Selamat pagi. Apakah kata sendi nama yg patut digunakan untuk ayat di bawah? Ayah mencangkuk umpan di mata kail. Ayah mencangkuk umpan pada mata kail. Terima kasih :) | Ayat yang betul ialah Ayah mencangkuk umpan pada mata kail. | Tatabahasa | 18.07.2023 |
1. Mereka _______ umpan pada mata kail untuk memancing ikan di kolam itu. A.menyangkutkan B. memasangkan C. menyimpan D. memasang 2. Nenek sedang menyusun pinggan di atas _______ yang telah dibina oleh datuk di bahagian dapur rumah. A. kekuda B. pepara C. para-para D. tupai-tupai | Jawapan soalan 1 ialah A.menyangkutkan, jawapan soalan 2 ialah C.para-para. | Tatabahasa | 03.11.2014 |
Seekor ikan tertangkap pada pancing. Ayat ini betul ke? | Ayat yang betul ialah “Seekor ikan tersangkut pada mata kail.” | Lain-lain | 10.07.2024 |
Penjodoh bilangan apa yang sesuai untuk kerongsang | Penjodoh bilangan bentuk boleh digunakan untuk kerongsang, cincin, mata kail dan subang. | Tatabahasa | 29.01.2015 |
boleh terangkan secara jelas beza bidalan dengan pepatah serta contoh-contoh yang jelas.terima kasih | Secara ringkasnya, bidalan bermaksud susunan kata yang ringkas tetapi dalam maknanya yang menjadi sebutan orang sebagai bandingan, teladan dan pengajaran, misalnya jika kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga, dan alah bisa tegal biasa. Pepatah pula bermaksud susunan kata yang ringkas dan mengandungi nasihat, peringatan atau ajaran daripada orang tua, biasanya dipakai atau diucapkan untuk mematahkan kata-kata atau ucapan seseorang. Contoh penggunaannya: Elakkan berhutang semata-mata untuk memberikan wang hantaran yang tinggi kepada pasangan, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri.
| Makna | 24.05.2025 |