1) Asing pada pandangan matanya / Asing daripada pandangan matanya. 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. / Selain dari pak cik adalah ayah saudaranya.....Nadia suka. | 1) Asing pada pandangan matanya 2) Selain daripada pak cik adalah ayah saudaranya, ada sesuatu tentang pak cik yang Nadia suka. | Tatabahasa | 13.10.2011 |
Kamus Dewan Edisi 3 dan 4: Perkataan "pecicilan" - Jawa - terbelalak matanya. Maksud "terbelalak matanya" adalah salah. Yang betul adalah kepada budak-budak bermain lompat sana lompat sini, lari sana lari sini tanpa menghiraukan teguran orang keliling. | Sila jelaskan soalan atau pandangan saudara. | Lain-lain | 25.03.2010 |
Matanya tertumpu pada/ kepada pokok di tepi jalan itu. | Matanya tertumpu pada pokok di tepi jalan itu. | Tokoh | 31.10.2011 |
air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. soalan saya ialah mengikut kamus dewan edisi ketiga, maksud meremang kedua ialah mengalir perlahan-lahan, meleleh, bersimbah (peluh). bolehkah meremang bagi pernyataan di atas. air mata boleh digunakan? | Air matanya meremang sewaktu melihat jenayah isteri dan anak kecilnya. Maksud meleleh atau bersimbah peluh tidak lazim digunakan untuk meremang, makna yang lazim ialah tegak atau berdiri (bulu badan atau roma), kata lainnya seram. Oleh itu kata meremang tidak sesuai digunakan dalam ayat itu, yang betul ialah "Air matanya mengalir sewaktu melihat jenazah isteri dan anak kecilnya" | Tatabahasa | 22.06.2008 |
Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata." Rasulullah SAW masuk (menziarahi jenazah) Abu Salamah. Mata Abu Salamah dalam keadaan terbuka. Lalu Rasulullah memejamkannya (menutup kelopak matanya). Kemudian Baginda bersabda, "Sesungguhnya roh yang keluar, ia diekori oleh mata". sepatutnya tanda noktah diletakkan di mana? | Tanda noktah dibubuh sebelum tanda petik ("... oleh mata."). | Ejaan | 19.03.2012 |
1)Adakah betul penggunaan ayat seperti berikut.. Air mata terbit daripada matanya setelah dimaraji oleh gurunya? 2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. atau Saya yakin saya boleh mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. | Ayat yang betul dari segi tatabahasa adalah seperti yang berikut: (1) Air matanya mengalir setelah dimarahi oleh gurunya. (Tidak perlu dinyatakan punca air mata kerana air mata sememangnya berpunca daripada mata dan lewah). (2) Saya yakin saya dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. (Kata "dapat" merupakan kata bantu ragam yang menyatakan ragam perasaan dan keupayaannya, manakala kata "boleh" juga merupakan kata bantu tetapi keadaan keupayaannya yang diizinkan, misalnya; Shisa boleh menyertai peraduaan itu.) | Tatabahasa | 25.02.2009 |
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. Jawaban munsyi ialah akan, tetapi saya masih tidak faham mengapakah bukan pada yang digunakan? terlihat pada wajah?? sebenarnya jawaban daripada buku rujukan ialah akan, iaitu sama pendapar dengan munsyi. | Kata sendi nama "pada" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menunjukkan keterangan waktu dan tempat, dan digunakan dalam ungkapan ada + pada (manusia dan haiwan) dalam beberapa situasi tertentu, seperti yang berikut: a. menunjukkan keterangan waktu apabila mendahului kata nama yang menyatakan waktu atau masa. b. kata sendi nama "pada" apabila didahului "ada" mesti diikuti oleh kata nama yang merujuk manusia dan haiwan. c. sebagai perkataan yang terletak di hadapan kata nama yang menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. Oleh sebab dalam ayat yang diberikan tidak menunjukkan ketiga-tiga situasi yang diberikan di atas, jawapan yang betul ialah "akan". | Tatabahasa | 12.02.2012 |
Sebaik-baik mencelikkan matanya, terlihat oleh Yus ( pada , akan) wajah adik-adiknya yang tiga orang itu. munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TQ | jawapan yang tepat ialah akan. | Tatabahasa | 07.02.2012 |
Sesudah bersalam-salaman, Azman melayangkan matanya ke setiap penjuru bilik. soalan saya ialah apakah perkataan yang paling sesuai menggantikan perkataan melayangkan kerana saya berpendapat melayangkan tidak sesuai digunakan? | Cadangan kami ialah 'Azman melihat ke setiap penjuru bili'. Terima kasih. | Tatabahasa | 07.06.2008 |
Salam sejahtera, Perkataan yang manakah paling tepat digunakan dalam ayat berikut: 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan / penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan / penglihatan matanya. Terima kasih. | 1. Kabus yang tebal menjadikan pelihatan/penglihatan saya kurang jelas. 2. Makin usia datuk meningkat makin kabur pelihatan/penglihatan matanya. Pelihatan dan penglihatan, kedu-dua perkataan itu betul dan sama maknanya iaitu kebolehan melihat. Oleh itu kedua-dua kata tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 23.06.2008 |