Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ;burung ~ anak a) sj burung, burung bibit, Cacomantis merulinus threnodes; b) sj burung, burung takuweh, Penthoceryxsonneratii malayanus; burung ~ sekawan sj burung, burung kawan, Anorrhinus galeritus carinatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Imbuhan me - i hanya digunakan untuk orang yang menjadi penyambutnya seperti menghadiahi ibu dsb. Bagaimana pula dengan di - i dan di - kan. Contoh : i) Penjenayah itu dijatuhi hukuman gantung sampai mati. ii)Penjenayah itu dijatuhkan hukuman gantung sampai mati. Adakah kedua-dua bentuk ayat tersebut betul atau salah satu sahaja yang betul?

Sdr. Suhaimi, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Kedua-dua ayat tersebut betul penggunaannya. Ayat yang sama juga dapat dilihat pada ayat yang berikut. Ahmad menaiki tangga dan Ahmad menaikkan tangga. Terima kasih.

Tatabahasa24.06.2009
Selamat petang tuan. Saya ingin bertanya tentang penggunaan istilah yang tepat dalam ayat di bawah ini. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. 2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Soalan: a) Apakah istilah yang paling tepat untuk perkataan 'dilibas' bagi kata nama kipas siling? b) Apakah binaan ayat yang paling sesuai untuk situasi ayat 1 di atas? c) Mana satukah istilah yang betul untuk ayat 2 di atas. i) Perlawanan atau pertandingan ii) kalah mati atau kalah singkir atau kalah keluar. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. Ayat pertama betul. 
2. Pusingan kedua bagi perlawanan badminton tertutup itu merupakan pusingan kalah mati. Perlawanan dan pertandingan, kedua-duanya betul dalam konteks ayat tersebut.

Tatabahasa16.07.2013
Adakah lemas menunjukkan seseorang itu sudah meninggal dunia (drowned)? atau Adakah lemas menunjukkan keadaan seseorang itu sedang dalam proses lemas (drowning)? Contoh: Saya berjaya menyelamatkan budak yang lemas itu. (Betul/Salah?) Seorang kanak-kanak perempuan telah lemas di pantai Changi minggu lalu.

Penggunaan  kata " lemas" dalam ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

i.  Saya berjaya menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu.

ii. Budak perempuan  itu telah mati lemas di pantai Changi pada minggu lalu. 

Merujuk Kamus Dewan, kata lemas membawa maksud: tidak boleh bernafas (tenggelam dalam air, terkena gas dll), sesak bernafas;  contoh mati lemas.

Untuk makluman sdr, DBP ada menyediakan perkhidmatan percuma Kamus Dewan  dalam talian di Laman Web DBP.

Tatabahasa05.02.2009
Saudara, 1. Penggunaan kata sendi 'dengan' dan 'terhadap'. Yang manakah yang betul? a. Saya sangat bersimpati terhadap orang-orang yang ditimpa banjir. (Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM) b. Saya sangat bersimpati dengan nasib malang pelajar dari Bagan Serai itu. (Kamus Dewan Edisi Ketiga) 2. Kata Bilangan - perlukah diikuti dengan penjodoh bilangan? a. Berbelas-belas buah rumah telah dihanyutkan banjir besar malam tadi. (Kamus Pelajar) b. Ketiga-tiga anaknya telah bekerja. (Kamus Pelajar) c. Ketiga-tiga orang pesalah itu akan dipenjarakan. (Tatabahasa Dewan Edisi Baharu) d. Beratus-ratus rakyat mati. (Kamus Dewan) e. Beberapa orang kanak-kanak sedang bermain-main di bawah pohon ketapang. (Kamus Pelajar) f. Beberapa buah buku (Kamus Dewan) Sekian. Terima kasih. Salam hormat, LIM KHAN SAN

Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, kata sendi dengan digunakan untuk membawa maksud i. bersama-sama atau berserta, ii. cara sesuatu itu dilakukan iii. memakai atau menggunakan dan menyatakan keadaan perbandingan yang serupa atau sama. Kata sendi terhadap pula digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Oleh yang demikian  berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga penggunaan terhadap lebih tepat dalam Kamus Pelajar. Kamus Dewan Edisi Ketiga lebih merupakan kamus umum yang merakamkan contoh-contoh penggunaan berdasarkan korpus.

Penggunaan penjodoh bilangan digalakkan bagi mendapatkan satu bentuk penggunaan bahasa Melayu yang betul, tepat  dan indah. Walau bagaimanapun penggunaan bahasa Melayu tanpa penjodoh bilangan bukanlah satu kesalahan.  Bagi contoh-contoh ayat di atas penggunaan penjodoh bilangan dapat menjadikan ayat-ayat tersebut lebih tepat,betul dan indah.        

Tatabahasa12.06.2008

Kembali ke atas