Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.yor] | مايور

Definisi : Id 1. pangkat dlm tentera (antara kapten dan leftenan kolonel), mejar; 2. ark gelaran utk ketua orang-orang Cina (lebih tinggi drpd kapten Cina). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yor] | مايور

Definisi : orang yg menjadi ketua majlis yg mentadbirkan sesebuah bandar raya; datuk bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mayor


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
As salam Tuan, saya ini sangat hendak bertanya dan pendapat Tuan yang lagi arif tentang perkataan yang sesuai untuk Jabatan kami meletakkan papan tanda di tempat Pembakaran Mayat DBKL terutama di pintu masuk di mana dapat dilihat oleh orang awam ketika melalui jalan tersebut. besama sama ini juga saya sertakan draf atau perkataan mahu pun ayat yang sesuai di guna pakai. sehubungan denga ini juga saya memohon kepada Piha Tuan untuk menterjemahkan dalam empat bahasa iaitu Melayu,Mandarin,India dan juga English, memandangkan negara kita mempuyai berbilang bangsa, Kerjasama pihak Tuan dalam perkara ini amat la saya hargai dan di dahului dengan ribuan terima kasih. Sekian. THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEP AND SINCE SYMPATHY TO THE FAMILY OF THE DEMISE MAY THE SOUL REST IN PEACE OR THE MAYOR OF KUALA LUMPUR EXTENDS HIS DEEPEST CONDOLENCES TO THE BEREAVED FAMILY MAY THE SOUL REST IN PEACE yang iklhas MOHD RIZZUAN BIN HASANWa alaikumussalam,

Kami memohon berbanyak-banyak kemaafan kerana DBP tidak memberikan khidmat penterjemahan.  Pihak tuan boleh mengajukan pertanyaan dan bantuan sama ada kepada PPM (Persatuan Penterjemahan Malaysia 03-21442506) atau ITBM (Institut Terjemahan dan Buku Malaysia 03-41451800)

Terima kasih.
Lain-lain28.08.2014
1. Saya terkeliru penggunaan tanda sempang pada kata ganda berentak. Mengapakah perkataan semak samun tiada tanda sempang tetapi sayur-mayur ada tanda sempang? Bagaimanakah untuk mengenal pasti sama ada ada tanda sempang atau tidak pada kata ganda berentak atau berima? 2. Apakah perbezaan oleh sebab dan oleh kerana?1. Kata ganda dieja tanpa tanda sempang apabila kedua-dua perkataan ada maksudnya sendiri apabila tidak digandakan seperti semak samun (semak - semak-semak tumbuh-tumbuhan yg kecil-kecil dan rendah-rendah, belukar, samun - semak-semak dan belukar yg terbiar). Manakala, sayur-mayur perlu diletakkan sempang kerana "mayor" tidak mempunyai maksud yang membolehkannya berdiri sendiri. Akan tetapi, tidak ada rumus yang boleh digunakan untuk mengenal pasti bentuk ejaan ini kecuali merujuk kamus.

2.   Ungkapan yang betul ialah 'oleh sebab' kerana oleh merupakan kata sendi , oleh yang demikian kata yang mengikutinya hendaklah kata nama; iatu sebab. 'Kerana ialah kata sendi dan dengan itu tidak boleh digunakan selepas kata oleh dalan ungkapan tersebut. Kata pemeri ialah digunakan sebagai unsur persamaan atau ekuatif manakala adalah digunakan sebagai unsur huraian atau kualitatif. Cara membezakannya adalah melalaui penggunaannya dalam ayat. Contoh: perkara yang mustahak ialah usaha yang ... sumbangan beliau adalah dari segi... kamus merakamkan semua perkataan yang terdapat dalam penggunaan bahasa oleh masyarakat . Walau bagaimanapun masyarakat harus bijak memilih perkataan tersebut kerana bukan semua perkataan boleh digunakan untuk tujuan rasmi.
Tatabahasa13.08.2015

Kembali ke atas