Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. lagi (dlm keadaan): pintu ~ terbuka; ia ~ muda; 2. = ~ lagi tinggal lagi: beras ~ secupak lagi; semasih ark selama (masih, belum). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
masih (kata tugas)
Bersinonim dengan sedang, tengah, lagi, terus, ketika, sementara.,

Puisi
 

Apa guna main berigot,
     Pandan muda masih berbunga;
Apa guna tuan berebut,
     Badan muda masih berguna.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Menjemur sementara hari panas.

Bermaksud :

Hendaklah berusaha sekuat-kuatnya pada ketika badan masih kuat atau ketika kesempatan masih ada. (Peribahasa lain yang sama makna: Pepatah asing: Besi ditempa selagi panas).

 

Lihat selanjutnya...(36)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
a. Adakah ayat di bawah betil? 1. Dapat menguasai semua huruf. 2. Masih perlu berusaha. 3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. 4. Sangat memuaskan. 5. Pembentukan suku kata sangat memuaskan. 6. Masih belum menguasai suku kata yang dipelajari. 7. Sederhana dalam pembentukan suku kata. 8. Ada kemajuan dalam mengenali suku kata. 9. Sebutan suku kata yang lancar. 10. Pencapaian yang bagus dalam ejaan. 11. Masih ada ruang untuk kemajuan. 12. Masih belum boleh bercerita tetapi kopmunikasi yang mudah dapat difahami. 13. Masih dalam proses untuk kemajuan. 14. Pencaipaian yang memuaskan dalam segi cerita dan komunikasi. 15. Dapat menyusun semula ayat dengan penuh keyakinan. 16. Penyusunan semula ayat masih perlu diperhatikan. 17. Dapat membaca ayat dengan penuh keyakinan. 18. Pembacaan ayat tidak lancar. 19. Bacaan kurang lancar. 20. Masih belum boleh membaca ayat. 21. Perlu bimbingan yang lebih dari guru. 22. Tulisan yang kemas. 23. Masih perlu latihan yang lebih dalam teknik menulis.1. Dapat menguasai semua huruf. - Ayat ini tidak lengkap kerana tidak ada subjeknya. 
2. Masih perlu berusaha. - Tidak lengkap kerana tiada subjek.
3. Masih ada huruf-huruf yang perlu dikuasai. - Ayat tidak lengkap.
Untuk soalan 4 - 23, sila rujuk kamus dan buku Tatabahasa Dewan. Sebahagian besar daripada contoh yang diberikan bukan ayat lengkap, tidak ada subjek atau pelaku dalam ayat tersebut. Untuk membina ayat dengan lengkap, rujuk buku Tatabahasa Dewan, di bawah tajuk Pembentukan Kata dan Pembentukan Ayat.
Tatabahasa14.05.2012
Bara api masih lagi menyala walaupun sudah dua jam berlalu. Ayat ini mempunyai kesalahan dari segi tatabahasa? (maksud "masih" sama dengan "lagi")Ayat tersebut betul. Penggunaan perkataan "masih lagi" betul dalam ayat.Namun, penggunaan salah satu perkataan lebih gramatis kerana penggunaan dua kata tugas dianggap lewah.Tatabahasa04.07.2013
asalamualaiku..salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah saya masih boleh menghantar sajak-sajak hasil penulisan saya kepada Dewan Puisi Siswa dan Pelajar walaupun kini saya sudah tidak bersekolah lagi? Dan adakah saya masih diberi saguhati bagi hasil penulisan yang akan saya hantar tersebut seperti mana semasa saya masih bersekolah sebelum ini?Kami mengalu-alukan sebarang karya daripada para pembaca. Sekiranya tuan masih menuntut di IPT, tuan boleh menghantar karya kepada majalah Dewan Siswa. Tuan juga boleh menghantar puisi kepada majalah Pelita Bahasa, Dewan Bahasa, Tunas Cipta atau Dewan Budaya mengikut tema majalah masing-masing. Dewan Pelajar dikhususkan untuk pelajar yang berusia antara 7 hingga 13 tahun. Ya, sajak atau puisi tuan yang diterbitkan akan dibayar honorarium.Lain-lain03.05.2012
asalamualaiku..salam sejahtera. saya ingin bertanya adakah saya masih boleh menghantar sajak-sajak hasil penulisan saya kepada Dewan Puisi Siswa dan Pelajar walaupun kini saya sudah tidak bersekolah lagi? Dan adakah saya masih diberi saguhati bagi hasil penulisan yang akan saya hantar tersebut seperti mana semasa saya masih bersekolah sebelum ini?Kami mengalu-alukan sebarang karya daripada para pembaca. Walau bagaimanapun, sekiranya tuan  sedang menuntut di universiti, tuan masih boleh menghantar puisi kepada majalah Dewan Siswa. Tuan juga boleh menghantar puisi kepada majalah terbitan DBP yang lain, seperti Tunas Cipta,Dewan Budaya, dan Pelita Bahasa dan puisi yang dihantar hendaklah sesuai dengan majalah masing-masing. Majalah Dewan Pelajar pula dikhususkan kepada karya oleh pelajar sekolah yang berusia antara 7 hingg 13 tahun.Lain-lain14.04.2012
penggunaan tanda baca yang betul. 1) "Saya masih ingat lagi". @ "Saya masih ingat lagi." -Nokhtah perlu ada sebelum atau selepas penutup kata? -terima kasih-Penggunaan tanda baca yang betul dalam contoh ayat ini - "Saya masih ingat lagi." Ejaan21.01.2011
boleh tak hangat digunakan untuk makanan, contohnya mi rebus yang masih hangat?Dalam ayat "Mi rebus yang masih hangat...", perkataan "hangat" kurang sesuai digunakan. Perkataan yang lebih sesuai ialah panas.

Perkataan hangat apabila digandakan menjadi hangat-hangat merupakan bahasa percakapan yang bermaksud sementara masih panas. Contohnya dalam ayat, "Nasi itu elok dimakan hangat-hangat."
Tatabahasa08.07.2013
Salam sejehtera. A Soalan saya masih merujuk tentang "kata hubung berpasangan'. Oleh kerana perkara tersebut tidak terdapat dalam Tatabahasa Dewan, apakah status ayat-ayat berikut? 1. Sungguhpun dia miskin tetapi dia masih menghulurkan derma kepada orang lain. 2. Walaupun dia tidak dapat bersekolah, namun dia masih mengambil kelas tuisyen. B Adakah dua atau lebih 'kata hubung' boleh hadir di dalam satu ayat ? Jika ada, harap dapat tuan berikan contohnya. Terima kasih.Kata hubung berpasangan walaupun ... namun dan sungguhpun ... tetapi tidak gramatis. Kata hubung walaupun (dan sungguhpun) lazimnya diikuti dengan tanda koma seperti walaupun hari sudah jauh malam, ia belum juga tidur dan sungguhpun tidak dipelawa masuk, orang itu naik juga.Tatabahasa13.03.2013
Adakah perkataan 'subset' sudah dimelayukan atau masih inggeris? Jika 'subset' masih perkataan inggeris, apakah terjemahan yang tepat untuk 'subset'? Terima kasih

Saudara,

Padanan bahasa Melayu bagi perkataan 'subset' dalam bahasa Inggeris ialah subset. Sila layari Pusat Rujukan Persuratan Melayu melalui Laman Web DBP untuk maklumat selanjutnya.

Istilah07.10.2009
Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara. penggunaan bertulisan betul ke? atau yang salah ialah tersimpan? apa jawapan yang betul?Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih tersimpan di Arkib Negara atau Naskhah Melayu lama yang bertulisan tangan itu masih disimpan di Arkib Negara. Tatabahasa16.07.2008
Kenapa masih ada buku terbitan DBP yang masih menggunakan tanda hamzah dan ayn? Dalam panduan ejaan rumi DBP kedua-dua tanda itu dikatakan ditiadakan.Kenyataan tuan betul, simbol hamzah dan ain tidak ada lagi dalam Sistem Ejaan Rumi. Walau bagaimanapun dalam penulisan buku agama, simbol berkenaan digunakan bagi menulis dengan tepat perkataan tersebut khususnya perkataan/istilah yang diambil secara langsung daripada bahasa Arab dan belum lazim digunakan dalam bahasa Melayu. 
Kami mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan tuan kerana terdapat masalah teknikal dalam hal ini. Kami akan berusaha untuk menambah baik mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa.
Lain-lain06.11.2012
12345678910...

Kembali ke atas