Salam sejahtera, Tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah "matematik". Adakah penulisan istilah ini berbeza mengikut penggunaannya? Contohnya, "mata pelajaran Matematik" dan "konsep matematik". Bagaimanakah saya dapat mengetahui bilakah "m" perlu ditulis dalam huruf besar? Terima kasih. | Matematik dieja dengan huruf kecil kecuali nama mata pelajaran dianggap sebagai kata nama khas dan dieja dengan huruf besar seperti Bahasa Melayu, Matematik dan Sains. | Tatabahasa | 20.10.2013 |
Yang manakah paling tepat, 'kad kipas Matematik' atau 'kipas kad Matematik'? Terima kasih. | Bentuk yang betul ialah kad kipas Matematik. | Istilah | 14.02.2011 |
Salam...saya nak tanya..yang mana betul..pengajaran dan pembelajaran Matematik Tambahan atau pengajaran dan pembelajaran matematik tambahan? | Perkataan matematik tambahan dieja dengan huruf kecil. | Ejaan | 13.05.2013 |
Ayat' Dia teramat pandai dalam matematik'. Perlukah huruf 'm' pada kata 'matematik; ditulis huruf besar ? | Ayat yang betul ialah' Dia sangat/amat pandai dalam matematik'. Huruf m pada perkataan matematik tidak perlu ditulis huruf besar kecuali untuk kata nama khas seperti Mata Pelajaran Matematik. | Tatabahasa | 13.04.2010 |
Saya pelajar masters upm dalam bidang pendidikan matematik. Saya ingin membuat kajian tesis tentang ciri-ciri psikologi pelajar matematik. Salah satu ciri tersebut ialah "mathematical belief". Soalan saya ialah apakah makna perkataan "Mathematical Belief" dari sudut pendidikan matematik dalam bahasa melayu. | Saudara perlu merujuk buku-buku berkenaan atau mencari maklumat di pusat pengajian tinggi, pihak kami cuma dapat mencadangkan terjemahan bagi istilah "mathematical belief", iaitu "fahaman matematik". | Lain-lain | 12.03.2010 |
Apakah pautan yang boleh saya gunakan untuk menyemak istilah matematik? Kerana sebelum ini PRPM DBP menyediakan kamus matematik dan juga definisi bererta contoh Matematik dalam pautannya, tetapi kini sudah tiada. Terima kasih. | Masalah tersebut telah dapat diatasi dan kini maklumat berkenaan boleh diakses melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my. | Lain-lain | 16.10.2017 |
Saya ingin mendapatkan kepastian akan penggunaan nama program Matematik dengan Komputer Grafik. Adakah nama "Matematik dengan Komputer Grafik" ini betul atau terdapat sebarang kesalahan penggunaan tatabahasa? Sekian, terima kasih. | Bentuk yang betul ialah Matematik dan Grafik Komputer | Istilah | 22.03.2012 |
Salam sejahtera, 1. Beliau guru matematik dan sejarah saya. (dalam ayat ini, matematik dan sejarah digolongkan dalam kata nama khas?) 2. mengupas limau /mengupas kulit limau (yang mana satu lebih sesuai digunakan?) Sekian, terima kasih. | Waalaikumussalam, 1. Perkataan matematik dan sejarah bukan kata nama khas dan perlu dieja dengan huruf kecil 2. Manurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud mengupas ialah membuang atau menanggalkan kulit sesuatu. Maka mengupas kulit limau adalah betul. | Tatabahasa | 21.02.2020 |
Bidang matematik: Apakah kata berganda untuk segi empat tepat atau segi tiga? Adakah 'contoh, Luas segi empat tepat - segi empat tepat itu ' atau 'Luas segi-segi empat tepat itu '? Terima kasih. | Ejaan yang betul ialah segi-segi empat dan segi-segi tiga. | Lain-lain | 07.08.2018 |
Hi, Adakah matematik kata nama am? | Menurut data kami, ejaan bagi nama bidang seperti bidang sains, bidang matametik dan sebagainya harus dieja menggunakan huruf kecil kerana ia merupakan kata nama am kecuali nama mata pelajaran perlu dieja dengan huruf besar kerana merupakan nama khas. | Lain-lain | 17.07.2017 |