Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mawi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Mohon bantuan. Saya keliru tentang ayat manakah yang betul. 1. Pertandingan nyanyian itu akan Mawi dan Diana sertai. 2. Cikgu Maziah menunjukkan panduan menulis karangan kepada saya. Mohon pencerahan.... :)Terdapat kesalahan tatabahasa dalam ayat pertama. Ayat yang betul ialah Pertandingan nyanyian itu akan disertai oleh Mawi dan Diana. Ayat kedua betul.Tatabahasa13.03.2013
saya inginkan kepastian. tajuk filem dan tajuk lagu dikategorikan kata nama am atau kata nama khas? contoh ayat. Ali suka mendengar lagu seroja nyanyian Mawi. Ali mengajak saya menonton filem bila cinta. Tajuk filem dan tajuk lagu ilah kata nama khas.Tatabahasa25.02.2015
betulkan sekiranya ayat dimulakan dengan 'Ini kerana' Contoh, Ini kerana Malaysia sebuah negara yang aman dan damai.

Sdr Anuar,

Untuk makluman sdr, perkataan "ini atau itu" digolongkan sebagai kata ganti tunjuk. Kata ganti tunjuk digunakan untuk menunjukkan sesuatu atau seseorang. Misalnya;

   1. Ini kaset lagu terbaharu Mawi.

   2. Itu rumah kawan saya.

Oleh yang demikian, ayat sdr sepatutnya;

Hal ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.

(bukannya: Ini kerana Malaysia merupakan negara yang aman dan damai.) 

Tatabahasa07.03.2009

Kembali ke atas