Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,


Puisi
 

Macam mana mata nak tidur,
     Daun pauh jatuh melayang;
Macam mana mata nak tidur,
     Dari jauh nampak bebayang.


Lihat selanjutnya...(254)
Peribahasa

Bersultan di mata,
     beraja di hati.

Bermaksud :

Menuruti kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Beraja di mata, bersultan di hati, c. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(92)

602

The tongue is sharper than the sword

Kata yang keluar dari mulut lebih menyakitkan daripada serangan fizikal

Lidah lebih tajam daripada mata pedang

Indeed, the tongue is sharper than the sword . Her merciless words lashed out at my heart so much so that its wounds took many years to heal.

Sesungguhnya lidah lebih tajam daripada mata pedang . Kata-kata yang kejam ini telah merobek kalbuku sehingga lukanya mengambil masa bertahun-tahun untuk sembuh.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(18)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam moderator, saya ingin tahu manakah satu penggandaan yang betul bagi istilah 'mata pelajaran'. Mana sang betul 'mata-mata pelajaran' atau 'mata pelajaran-mata pelajaran' ?Kata ganda bagi mata pelajaran ialah mata-mata pelajaran.Tatabahasa07.02.2010
adakah perkataan mata-mata mempunyai maksud yang sama dengan penyiasat?Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mata-mata bermaksud polis, Polis bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Penyiasat pula bermaksud orang yang menyiasat atau menyelidik. Walau bagaimanapun mata-mata atau polis menjadi penyiasat apabila melaksanakan kerja-kerja penyiasatan sesuatu kes. Makna08.03.2008
MAKSUD "MATA-MATA"Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, mata-mata ialah pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis.Makna12.11.2010
Slm Mencolok mata @ menjolok mata? Bbrapa buah buku masih mnggunakn menjolok mata.adakah pnggunaanya masih " relevan"?Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Makna02.09.2015
Mengapa klausa menjolok mata dianggap salah penggunaanya dalam bahasa Melayu sedangkan maknanya hampir sama dengan mencolok mata? menjolok mata=a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). mencucuk mata; a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu;

Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat.

Tatabahasa11.05.2010
Perbezaan menjolok mata dengan mencolok mataUngkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll).Makna30.07.2008
Mohon penjelasan tentang perbezaan penggunaan frasa mencolok mata dengan menjojok mata. Terima kasih

Istilah menjojok mata tiada dalam sumber rujukan kami. Mungkin yang saudara maksudkan ialah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2 (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar; 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing-mancing keterangan dll; daripada orang, mengajuk atau menduga hati. Oleh itu, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata. Contoh penggunaan: Kakitangan wanita dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat.

Tatabahasa11.07.2010
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul?Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu".Tatabahasa27.04.2022
Saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Mata saya tidak tertusuk ranting kayu ke dalam mata. Ranting kayu tidak tertusuk ke dalam mata. Ayat yang manakah betul?

Ayat yang betul ialah "Mata saya tidak tertusuk oleh ranting kayu"

Tatabahasa12.05.2022
Harap Admin dapat berikan penjelasan ttg penggunaan kata 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' Lazimnya 'menjolok mata' sering digunakan namun berdasaskan kamus dewan, 'mencolok mata' adalah yg lebih tepat digunakan. Contoh penggunaan:- Kakitangan kerajaan khususnya wanita dilarsng memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. (1) Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). (2) Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya).Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada se­siapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan.Tatabahasa25.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas