Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya; ~ mengurai rambut yg mengurai serta ikal; ikal ~ ikal spt mayang (rambut); ~ menolak seludang prb orang yg melupakan jasa orang yg memeliharanya sejak kecil; seludang menolak ~ prb memegah-megahkan diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : ; putu ~ sj penganan yg dibuat drpd tepung beras dan dikukus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj tumbuhan (pokok), Palaquium ridleyi; buluh ~ sj buluh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : bunga kelapa (atau bunga pokok palma lain) yg masih di dlm seludangnya. ~ mengurai rambut yg ikal mengurai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : ; perahu ~ perahu utk menangkap ikan di laut; perahu pukat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)


Definisi : nama salah satu bintang dlm rasi; (bintang) Virgo. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mayang

Puisi
 

Selendang mayang dari Bali,
     Pakaian anak tuan puteri;
Jangan dikenang orang yang pergi,
     Orang yang dekat sudah menanti.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Bermayang-mayang menjadi mumbang.

Bermaksud :

Selalu mengandung tetapi tidak pernah mendapat anak kerana keguguran atau anaknya itu mati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sandra mempunyai rambut ikal mayang yang sungguh menawan. Maaf, saya ingin bertanya tentang perkataan ikal mayang. Adakah perkataan tersebut adalah kata majmuk?. Mohon penjelasan daripada pihak DBP. Terima kasih.Saudari,

Kata Majmuk merupakan 2 kata dasar yang dirangkaikan untuk membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai 1 unit walupun lazimnya ejaannya terpisah. Oleh itu, perkataan ikal mayang merupakan kata majmuk. Untuk keterangan lebih lanjut, saudari boleh rujuk Pedoman Bahasa.
Tatabahasa02.06.2020
apakah penjodoh bilangan bagi mayang kelapa?Berdasarkan bentuk mayang kelapa tersebut, penjodoh bilangan yang sesuai ialah tangkai. Tatabahasa02.08.2011
Saya ingin bertanya. Adakah penjodoh bilangan "mayang" wujud dalam bahasa Melayu? Terima kasih.
Contoh penjodoh bilangan bagi mayang kelapa, penjodoh bilangan ialah tangkai. 
Lain-lain30.08.2016
Apakah istilah Bahasa Inggeris untuk "mayang kelapa" dan "nira"?Untuk makluman, tidak ada istilah khusus bahasa Inggeris dalam pangkalan data kami untuk "mayang kelapa" dan "nira". Istilah31.05.2012
Pengertian/Definasi Ulit Mayang dari segi bahasa.Makna bagi perkataan ulit dari segi bahasa ialah bernyanyi utk menidurkan anak, berdondang utk menidurkan anak. Makna lain bagi perkataan ini ialah tidak mudah (membayar hutang dll), liat. Maksud bagi perkataan mayang pula ialah bunga kelapa (pinang, kabung, dll) yg masih di dlm seludangnya. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat terbitan DBP untuk rujukan lanjut. Harap maklum.Makna12.09.2007
Apakah kata ganti nama diri yang sesuai digunakan apabila 1. seorang puteri bercakap dengan seorang Bndahara? 2. Hang Tuah bercakap dengan Hang Jebat? 3. Mayang bercakap dwngan bendahara 4. Permaisuri bercakap dengan mayang.. Terima kasih.
Kata ganti nama 'patik' digunakan apabila rakyat berbicara dengan raja, manakala kata ganti nama 'hamba' untuk merendah diri yang bermaksud saya. Oleh itu, orang biasa dan orang yang berjawatan menggunakan kata ganti nama diri 'patik' apabila bercakap dengan raja. Kata ganti nama diri pertama `hamba' pula sering digunakan oleh masyarakat atau rakyat biasa pada zaman dahulu yang bermaksud `saya. Manakala beta digunakan oleh raja, sultandan kerabar diraja apabila bertitah kepada rakyat.
Tatabahasa26.06.2014
Saya ingin bertanyakan maksud perkataan: -AIR SIRIH NAIK KE KENING, AIR PINANG NAIK KE MUKA. -GARAM TAK MASIN ASAM TAK MARI, PECAH LIUR KECAP DIBIBIR, yang diambil dan diadaptasi daripada kumpulan mantera melayu ulit mayang - harun daud Terima kasihTidak ada maklumat tentang petikan teks tersebut dalam pangkalan data kami.Lain-lain26.02.2015
Salam. Saya ada beberapa soalan yang perlukan penjelasan daripada pihak DBP untuk mengelakkan sebarang kekeliruan. 1. hukum-ahkam ATAU hukum-hakam. (mana yang betul?) 2. kaucakapkan ATAU kau cakapkan. 3. mengabarkan ATAU mengkhabarkan. (contoh ayat yang saya jumpa: Pelayar berambut kerinting macam mayang pinang, tersenyum manis mengabarkan berita.) 4. sebarangan ATAU sembarangan (contoh ayat: Lantaran itu, Salleh mengingatkan diri agar jangan mudah berkata sebarangan.) 5. sebarang ATAU sembarang (contoh ayat: Jangan sekali-kali mudah mengeluarkan perkataan kepada sebarang tempat.)

1. Perkataan yang betul ialah hukum-hakam.

2. Ejaan yang betul ialah kau cakapkan.

3. Perkataan yang betul ialah mengkhabarkan. 

4. Merujuk contoh ayat yang diberikan, perkataan yang betul ialah sembarangan. 

5. Merujuk contoh ayat yang diberikan perkataan yang betul ialah ... sembarang/sembarangan tempat ....

Tatabahasa06.01.2011
bleh tak senaraikan beberapa tajuk lagu2 rakyat yang popularr di malaysia?Antara tajuk lagu rakyat atau kesenian yang popular di Malaysia ialah Canggung (Perlis), Boria (Pulau Pinang), Berendoi, Berzanji (Kedah), Dabus, Dendang Siti Fatimah (Perak), Cempuling (Selangor), Dondang Sayang (Melaka), Bongai (Negeri Sembilan), Zapin (Johor), Walindung Sari (Pahang), Rodat, Watimang Landak, Ulik Mayang (Terengganu) dan Dikir Barat, Menora, Makyung (Kelantan).Lain-lain06.04.2010
maksud perkataan menuntun dan gelang(dalam bentuk perbuatan)Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menuntun ialah 1. menolong orang lain berjalan dgn memegang tangannya, memimpin: dia terus turun ke tanah dan ~ neneknya ke tangga dapur; 2. menghela (basikal, kerbau, dll), mengheret. Gelang pula bermaksud 1. sesuatu yg berupa bulatan (lingkaran), cincin besar; 2. perhiasan berupa bulatan yg dipakai pd tangan atau kaki; ~ bajang gelang sbg tangkal (dibuat drpd benang hitam); ~ benzena (Kim) susunan enam atom karbon dan atom hidrogen yg membentuk gelang heksagon dlm satu satah; ~ dayung gelang nipis yg hujungnya spt sudu; ~ kana gelang sbg perhiasan utk anak-anak atau pengantin; ~ keroncong gelang kaki yg bergemerencing; ~ kunci gelang utk menggantungkan anak kunci; ~ mayang = ~ cerai gelang halus-halus yg dipakai banyak-banyak, gelang berurai; ~ pertumbuhan (Bio) a) lapisan kayu yg tumbuh dlm satu musim pertumbuhan, dan kelihatan spt gelang apabila pokok ditebang; b) lapisan pd cangkerang moluska dan pd sisik ikan yg menandakan pertumbuhan yg sudah berlaku; ~ rantai a) mata rantai; b) gelang yg berupa rantai; ~ tahunan (Bio) a) lapisan pertumbuhan yg terjadi dlm setahun dan digunakan utk mengira umur pokok; b) gelang yg menandakan pertumbuhan pd cangkerang; ~ tidak laga sebentuk, laga keduanya prb suatu kejadian spt perkelahian dll tidak berasal drpd satu pihak saja; bagai menambah ~ bini prb, Mn pemberian kpd orang yg sudah mempunyai benda yg sama.Makna17.02.2010

Kembali ke atas