Master of Renewable Energy Makna dalam bahasa Melayu Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharu @ Sarjana Tenaga Boleh Diperbaharui | Soalan sdr akan diajukan kepada Bahagian Peristilahan. Jawapan mungkin mengambil masa dan akan dijawab melalui e-mel. Terima kasiih | Istilah | 02.07.2014 |
master of business administration bachelor of | sarjana pentadbiran perniagaan sarjana muda pentadbiran perniagaan | Lain-lain | 10.02.2009 |
Terima Kasih. Frasa "Master Builders" yang kami ingin sampaikan membawa maksud yang berikut - "master" bermaksud pekerja mahir (seperti dalam kamus dwibahasa) dan "builders" bermaksud Kontraktor/ Pembina (Master Builders - Mahir dalam bidang pembinaan) Soalan : 1. Apakah cadangan tuan? 2. Adakah cadangan berikut boleh diterima "Persatuan Pembina-Pembina Malaysia" dan ia tepat pada maknanya? Nota: Sekiranya boleh, kami ingin mengelak daripada menggunakan perkataan "Kontraktor" kerana terdapat persatuan lain yang menggunakan perkataan tersebut. TK | 1. Perkataan yang dikemukakan adalah betul maknanya. 2. Cadangan kami : Persatuan Jurubina Malaysia. Sekian, terima kasih. | Lain-lain | 08.01.2009 |
1. Bolehkah istilah 'Master Trainer' digunakan secara terus sebagai nama khas kepada sesuatu kelayakan khusus. 2. Apakah perkataan paling sesuai diberikan kepada perkataan 'trainer', jika ia merujuk kepada tenaga pengajar kepada seorang jurulatih. | Istilah Master Trainer belum ada dalam sumber rujukan kami. Dalam bidang pendidikan terdapat istilah master teacher dan diterjemahkan kepada guru ahli/guru utama. Oleh itu, kami mencadangkan padanan istilah Master Trainer dalam bahasa Melayu ialah Jurulatih Utama. | Istilah | 16.11.2011 |
Saya pelajar Master Sains di UPM. Saya ingin bertanya tentang istilah skala mengukur kekerapan. adakah istilah ini betul? 5 - Amat Kerap 4 - Kerap Kali 3 - Kadang-Kadang 2 - Jarang-Jarang 1 - Tidak Pernah adakah istilah lain untuk mengukur kekerapan? | 1. Istilah yang digunakan adalah betul. Kekerapan merujuk kepada keadaan, kerapnya berlaku sesuatu yang berulang-ulang, atau keseringan. 2. Istilah lain yang boleh digunakan ialah sering, selalu, dan acap kali. Namun begitu, penggunaan istilah haruslah menepati konsep dan sasaran yang ditetapkan supaya tidak mengelirukan apabila dibuat pentafsiran. | Istilah | 13.02.2014 |
Master of Environmental Technology jika diterjemahkan ke bahasa Melayu adakah seperti berikut: 1. Sarjana Teknologi dalam Alam Sekitar ATAU 2. Sarjana Teknologi Alam Sekitar | Padanan bahasa Melayu yang sesuai untuk Master of Environmental Technology ialah Sarjana Teknologi Alam Sekitar. | Makna | 13.07.2018 |
Tuan, untuk iklan billboard, bolehkah saya meletakkan perkataan:- 1) Master 2) Bachelor 3) Diploma, tanpa saya menterjemahkannya ke dalam bahasa melayu? Adakah ia menjadi satu kesalahan? | Perkataan Master, Bachelor perlu diterjemahkan kepada Sarjana dan Sarjana Muda, manakala perkataan Diploma telah diterima dalam bahasa Melayu. | Lain-lain | 02.07.2012 |
Assalamualaikum Tuan/Puan di talian, Apakah terjemahan dlm Bahasa Melayu untuk perkataan di bawah: 1. genius Science Master? Benarkah kalau saya tulis Sarjana Sains yang pintar? 2. The Master = Sarjana itu Terima kasih. | Perkataan sarjana sains yang pintar boleh digunakan sekiranya bersesuaian dengan konteks yang dimaksudkan. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.09.2019 |
Mohon Pengesahaan bahasa menterjemahkan dari bahasa English ke bahasa melayu. All cheques are to be made payable to The Print Master. We reserve the right to charge interest @1.5% per month if payment is not made within 30 days from invoice date. Semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Terima Kasih | Ayat yang telah dibertulkan adalah seperti yang berikut: Semua cek hendaklah dibuat atas nama The Print Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. Nama syarikat merupakan nama khas dan tidak perlu diterjemah ke bahasa Melayu. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2015 |
Mohon Pengesahan Bahasa untuk ini. semua cek hendaklah dibuat atas nama ini Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah @ 1.5% sebulan jika bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. | Berikut merupakan ayat yang telah dipinda: Semua cek hendaklah dibuat atas nama Cetak Master. Kami berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 1.5% sebulan sekiranya bayaran tidak dibuat dalam tempoh 30 hari dari tarikh invois. | Penyemakan dan penterjemahan | 28.02.2015 |