Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya: 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tertanggap Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? Sekian, terima kasih. | Cadangan terjemahan yang tuan berikan boleh diterima, selagi ia bersesuaian dengan konteks penggunaannya. 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat pendekatan prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tanggap/tanggapan | Tatabahasa | 18.11.2015 |
Minta jasa baik anda untuk mengubah perkataan ini kepada istilah Bahasa Melayu: 1. "Learning Goal" 2. "Mastery Goal" 3. "Performance Approach Goal" 4. "Performance Avoidance Goal" | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah: 1. Learning Goal - Matlamat Pembelajaran 2. Mastery Goal - Matlamat Penguasaan 3. Performance Approach Goal - Matlamat Pendekatan Prestasi 4. Performance Avoidance Goal - Matlamat Pengelakan Prestasi | Istilah | 12.12.2015 |
salam. apakah terjemahan yang sesuai utk terma-terma berikut: 1. trait personality 2. neuroticism 3. extraversion 4.conscientiousness 5. opennes to experience 6. agreeableness. 7. learning experience 8. conformity to gender role norms 9. sensing 10. intuition 11.mastery experience 12. vicarious experience 13. social persuasions 14. physiological states 15. outcome expectation 16. body of knowledge 17. type indicator terima kasih. t.kasih. | Dalam bidang perubatan paranoid personality trait diterjemahkan kepada trait personality paranoid, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=trait+personality+ untuk maklumat lanjut, neuroticism diterjemahkan kepada neurotisisme, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=neuroticism dan extraversion diterjemahkan kepada ekstraversi, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=extraversion. Untuk nombor 4 hingga 17, sila rujuk www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan Carian Spesifik, tuan akan lihat data daripada kamus dan istilah. Soalan yang tidak ada dalam pangkalan data kami bolehlah ditanyakan dalam Khidmat Nasihat Bahasa dan jelas kan konsep perkataan tersebut untuk kami cadangkan padanan yang sesuai. | Tatabahasa | 27.06.2013 |