saya nak tanya pasal penggunaan simpulan bahasa 'menjolok mata' adakah ada pertukaran perkataan 'menjolok' kepada perkataan 'mencolok'...n..sekarang perkataan yang mana kt gunakan untuk ayat dimana keadaan yang menyakitkan mata -pakaian | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menjolok mata bermaksud (i)sangat jelas kelihatan, sangat nyata (ii)memberi malu, menyakitkan hati. Maksud mencolok mata pula ialah (i) mencucuk mata (ii) (kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar (iii) membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Berdasarkan maksud yang diberikan, kedua-dua menjolok mata dan mencolok mata boleh digunakan dalam konteks yang dikemukakan. | Makna | 14.01.2011 |
Salam DBP, Saya ingin memohon pertanyaan mengenai ejaan sebenar bagi perkataan-perkataan di bawah ini: 'beria-ia' atau 'bereya' 'bapuk' atau 'bapok' 'kenitkan mata' atau 'kenyitkan mata' Terima kasih. | Menurut data kami, ejaan yang betul ialah i. beria-ia ii. bapuk (bahasa percakapan laki-laki yang lebih bersifat keperempuanan, pondan.) iii. kenyitkan mata | Lain-lain | 10.03.2019 |
Silau I Silau II | Silau I - Kabur mata (kerana kena cahaya yg. sangat terang) Silau II - Menyilau - memandang (sesuatu yg. jauh), meninjau | Makna | 18.03.2007 |
Mohon cadangan bagi istilah-istilah berikut yang digunakan dalam perdagangan mata wang kripto: i) 'tokenization'; ii) 'detokenization'; dan iii) tokenized. Contoh 'tokenization/detokenization of assets' dan 'tokenized assets'. Terima kasih. | Salam Sejahtera. Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu untuk i) “tokenization”; ii) “detokenization”; dan iii) “tokenized” dalam pangkalan data kami. Namun, kami mencadangkan padanan istilah bahasa Melayu ialah i) Tokenisasi (contoh: tokenisasi aset) ii) Detokenisasi/Nyah tokenisasi (contoh: detokenisasi aset/nyah tokenisasi aset) iii) Bertoken (contoh: aset bertoken) Sekian. Terima kasih. | Istilah | 15.10.2017 |
saya ingin tahu maksud - maksud seperti berikut:- i. keberkesanan ii. kaedah iii. inkuiri penemuan mengikuit mata pelajaran sains iv.menjawab v. soalan vi. aras tinggi - penerangan ini bertujuan untuk jurnal | Tuan boleh mendapatkan maksud perkataan yang diperlukan melalui carian di laman web kami www.prpm.dbp.gov.my. | Makna | 31.03.2015 |
Bolehkah saya tanya yang manakah betul? i) bahasa Melayu/Bahasa Melayu ii) Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia | Apabila merujuk kepada bahasa sama seperti bahasa Arab dan bahasa Inggeris, ejaan yang betul ialah bahasa Melayu. Ejaan Bahasa Melayu (Malaysia) digunakan bagi nama mata pelajaran seperti Sains dan Matematik. | Tatabahasa | 07.10.2012 |
Saya mohon pengesahan DBP samada huruf pertama bagi perkataan berikut dibesarkan atau tidak: i) Kerajaan Negeri atau kerajaan negeri ii) Kerajaan Negeri Kedah atau Kerajaan negeri Kedah iii) Ringgit atau ringgit Satu perkara lagi, bagi sesuatu tajuk bolehkah terus diletakkan singkatan. Sekiranya boleh bagaimana cara yang sepatutnya.Contoh, Kadar Pertukaran Mata Wang Asing Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) Nota: JANM hanyalah singkatan bagi Jabatan Akauntan Negara Malaysia bagi tajuk di atas. Sekian, terima kasih. | i. Kerajaan Negeri jika merujuk pada nama khas, kerajaan negeri jika umum. ii. Kerajaan Negeri Kedah sebab ia nama khas. iii. Ringgit jika diawal ayat (huruf awal huruf besar). Tajuk hendaklah ditulis penuh dan singkatannya boleh ditulis selepas itu dalam kurungan. | Tatabahasa | 21.08.2007 |
saya ingin kan penjelasan maksud dan juga penngunaan dalam ayat bagi perkataan-perkataan berikut:- i) merudum ii) merundum iii)merundung | 1. ejaan yang betul ialah merudum yang bermaksud berlari beramai-ramai atau jatuh atau merosot dgn teruknya contoh ayat: nilai ringgit merudum kerana diserang oleh pedagang mata wang 2. merundung bermaksud mengacau, mengganggu, menyusahkan: ia merundung suaminya dengan meminta dibelikan itu dan ini. | Tatabahasa | 02.10.2011 |
Salam sejahtera..... Di sini saya ada beberapa keraguan tentang penggunaan bahasa yang memerlukan penjelasan dan tujuk ajar pihak tuan. 1) Yang manakah ayat berikut benar penggunaan bahasanya? i) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu sama luas dengan gelanggang bola jaring ini. ii) Kita boleh mendirikan khemah di situ kerana kawasan itu seluas dengan gelanggang bola jaring ini. 2) Saya sering menghadapi masalah ketika menerangkan penggunaan imbuhan me...kan dengan me...i dan me.... pada situasi ayat yang berlainan. Namun muri-murid saya tetap keliru dan kurang memahami. Berikut, saya memetik beberapa ayat contoh yang menimbulkan keraguan. i) Emak sedang menghiaskan ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajar mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemui sebentuk cincin di halaman rumah. Sedangkan jawapan yang saya peroleh ialah : i) Emak sedang menghiasi ruang tamu dengan lampu pelbagai warna. ii) Cikgu Ali sedang mengajarkan mata pelajaran Sejarah dalam tingkatan 2 Merah. iii) Ah Meng menemukan sebentuk cincin di halaman rumah. Justeru, saya amat memerlukan tunjuk ajar pihak tuan agar dapat membantu saya merungkai masalah saya. Penjelasan ini amat penting bagi saya memantapkan pengajaran saya dalam bahasa Melayu serta keberkesanan tahap kefahaman murid saya...... Sekian, terima kasih daun keladi dan salam sejahtera........ | 1. Dari segi tatabahasa, kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan. Untuk imbuhan me-kan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Untuk pengetahuan Puan, buku-buku rujukan yang diterbitkan oleh penerbit luar (bukan DBP), kebanyakan mereka tidak sangat mementingkan penggunaan tatabahasa yang betul. | Tatabahasa | 15.05.2010 |
Apakah perbezaan antara perkataan 'baru' dengan 'baharu'? Contohnya, guru baru itu mengajar saya mata pelajaran Matematik. Adakah ayat ini betul? | Saudara Tammychong, Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, hal. 105, ejaan baharu hendaklah merujuk entri baru. Terdapat perbezaan makna bagi baru selain bermaksud "yang belum ada" dan sebagainya, makna lain ialah "baru sahaja berlaku" seperti "baru tiba", "baru lahir" dan sebagainya. Kesimpulannya, baru mempunyai dua makna, iaitu (i) yang belum ada dan (ii) baru berlaku. Kata baharu digunakan secara baku dan sesuai untuk kata seperti pembaharuan. Penggunaan perkataan 'baru' dalam ayat contoh yang disertakan adalah betul yang merujuk makna belum (tidak) ada sebelumnya. | Makna | 13.09.2012 |