Salam memperjuangkan bahasa Melayu, tuan DBP. Adakah rangkai kata "masing-masing pihak" betul? Contoh ayat: (1) Jika demikian, tutup sajalah persoalan kesalahan bahasa dan biarkanlah bahasa berkembang menurut kehendak masing-masing pihak. Bukankah frasa bahasa Melayu berurutan Diterangkan-Menerangkan, iaitu nama utama di hadapan, penerang di belakang? Maka sepatutnyalah frasa itu berurutan "pihak masing-masing": "masing-masing" yang bermaksud tiap-tiap dirinya penerang nama utama "pihak" ataupun kerana "masing-masing" bermaksud tiap-tiap dan setiap, dan "setiap" kata bilangan, oleh itu "masing-masing" yang disamakan dengan "setiap" yang bergolongan kata bilangan perlu diletakkan di depan nama utama sebagai penentu bilangan, seperti: setiap pihak = masing-masing pihak? | Perkataan yang lebih sesuai ialah "pihak masing-masing" | Lain-lain | 12.12.2016 |
salam 1 malaysia. manakah contoh ayat berikut yang sesuai digunakan untuk penggunaan perkataan 'masing-masing'. 1. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, serta masing-masing 1 item dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. 2. terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu Ilmu asas sebagai guru dan Atribut profesional masing-masing 4 item, dan 1 item masing-masing dalam subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar. mohon cadangan ayat yang sesuai. t.q | Terdapat sebelas item kompetensi profesional guru yang menunjukkan tahap kompetensi tinggi mengikut subkonstruk dan bilangan item masing-masing, iaitu ilmu asas sebagai guru dan atribut profesional masing-masing 4 item, dan subkonstruk Pedagogi dan Pembangunan dan kebajikan pelajar masing-masing 1 item. | Tatabahasa | 01.09.2015 |
Salam. Bagaimanakah menggunakan perkataan "masing-masing" dengan betul? 1. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah 19 dan 9 masing-masing. 2. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. 3. Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin ialah masing-masing 19 dan 9. | Penggunaan yang betul ialah Nombor nukleon dan nombor proton unsur fluorin masing-masing ialah 19 dan 9. | Tatabahasa | 29.07.2019 |
pembetulan ayat - 'masing-masing 0.2 peratus atau 0.2 peratus masing-masing' | Masing-masing 0.2 peratus. | Tatabahasa | 14.08.2008 |
Setiap negara ASEAN mempunyai kekuatan dan keistimewaan masing-masing. Bolehkah kata bilangan pisahan setiap dan masing-masing digunakan serentak di awal dan di akhir ayat. | Masing-masing, setiap, tiap-tiap merupakan kata bilangan yang membawa maksud pisahan. Oleh itu gunakan salah satu sahaja. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 288 untuk keterangan lanjut. | Tatabahasa | 03.11.2010 |
adakah penggunaan perkataan "masing-masing" di dalam ayat ni betul?: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 masing-masing telah dibuat pada 3.1.2015 dan 8.1.2015. | Penggunaan masing-masing dalam ayat tersebut tidak tepat. Ayat yang tepat: Beliau telah membuat bayaran berjumlah RM3,000.00 pada 3.1.2015 dan 8.1.2015. | Tatabahasa | 01.10.2015 |
Yang manakah betul? 1. Para tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. / Tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing. 2. Pelbagai jenis sayur / pelbagai jenis sayur-sayuran/ pelbagai jenis sayur-mayur. 3. bergai-bagai jenis buah/ berbagai-bagai jenis buah-buahan | 1. Tetamu boleh menunjukkan tunggal atau jamak bergantung pada konteks ayat yang digunakan. Dalam ayat contoh yang diberikan jelas menunjukkan ramai tetamu kerana adanya frasa "pulang ke rumah masing-masing". Oleh itu, ayat yang gramatis ialah "tetamu beransur pulang ke rumah masing-masing". 2. Pelbagai sayur. Perlbagai juga bermaksud jenis. 3. Bergai-bagai buah. Berbagai-bagai sama maksudnya dengan bermacam-macam. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Salam 1Malaysia, bagaimanakah cara membina ayat yang paling sesuai bagi penggunaan perkataan masing-masing dalam contoh ayat berikut: contoh 1. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, masing-masing hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. contoh 2. Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing, yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. mohon cadangan ayat yang sesuai. tq | Seterusnya, dalam item 19, 34, dan 37, hanya responden guru berpengalaman 1 – 5 th, 11 – 15 th, dan 6 – 10 th masing-masing yang menyatakan respons bersetuju terhadap tanggungan tugas tersebut. | Tatabahasa | 31.08.2015 |
Salam 1Malaysia, soalan 1. bagaimanakah cara menggunakan ayat untuk perkataan 'masing-masing' dalam ayat berikut: Min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah masing-masing M=180.68 dan M=142.87. ATAU min kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan responden sekolah menengah adalah M=180.68 dan M=142.87 masing-masing. soalan 2. Adakah perlu saya meletakkan huruf 's' bagi perkataan respons? atau memadai dengan respon terima kasih | 1. Minimum kekerapan menyediakan nota dan lembaran kerja rumah oleh murid-murid dalam setahun bagi responden sekolah rendah dan sekolah menengah ialah masing-masing 180.68 dan 142.87. 2. Ejaan yang betul ialah respons. | Tatabahasa | 13.02.2015 |
penggunaan perkataan bagi 'masing-masing@respectively' Edisi Bahasa Melayu : Komponen utama menyumbang kepada penurunan ialah Indeks Perusahaan Bursa Malaysia, Import Benar Semi Konduktordan Bilangan Unit Kediaman Diluluskan yang masing-masing mencatatkan negatif0.2%. Edisi Bahasa Inggeris : The main components that contributed to the decrease were Bursa Malaysia industrial Index, Real Imports Of Semi Conductors and Number of Housing Permits Approved which registered negative 0.2% respectively. Perkataan ini samada sesuai digunakan bagi tiga komponen yang mempunyai nilai yang sama seperti ayat diatas atau hanya sesuai digunakan bagi dua komponen sahaja. | Perkataan 'masing-masing'boleh digunakan dalam konteks tersebut dan tidak dihadpukan untuk dua komponen sahaja. | Tatabahasa | 20.06.2011 |