Ejaan yang betul bagi Ulik Mayang atau Ulek Mayang? | Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, ejaan yang betul ialah ulik mayang yang bermaksud persembahan tradisional dalam bentuk tarian, nyanyian, dan lakonan. | Ejaan | 18.06.2021 |
Sandra mempunyai rambut ikal mayang yang sungguh menawan. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan ikal mayang. Adakah perkataan tersebut adalah kata majmuk?. Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih. | Saudari, Kata Majmuk merupakan 2 kata dasar yang dirangkaikan untuk membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai 1 unit walupun lazimnya ejaannya terpisah. Oleh itu, perkataan ikal mayang merupakan kata majmuk. Untuk keterangan lebih lanjut, saudari boleh rujuk Pedoman Bahasa. | Tatabahasa | 02.06.2020 |
apakah penjodoh bilangan bagi mayang kelapa? | Berdasarkan bentuk mayang kelapa tersebut, penjodoh bilangan yang sesuai ialah tangkai. | Tatabahasa | 02.08.2011 |
Saya ingin bertanya. Adakah penjodoh bilangan "mayang" wujud dalam bahasa Melayu? Terima kasih. | Contoh penjodoh bilangan bagi mayang kelapa, penjodoh bilangan ialah tangkai. | Lain-lain | 30.08.2016 |
Putu mayam atau putu mayang yang betul? | “Putu mayam” atau “putu mayang” kedua-duanya merujuk pada kuih yang sama, iaitu kuih yang dibuat daripada tepung beras yang menyerupai mihun, dikukus dan dimakan dengan kelapa parut yang dicampurkan dengan gula merah. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1787. | Ejaan | 17.09.2024 |
Apakah istilah Bahasa Inggeris untuk "mayang kelapa" dan "nira"? | Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Inggeris dalam pangkalan data kami untuk "mayang kelapa" dan "nira". | Istilah | 31.05.2012 |
Pengertian/Definasi Ulit Mayang dari segi bahasa. | Makna bagi perkataan ulit dari segi bahasa ialah bernyanyi utk menidurkan anak, berdondang utk menidurkan anak. Makna lain bagi perkataan ini ialah tidak mudah (membayar hutang dll), liat. Maksud bagi perkataan mayang pula ialah bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP untuk rujukan lanjut. Harap maklum. | Makna | 12.09.2007 |
Apakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan apabila 1. seorang puteri bercakap dengan seorang Bndahara? 2. Hang Tuah bercakap dengan Hang Jebat? 3. Mayang bercakap dwngan bendahara 4. Permaisuri bercakap dengan mayang.. Terima kasih. | Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Manakala beta digunakan oleh raja, sultandan kerabar diraja apabila bertitah kepada rakyat. | | Tatabahasa | 26.06.2014 |
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasih | Tidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami. | Lain-lain | 26.02.2015 |
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.) | 1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam. 2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan. 3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan. 5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat .... | Tatabahasa | 06.01.2011 |