.10.2012 |
| Assalamualaikum. Boleh tuan jelaskan tentang penjarakan perkataan yang menyusuli perkataan 'auto'? Bilakah masanya 'auto' dan perkataan selepasnya dijarakkan dan bilakah masanya pula kedua-dua perkataan itu dirapatkan? Contohnya: 'auto start'. Adakah terjemahan yang betul 'automula' atau 'auto mula'? Adakah suatu peraturan tentang hal ini? Terima kasih atas bantuan tuan. | Auto- merupakan awalan Yunani–Latin-Inggeris yang memberi pengertian secara persendirian. Oleh sebab auto- ialah imbuhan, maka ejaannya mesti dirapatkan dengan perkataan yang mengikutinya. Contohnya, autostart(BI)- automula(BM), autonomy (BI)-autonomi(BM) dan automatic(BI)-automatik(BM). | Tatabahasa | 19.03.2014 |
| Apakah perbezaan antara " melawat" dengaan "melawat ke"? | Perbezaannya ialah kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 08.09.2015 |
| penggunaan kata 'melawat ke' dengan 'melawat' | Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah. | Tatabahasa | 14.09.2013 |
| 1. melawat Zoo Negara atau melawat ke Zoo Negara 2. membersihkan aku atau membersihkanku | Kata "melawat" ada masanya perlu diikuti dengan kata ke, contohnya: ... melawat ke Jepun, dan ada masanya tidak diikuti dengan kata ke, cotohnya: ... melawat saudaranya. Hal yang sebenarnya bukanlah melawat perlu diikuti dengan kata "ke" atau tidak tetapi kata sendi "ke" perlu digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah, oleh itu, ayat yang betul ialah "melawat ke Zoo Negara". | Tatabahasa | 27.02.2010 |
| Selamat Pagi, Dimohon khidmat nasihat untuk tajuk draf penulisan saya yang bertajuk : "Faktor Yang Mempengaruhi Pelajar Dari Menghadiri Kuliah Tepat Pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia" Sekian, terima kasih, Penulis. | Tajuk ini boleh dibaiki seperti dua cadangan yang berikut: (1) Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Menghadiri Kuliah Tepat pada Masanya di Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia. (2) Faktor yang Mempengaruhi Pelajar Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Seberang Perai, Malaysia Menghadiri KuliahTepat pada Masanya. | Tatabahasa | 02.06.2014 |
| 1.Saya ingin mendapat penjelasan bilakah masanya kita perlu menggunakan....ramai orang dan banyak orang? 2. perkataan baharu dan baru yang mana lebih tepat 3. tali leher seutas atau sehelai 4.kalau banyak kunci dipanggil segugus tapi kalau satu kunci kita panggil apa? Mohon penjelasan dari pihak tuan untuk mengelakkan kekeliruan.Terima kasih | 1. Kedua-duanya boleh digunakan. Kebiasaanya ramai merujuk suasana orang yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak orang merujuk bilangan orang yang terdapat di tempat berkenaan 2. Kedua-duanya betul. Baharu ialah new dalam bahasa Inggerisnya, manakala baru pula dalam bahasa Inggeris disebut sebagai just. Contoh penggunaan baharu Tahun baharu, kereta baharu atau rumah baharu. Manakala baru pula bolehlah digunakan dalam ayat seperti, baru-baru ini Pak mat kemalangan jalan raya atau baru sekejap tadi dia datang dengan ibunya, dan lain-lain lagi. 3. Sehelai tali leher. 4. Sebatang kunci. | Tatabahasa | 21.07.2009 |
| in due course | apabila tiba masanya | Lain-lain | 07.03.2007 |
| Minta pihak tuan jelaskan cara menulis angka dalam penulisan. Bilakah masanya kita menggunakan angka, huruf dan kedua-duanya? | Penulisan nombor dalam ayat adalah seperti yang berikut: nombor dari satu hingga sembilan hendaklah dieja penuh, manakala nombor 10 dan keatas hendaklah ditulis dengan angka. | Tatabahasa | 27.05.2011 |
| Bolehkah tuan/puan perincikan maksud "malam semalam" berserta contoh yang jelas? Misalnya, bilakah masanya yang merujuk kepada malam semalam sekiranya hari ini adalah hari Isnin? Ini kerana kata ini banyak digunakan oleh media massa dan saya memerlukan pencerahan DBP sebagai pakar. | Semalam sebagai kata nama boleh merujuk kepada malam tadi sebelum tibanya waktu siang (Kamus Dewan Perdana hlmn. 1397). Sekiranya hari ini ialah hari Isnin, semalam ialah malam pada hari Ahad (7.00 malam - 12.00 tengah malam), manakala malam semalam ialah malam pada hari Sabtu (7.00 malam - 12.00 tengah malam). Oleh itu, malam semalam boleh digunakan dalam ayat seperti contoh yang berikut: Durian yang Pak Lah pungut di dusun malam semalam masih ada lagi. | Makna | 29.08.2023 |