APAKAH MAKSUD PERKATAAN DIBAWAH INI, & CONTOH AYATNYA.... 1. EKABAHASA, 2. DWIPENGKHUSUSAN 3. TRIDIMENSI, 4. SWADAYA 5. JURUMUDI, 6. PANCAINDERA | ekabahasa ialah dlm satu bahasa. Pancaindera ialah deria atau alat perasa yg lima (deria rasa, deria bau, deria dengar, deria lihat, deria sentuh); alat ~ lidah, hidung, telinga, mata, tangan. untuk mengetahui sebarang maksud perkataan, sila rujuk Kamus Dewan edisi Keempat. | Makna | 20.08.2008 |
Saya ingin mendapatkan kepastian bagi penggunaan penjodoh bilangan untuk anggota badan yang merujuk kepada salah satu anggota badan yang berpasangan seperti tangan, kaki, mata dan telinga. Apakah kata 'sebelah' merupakan penjodoh bilangan untuk menunjukkan kuantiti yang bermaksud satu daripada dua anggota tersebut? Contoh: Dia kehilangan sebelah kaki. Sekian. | Merujuk Kamus Dewan sebelah bermaksud setengah, separuh atau sebahagian (daripada sepasang, dua benda) dan bagi benda yang berpasangan sebelah atau sebahagian daripadanya lazimnya merujuk kepada satu daripada pasangan benda yang tersebut. | Tatabahasa | 01.04.2013 |
Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah “mencuri” tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu “jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta”. – Utusan Msia onlne / 8/9/2009 Apakah maksud ‘jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta’ ? Terima kasih. | Frasa tersebut tiada dalam rujukan kami. | Lain-lain | 05.02.2010 |
Dikatakan betul, Klinik Pergigian Dr. Ali dan salah bagi Klinik Gigi Dr. Ali. Bagaimanakah dengan Klinik Mata Dr. Ali dan Klinik Telinga Dr. Ali? | Frasa yang paling tepat ialah Klinik Pergigian bagi merujuk hal yang berkaitan dengan gigi dan bukannya gigi semata-mata. Padanan dalam bahasa Inggeris ialah dental clinic dan tidak ada teeth clinic. Hal ini mungkin tidak sama bagi Klinik Mata dan Klinik Telinga. | Tatabahasa | 18.12.2013 |
apakah yang dimaksudkan dengan pancaindera | Pancaindera ialah deria atau alat perasa yang lima : deria bau (hidung), deria rasa (lidah), deria dengar (telinga), deria lihat (mata), dan deria sentuh (tangan). | Makna | 05.12.2007 |
Saya tertarik dengan Tweet DBP tentang konsep kecantikan wanita dalam budaya Melayu, tetapi saya tidak tahu cara penggunaannya. Dahi (Sehari bulan), kening (awan ditulis), hidung (kuntum melur belum kembang), mata (bintang timur), telinga (telepuk kayu), dagu (lebah bergantung) dan jari (tombak serai). Bolehkah diberikan contoh ringkas penggunaannya dalam ayat dan mengapakah tidak saya jumpa istilah - istilah ini dalam Kamus Dewan? | Semua perkataan tersebut tergolong dalam perumpamaan. Perumpamaan bermaksud sejenis peribahasa yang berupa perbandingan dengan sesuatu yang lain (umumnya mengandungi ajaran). Sebagai contoh, dahi sehari bulan bermaksud dahi yang elok bentuknya. (Contoh ayat: Kecantikan Aminah disebut-sebut anak teruna kampung bagai dahi sehari bulan.) | Sastera | 22.06.2018 |
Salam pihak DBP, Boleh beritahu mana satu yang tepat dari segi tatabahasa? 1) Cair di dalam / dalam mulut. 2) Suluh untuk melihat di dalam / dalam telinga. 3) Ulser di dalam / dalam / pada perut. Terima kasih. | Pengguna bahasa perlu tahu membezakan penggunaan frasa sendi nama "di dalam" dan kata sendi nama "dalam". Frasa sendi nama "dalam" ialah binaan yang terdiri daripada kata sendi nama diikuti oleh kata nama atau frasa, manakala kata sendi nama "dalam" berfungsi sebagai perkataan yang membawa pengertian yang tidak mempunyai ruang. Contoh penggunaannya: a) Juruacara dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha. (bukan: Juruacara di dalam majlis perasmian itu ialah Puan Zaleha) b) Pelajar yang lulus cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Melayu itu Muhammad Syafik. (bukan: Pelajar yang lulus cemerlang di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu iaitu Muhammad Syafik) Berdasarkan pertanyaan tersebut, cadangan jawapan adalah seperti yang berikut: a) Cair di dalam mulut. b) Suluh untuk melihat di dalam telinga. c) Ulser di dalam perut.
| Lain-lain | 25.06.2022 |