adakah perkataan mata-mata mempunyai maksud yang sama dengan penyiasat? | Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat mata-mata bermaksud polis, Polis bermaksud pasukan yang menjaga keamanan negara dan penguatkuasaan undang-undang. Penyiasat pula bermaksud orang yang menyiasat atau menyelidik. Walau bagaimanapun mata-mata atau polis menjadi penyiasat apabila melaksanakan kerja-kerja penyiasatan sesuatu kes. | Makna | 08.03.2008 |
MAKSUD "MATA-MATA" | Berdasarkan Kamus Pelajar Edisi Kedua, mata-mata ialah pegawai kerajaan yg ditugasi menjaga keamanan di dlm negeri; polis. | Makna | 12.11.2010 |
Salam moderator, saya ingin tahu manakah satu penggandaan yang betul bagi istilah 'mata pelajaran'. Mana sang betul 'mata-mata pelajaran' atau 'mata pelajaran-mata pelajaran' ? | Kata ganda bagi mata pelajaran ialah mata-mata pelajaran. | Tatabahasa | 07.02.2010 |
Salam sejahtera, sekali lagi saya ingin luahkan pendapat saya mengenai bahasa Melayu sekarang. Masalah penggunaan bahasa Melayu itu saya kira bermula dari pihak yang lebih berkuasa dalam menguruskan sesuatu bahasa itu. Seperti contoh istilah "mata-mata" (yang dahulunya bermaksud "polis"). Jikalau pihak DBP dan pakar bahasa Melayu menggunakan kembali istilah-istilah lapuk dan lama itu pasti masyarakat menggunakannya kerana tidak dapat tidak mereka harus menggunakan bahasa surat dalam hal keperluan atau urusan rasmi seperti mesyuarat, penyampaian berita dan sebagainya. Istilah dan kosa kata lapuk itulah yang sebenarnya mencerminkan jati diri sesuatu bangsa itu dan tiada guna kita meminjam sesuatu yang kita sudah ada seperti istilah "mata-mata" untuk "polis" yang dipinjam daripada bahasa Inggeris. Istilah kita adalah hak kita untuk memberi maksud terhadap istilah itu. Saya berharap agar pihak DBP dan pakar bahasa Melayu dapat mempertimbangkan segala pendapat dan pandangan saya untuk kemajuan, kelestarian dan keaslian bahasa Melayu. | Kami ambil maklum pandangan tuan dan akan memanjangkan perkara ini kepada pengetahuan pihak yang berwenang seperti pengamal media. Ada juga kecenderungan pihak tertentu untuk menggunakan kembali istilah yang pernah popular suatu ketika dahulu, seperti penggunaan perkataan "danau" bagi merujuk pembangunan perumahan di Putrajaya. | Lain-lain | 16.11.2015 |
Badril diterima menjadi mata dan akan memulakan tugasnya pada minggu hadapan. Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan "mata" supaya ayat tersebut betul? | Perkataan yang betul ialah mata-mata atau polis. | Tatabahasa | 17.03.2011 |
Salam Tuan, Kata majmuk (plural) bagi mata wang? T. kasih & Salam Sibly | Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya, alat-alat tulis dan Menteri-Menteri Besar. Oleh itu, mata wang menjadi mata-mata wang. | Tatabahasa | 20.02.2011 |
Perbezaan menjolok mata dengan mencolok mata | Ungkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll). | Makna | 30.07.2008 |
Harap Admin dapat berikan penjelasan ttg penggunaan kata 'mencolok mata' dan 'menjolok mata' Lazimnya 'menjolok mata' sering digunakan namun berdasaskan kamus dewan, 'mencolok mata' adalah yg lebih tepat digunakan. Contoh penggunaan:- Kakitangan kerajaan khususnya wanita dilarsng memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. (1) Dalam Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). (2) Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). | Merujuk Kamus Dewan, mencolok mata dalam bentuk kata kiasan bermaksud menimbulkan rasa meluat dan sebagainya kepada sesiapa yang melihat kerana berlebih-lebihan (tentang pakaian, kelakuan dan lain-lain). Manakala menjolok antaranya bermaksud memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yang tidak sopan, cara berpakaian dan sebagainya). Lazimnya, perbuatan ini merujuk makna kiasan, oleh itu frasa mencolok mata yang sering digunakan. | Tatabahasa | 25.01.2013 |
Mengapa klausa menjolok mata dianggap salah penggunaanya dalam bahasa Melayu sedangkan maknanya hampir sama dengan mencolok mata? menjolok mata=a. sangat jelas kelihatan. b. memberi malu atau menyakiti hati (kerana perbuatan yg tidak sopan, cara berpakaian dsb). mencucuk mata; a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; | Makna mencolok mata ialah membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu (Kamus Dewan, 2007:285). Kata menjolok mata pula bermakna menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dan lain-lain supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dan sebagainya (Kamus Dewan, 2007:636). Sila baca dan fahami bahagian prelim Kamus Dewan termasuk prakata kerana Kamus Dewan berperanan merakam semua kata masukan yang digunakan oleh masyarakat. | Tatabahasa | 11.05.2010 |
Mohon penjelasan tentang perbezaan penggunaan frasa mencolok mata dengan menjojok mata. Terima kasih | Istilah menjojok mata tiada dalam sumber rujukan kami. Mungkin yang saudara maksudkan ialah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kata mencolok mata bermakna 1. mencucuk mata; 2 (bahasa kiasan) tampak jelas, kelihatan jelas benar; 3. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu. Kata menjolok pula bermakna 1. menusuk (merodok) sesuatu dengan galah dll. supaya gugur, menusuk ke dalam lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dalam lubang hidung (kerongkong dll.); 3. memancing-mancing keterangan dll; daripada orang, mengajuk atau menduga hati. Oleh itu, antara mencolok mata dengan menjolok mata, yang tepat ialah mencolok mata. Contoh penggunaan: Kakitangan wanita dilarang memakai pakaian yang mencolok mata semasa bekerja di pejabat. | Tatabahasa | 11.07.2010 |