Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.sa] | مسسا

Definisi : 1. sekelompok benda yg banyak jum­lahnya dan tidak teratur; 2. jumlah yg terlalu banyak: dr jambatan aku menoleh ke arah ~ yg spt semut banyaknya; ~ rakyat; 3. kum­pulan orang ramai yg bersatu kerana dasar atau pegangan tertentu: rapat ~; 4. jumlah zat yg ada dlm sesuatu benda, jisim. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
massa (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan khalayak ramai, orang awam, orang ramai, audiens.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
KESAN DAN CABARAN MEDIA MASSA MASSA MASA KINI

Saudara,

Untuk pertanyaan seperti ini, saudara perlu membuat kajian dan rujukan di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara. 

 

Lain-lain09.04.2010
Menerusi media massa suatu ____ akan dapat dicanang secara cepat dan tepat. 'perkhabaran' atau 'penghebahan', yang manakah paling sesuai bagi ayat di atas?Perkataan yang paling tepat ialah penghebahan.Tatabahasa20.07.2013
pengaruh media massa dalam mendaulatkan bahasa melayu

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
PENGARUH MEDIA MASSA DALAM MENDAULATKAN BAHASA KEBANGSAAN

Maklumat yang diperlukan boleh diperoleh melalui pembacaan dan penelitian buku-buku dan makalah yang berkaitan serta melakukan kajian lapangan. Bagi membantu saudara  menyelesaikan tugasan ini, saudara perlu datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, DBP atau perpustakaan lain untuk membuat penyelidikan.

Lain-lain09.04.2010
Ayat manakah yang betul? A) Pengaruh media massa adalah salah satu punca berlakunya gejala sosial. B) Pengaruh media massa ialah salah satu punca berlakunya gejala sosial.Jawapan yang betul ialah (A) kerana kata pemeri 'adalah' digunakan sebagai penegas. Sebagai pilihan, kata 'merupakan' juga boleh digunakan bagi menggantikan 'adalah'.Tatabahasa16.11.2010
APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LARAS BAHASA AGAMA DAN MEDIA MASSA?BAGAIMANA DENGAN SEJARAH BAHASA DAN ASAL USUL BAHASA MELAYU ITU SENDIRI?Iaitu konteks penggunaan bidang agama dan media massa, dan tentang sejarah BM sdr bolehlah merujuk buku Perancangan Bahasa, Assmah Hj Omar dan Portal Pendidikan.Lain-lain17.09.2007
sejauh mana penggunaan bahasa melayu baku dalam media massa di malaysia?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, baku bermaksud bukan sesuatu yg diterima umum sbg betul dan sah (bentuknya, sifatnya, dll) dan dapat dijadikan asas perbandingan bagi bentuk dsb yg lain (bkn bahasa, sebutan, ejaan, dsb), standard: bahasa Melayu ~; sebutan ~ bahasa Melayu. Dalam media elektronik seperti televisyen, bahasa Melayu aku aspek sebutan diberi penekanan. Media cetak pula memberi penekanan kepada aspek ejaan, tatabahasa, struktur ayat, tanda baca dan lain-lain. Untuk pengetahuan tuan/puan, kami di DBP memantau semua program di media elektronik dan juga media cetak bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari semasa ke semasa. Pegawai yang menjalankan pemantauan akan membuat surat teguran atau surat pujian jika menggunakan bahasa Melayu yang betul. Untuk keterangan lanjut, tuan/puan boleh merujuk buku-buku atau laman sesawang yang berkaitan untuk merujuk tentang penggunaan bahasa Melayu baku dalam media massa. Harap maklum.Lain-lain26.07.2008
saya telah ditugaskan untuk menyediakan satu tugasan yang bertajuk 'Implikasi penjajahan media massa barat terhadap bahasa melayu' saya harap pihak DBP dapat memberikan sedikit sebanyak maklumat bagi saya menyediakan tugasan ini. sekian, terima kasih.

Kalau saudari masih ingat semasa saudari melayari laman ini, saudari pasti akan terbaca kenyataan berikut di awal paparan: 

KNB membantu anda menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu.

  • Ejaan Rumi dan Jawi
  • Perkataan dan istilah
  • Penyemakan bahasa
Bagi tujuan tugasan kuliah, saudari perlu hadir sendiri ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, atau perpustakaan yang berdekatan.
Lain-lain06.09.2009
adakah sebutan bahasa melayu baku telah dimansuhkan dalam sistem pendidikan dan media massa di malaysia?dan jika ia dimansuhkan apakah faktor- faktor yang menyebabkan ia dimansuhkan?Soalan saudara melangkaui skop Khidmat Nasihat Bahasa. Sila rujuk tulisan dalam akhbar/majalah atau buku yang berkaitan. Terima kasih.Lain-lain03.08.2008
soalan: 1. sekiranya ayakata hubung ini tidak sesuai...boleh cadangkan ayat yang lebih sesuai bagi menukar ayat ini.... a) Yang pertama, bahawa dalam proses membuat perubahan ini,UMNO adalah pari yang merupakan gerakan massa nasional. b) Yang pentingnya, ialah pengisiannya supaya kita sediakan kurikulum yang sesuai.Berikut merupakan ayat yang telah dipinda.

a) Yang pertama, dalam proses membuat perubahan,UMNO adalah parti gerakan massa nasional.

b) Yang penting ialah pengisian supaya kita menyediakan kurikulum yang sesuai.
Tatabahasa29.03.2013
12345

Kembali ke atas