Otak budak itu "cerah" dan pintar dalam pelajaran. adakah perkataan cerah sesuai digunakan dalam ayat ini? | Mengikut Kamus Dewan, kata “cerah” mempunyai makna kiasan untuk berakal, cerdik, contoh ayat: Mujurlah Abang Mat cerah sikit. | Makna | 15.04.2014 |
Salam sejahtera. Tolong bantu saya. 1) Kata penguat bebas ; sangat, amat, sungguh boleh diletakkan di hadapan kata adjektif atau di belakang kata adjektif. Jika diletakkan di hadapan kata adjektif,pastinya boleh menerima perkataan sekali. Contohnya, Zali amat baik sekali. Adakah hanya perkataan 'sekali' sahaja yang boleh diterima atau adakah perkataan lain? 2) Bolehkah sungguh, amat dan sangat digunakan serentak seperti ayat ini? Jika boleh, kenapa? Ayatnya : Amir mengalami kerinduan yang amat sangat terhadap neneknya di kampung. 3)Kata penguat belakang ....nian. a)Adakah 'nian' digunakan hanya untuk pemandangan? b)Bolehkah 'nian' digunakan dengan kata penguat bebas;sangat, amat, sungguh?Contoh frasa; amat indah nian, dan sangat dalam nian. Adakah kedua-kedua frasa ini betul? 4)Antara frasa di bawah,yang manakah betul? a) Dedaun berguguran, atau b) Daun berguguran 5)Adakah perbezaan antara 'mengajar' dan 'mengajarkan'. Keadaan bagaimanakah harus kita bezakan penggunaannya? Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. | 1) Sekali ialah kata penguat belakang sama seperti sungguh, benar dan nian. Oleh itu, semua kata penguat belakang boleh digunakan selain daripada sekali. 2) Amat sangat bermaksud terlalu atau terlampau dan boleh digunakan secara serentak. 3) Amat indah nian sangat dalam nian, kedua-dua frasa ini betul. 4) Daun berguguran. 5) Mengajar bermaksud menyampaikan ilmu pengetahuan (kemahiran dan sebagainya) kepada orang lain. Mengajarkan bermaksud mengajar sesuatu (kepada seseorang dan lain-lain), memberi sesuatu pelajaran (ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya). | Tatabahasa | 03.08.2011 |