apakah terjemahan yang tepat bagi ayat - (i) to encourage thrift and savings; (ii) to provide means for saving by the settlers. | Cadangan terjemahan bagi ayat yang diberikan ialah: 1. to encourage thrift and savings - untuk menggalakkan berjimat cermat dan menabung 2. to provide means for saving by the settlers. - untuk menyediakan kaedah simpanan oleh peneroka | Makna | 12.08.2021 |
apakah terjemahan dalam teks bahasa Melayu yang tepat bagi ayat yang berikut: (i) to encourage thrift and savings; (ii) to provide means for saving by the settlers; | Cadangan terjemahan bagi ayat yang diberikan ialah: 1. to encourage thrift and savings - untuk menggalakkan berjimat-cermat dan menabung 2. to provide means for saving by the settlers. - untuk menyediakan kaedah simpanan oleh peneroka | Penyemakan dan penterjemahan | 12.08.2021 |
means of limiting Batu Puteh’s maritime zone to a territorial sea >12 nm.> | Pertanyaan saudara tidak jelas. Sila kemukakan pertanyaan saudara dengan terperinci bagi membolehkan pihak kami membantu saudara. | Lain-lain | 05.02.2010 |
Istilah Bahasa Inggeris untuk personalizing...Contoh Personalizing the story means the digital storyteller tells a story that somehow someway left an impact and consequences in his life dalam Bahasa Melayu istilah yang sesuai | Sila kemukakan soalan ini kepada Persatuan Penterjemah Malaysia kerana kami tiada perkhidmatan penterjemahan. Walau bagaimanapun, kami berpendapat istilah dalam bahasa Melayu ialah "Penyesuaian". | Penyemakan dan penterjemahan | 13.01.2015 |
Salam hormat, Apakah maksud yang sesuai bagi Operationazation dalam ayat berikut? Operationalization means turning abstract concepts into measurable observations. Although some concepts, like height or age, are easily measured, others, like spirituality or anxiety, are not. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: operationalization - operasionalisasi; pengoperasian Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 28.06.2021 |
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan "penciller" seperti dalam konteks di bawah: “bookmaker” means any person who— (i) whether on his own account or as penciller, runner, servant or agent for any other person, receives or negotiates bets or wagers, whether on a cash or credit basis and whether for money or money’s worth; Sekian, terima kasih. | Kami mencadangkan padanan istilah dalam bahasa Melayu seperti yang berikut: penciller - pensiler Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang tertentu. | Lain-lain | 27.05.2021 |
Apakah istilah dalam Bahasa Melayu yang sesuai untuk 'Cloud Computing'. Contoh ayat : Cloud computing means using multiple server computers via a digital network, as though they were one computer. | Belum ada lagi padanan dalam bahasa Melayu bagi istilah cloud computing. Istilah tersebut boleh digunakan tetapi ditaip dengan cetakan condong/italik. | Istilah | 18.07.2011 |
Assalamualaikum, saya ingin membuat pertanyaan untuk bertanyakan apakah terjemahan yang tepat untuk "land disturbing activitiy means any project development that is subject to Section 34A Environmental Quality Act 1974 that involves activities such as clearing of trees or vegetation, excavating, raising or sloping of ground, trenching, grading and blasting" saya mengunakan terjemahan seperti berikut: "aktiviti gangguan tanah," merujuk kepada sebarang projek pembangunan yang tertakluk kepada Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 seperti penebangan pokok atau tumbuhan, memindahkan tanah, bahan batuan atau bahan-bahan lain, perubahan kepada ketinggian dan kecerunan tanah, penggalian, kerja-kerja melibatkan perubahan kecerunan dan letupan" | Ayat yang lebih sesuai bagi terjemahan yang diberikan ialah "Aktiviti gangguan tanah merujuk sebarang projek pembangunan yang tertakluk bawah Seksyen 34A, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang melibatkan aktiviti seperti penebangan pokok atau tumbuh-tumbuhan, penggalian, menaikkan atau mencerunkan tanah, parit, penggredan dan letupan." | Makna | 26.07.2023 |
Berikutan dengan soalan saya pada 27 Jun, berdasarkan carian saya, "grammar point" is not a grammatical term. It merely means "grammar issue. Ada yang berpendapat bahawa "It seems then, that a "grammar point" is simply an aspect of grammar which is illustrated by a certain sentence, and "the most likely grammar point" of a sentence is that grammatical aspect of English which the sentence seems to be illustrating." Kalau begitu, adakah betul jika "grammar point" diterjemah sebagai "titik tatabahasa"? Atau ia boleh diterjemah sebagai "Aspek tatabahasa"? | Padanan bahasa Melayu untuk "grammar point" ialah aspek tatabahasa bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. | Makna | 28.06.2022 |
Saya sedang membuat terjemahan ASaya memohon untuk mendapatkan khidmat nasihat bahasa mengenai padanan yang sesuai bagi perkataan "servicing" dalam ayat ini: "Bank" means the Bank servicing or managing any Government loan". | Istilah servicing dalam bidang Kejuruteraan ialah rawatan, manakala makna lazim ialah khidmat atau perkhidmatan. Terjemahan yang sesuai bagi ayat dalam bahasa inggeris yang diberikan ialah Bank bermaksud perkhidmatan bank atau menguruskan pinjaman kerajaan. | Makna | 14.02.2020 |